Assalamualaikum....
Sekejap sungguh masa berlalu. Esok last day kerja sudahhh....sedar2 dah nak raya eh.
Sepanjang puasa ni almost every day jugak aku memasak... tahun ni lansung tak jejak bazar.. malas nak jalan jejauh. Mostly masak sendiri kat rumah... kurang2 ada kerusi, penat bleh duduk huhu. Posa kali ni rasa ramai sungguh pos resepi kat FB.. dah la autofeed kan tu yg buat rajin je nak menerai.

Dan kali ni juga ada 2 gadjet baru masuk dapur hihi. Cam ni lagi cepat la den memasak hehe. Hand blender... ringkas dan mudah digunakan yang penting senang nak basuh!  Kalau guna blender biasa kadang2 ada masa nak blen bawang sikit je.. tak buh air kang tak jalan.. buh air kang terlebih basah plak lambat bila ditumis. So kalau utk kuantiti sikit tu mmg pakai hand blender la senang giler!


Anyway resepi yg sempat aku masak dengan bantuan hand blender ni Nasi Arab!! Nasi tu masak macam biasaaa.. tapi part sambal lada dia tu, bahan2 potong dadu dan terus tekan blender... peh memang senang giler lahh. Best!!!


Lepas2 tu ada try buat laksa penang. En Suami memang pengemar tegar laksa Penang. Tapi aku jarang plak buat... rasanya 8 tahun lepas sudah! Haha ! yg jenuhnya part nak asing isi dengan tulang ikan ni aduh mmg lemau dibuatnyee. Aku lak sambil masak sambil share la ngan bff menu berbuka hari2 kan... tetiba keluar citer pasal NOXXA! Eh... la aku tak pernah tau citer pasal ni.... depa citer kalau guna Noxxa tulang ikan tak yah buang pun tak pa.. blender dan masak guna high pressure Noxxa je settle! Pehhhhhh teruja mak dengar!


So pada hari kejadian... sambil berbuka laksa penang iolls sembang2 ngan En Suami pasal kehebatan Noxxa. Last2 En Suami kata... okay boleh beli Noxxa.. advance birthday present tahun ni. Waaaaaahhhh seriusly????? *sambil terus buat mata kucing kelip2* hehehe. So finally sampai lah ketangan Noxxa ni. Terima kasih En Suami muahhhh muahhhhhh!!!! Kalau tak plan nak main kutu je dgn bff ojos sebenarnya... tapi since En Suami dah bagi green light terus dan2 tu jugak order almaklum nak raya pulak lagi hihi.so inilah rupa periuk Tekanan Tinggi Noxxa tu.


Kebetulan bulan ni free gift tempat bekas kaler hijau aka tema dapur iollll... wahhh double happpinesss hokeyyy.So tanpa membuang masa.... hari  Noxxa tu sampai ke rumahh... terus test power! Dah la terkial2 jugak fikir nak masak apa last2 kul 6:30 ptg baru decide menu dah terkial2 baca buku manual... hasilnya tadaaaaaa!!!


Nasi hujan panas! Amekk... 1st time seumur hidup baru nak buat ni uhuhuhu.
Yang bestnya nasi hujan panas ni 10 minit je dah masak! Pehhhhhhhhh mmg terbaekkk!!!



Dan macam2 lagi kelebihan NOXXA ni. katarnyer masak bihun or spagethi pun tak perlu 
nak rebus or dendam dulu.. terus je masuk periukk warghhhh .. tak ke teruja tu namanya ekkekke

Anyway aku pun tak master lagi cara2 nak guna ni. Dah la hari dapat terus excited nak guna memang  masa tu terkial2 juga nak tekan menu dan nak buka penutup.
apapun selamat dah dirasmikan baby baru NOXXA ku inihh.. moge hari lebaran dan 
semakin berseri...  happy face, happy heart, happy tummy!! heheheh
Terima kasih En Suami sekali lagi muahhh!

