Assalamualaikum....
Dah seminggu Ramadhan baru nak bagi salam hehehe.
Selamat menunaikan ibadah puasa pada semua kawan2. Mohon maaf salah silap jika ada kekhilafan yang tidak disedari.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kalian.
Apapun Ramadhan kali ni ku sambut sederhana juga. Maklum la sejak2 jadi OKU selepas insiden cuti sekolah hari tu. So memang puasa kali ni aku bertapa kat rumah je lah diam diam. Dah seminggu puasa pun belum jejak lagi bazaar Ramadhan uhuhuhu.
Tapi apa yg berlaku semua ada hikmah di sebaliknya. Lepas kejadian tu beberapa hari mmg aku lansung tak boleh berjalan... maka keluarlah askar2 simpanan membantu aku buat kerja rumah. Danish boleh tolong basuh pinggan, basuh baju *masukkan kan dalam mesin basuh*, Dania pun dah boleh tolong masak nasi... siap Abang puji nasi Dania masak just nice. Tak lembik tak keras sangat. Caiyok caiyok anak dara mama.
Kemas rumah pun mintak diaorg yg buat... boleh diharap juga anak2 mama ni time emergency macam ni kan.
Sampai hari ni Mama masih solat guna kerusi lagi. Doc xray kata ada retak sikit pd tulang kaki. So sekarang ni hari2 ambik kalsium supaya cepat boleh recover. Next week pulak Doc akan Xray sekali lagi..
Sekian lah permulaan Ramadhan ku tahun ini hihihi
1 sweet comments:
yer....sama-sama maafkan yer jika ada komen2 saya sebelum ini terkeluar dari landasan dan menyakitkan hati
Post a Comment