Assalam..... waaa sekejap je dah masuk 2 minggu puasa yek.
Alkisah baru2 ni ada order 3 balang cookies... home delivery. Dah la cepat giler dihantar... yg aku lak sedar2 kuih raya ni tak dan seminggu licin dah 3 balang weyyyyy haiyaaaa laju betul budak2 ni kasi settle. Tak dan raya weh!

Terus la aku pun rasa... haish tak leh jadi ni... nampak gaya kena buat kuih raya sendiri tahun ni. Dah la sebalang pun sekian reganya kennn.

Alkisah Dania pun ikut excited nak buat kuih raya. Sejak weekend lepas... asyik tanya bila nak buat adehhhh.. masuk Isnin pun asyik remind.. dah macam alarm aku rasa... kejap2 nampak muka Mama dia je tanya "bila mama nak buat kuih?, bila nak beli barang??? " aiyohhhhh fenin fenin. Last2 balik kerja tu Abang gi carik gak bahan2. Aku pun buat yg simple je la... amatur maaaa kekee.

So Isnin lepas berbuka *time nak  buka pun asyik tanya bila nak buat? Errkkkk pitam mak*.... akhirnya lepas Isyak dan settle homework masing2 baru la start projek... yeszaaaa ... dgn rasminya aku melancarkan "The Kuih Raya Project 2015".....!

Dania of course yg paling excited....! Dibantu oleh tenaga buruh lain *dibaca sebagai Danish dan Dhiya*. Sempat tu google video kat Youtube tengok ramai2 kasi paham sket. Lepas tu apa lagi kerah la buruh kasar berjemaah kekkeke. Jom layan gambar.

Tu dia mood raya sudah mariiiii.. excited sangat budak2 ni. Dhiya pun tak kurang hebat gak jadi tukang tabur choc rice.

Overall budak2 ni la gotong royong buat sendiri. Omak eh jadi mandor je and tolong perangat oven . Hatta bakar pun derang wat sendiri wahahahahha of course with guidance lah. Sonang kojo ehh ramai tenaga buruh. Omak ekau OKU ni harap bersabar lah yer anak2. 


Alhamdulillah menjadi jugak kuih 1st projek nih. Rupa bentuk harap diabaikan. Maklumla master chef pun level amaturrrrrr kekeee.

Happy sangat dan sangat bersemangat budak2 ni... tu dia mood raya sudah mari. Yg best je lepas bakar 1st trip yg kenit2 pun asyik keluar masuk dapur jek... last2 1 balang je sempat masuk balang. Hampir separuh dah katam dalam perut masing2....

Ini macam kalu macam tak dan jumpa raya je kuih ni hihiihi.

Alkisahhhh

Assalamualaikum....

Dah seminggu Ramadhan baru nak bagi salam hehehe.

Selamat menunaikan ibadah puasa pada semua kawan2. Mohon maaf salah silap jika ada kekhilafan yang tidak disedari.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kalian.

Apapun Ramadhan kali ni ku sambut sederhana juga. Maklum la sejak2 jadi OKU selepas insiden cuti sekolah hari tu. So memang puasa kali ni aku bertapa kat rumah je lah diam diam. Dah seminggu puasa pun  belum jejak lagi bazaar Ramadhan uhuhuhu.

Tapi apa yg berlaku semua ada hikmah di sebaliknya. Lepas kejadian tu beberapa hari mmg aku lansung tak boleh berjalan... maka keluarlah askar2 simpanan membantu aku buat kerja rumah. Danish boleh tolong basuh pinggan, basuh baju *masukkan kan dalam  mesin basuh*, Dania pun dah boleh tolong masak nasi... siap Abang puji nasi Dania masak just nice. Tak lembik tak keras sangat. Caiyok caiyok anak dara mama.
Kemas rumah pun mintak diaorg yg buat... boleh diharap juga anak2 mama ni time emergency macam ni kan.

Sampai hari ni Mama masih solat guna kerusi lagi. Doc xray kata ada retak sikit pd tulang kaki. So sekarang ni hari2 ambik kalsium supaya cepat boleh recover. Next week pulak Doc akan Xray sekali lagi..

Sekian lah permulaan Ramadhan ku tahun ini hihihi