Assalamualaikumm...

Ahaaa.. sambungan citer dari aktiviti menerjah
Sushi Zanmai@ The Garden weekend lepas.

Kalau pergi Mid Valley ni tak sah tak bawak diaorang pergi
Wonder Pet yg dekat dengan GSC tu.
Seronok sangat derang kalo dapat pergi situ.. tengok burung, 
arnab, hamster, ikan, kucing etc yg cantik dan comel-comell he he.
Bawak derang lepak kat dalam tu jappp.. tapi tak leh nak snap 
gambar dalam tu kann.. 

Bila ajak keluar tu tengok ada Exhibition kat depan kedai pet tuh.
Ajak Dania gi toilet dulu.. otw gi toilet tu ada la plak 
BARBIE STORE yg baru bukak..! 
Dania apalagi.. terus tarik tangan aku masuk store tuh! uhuhuh
Segalanya Pink + Barbie..!!


Seb baik dalam banyak2 tu dia berkenan nak beli majalah Barbie. Memula 
dia mintak beskal Barbie gakk.. wahhhhhh.. aku kata kereta kita jauh, 
camna nak bawak balikkk.. ? *alasann* huhuhuh


Lepas tu tengok orang ramai2.. rupanya ada Kids Fashion Show Audition
kat tingkat atas. Ada photo studio sekali kat situ.
Dania jadi penonton je lah japp.


Ni final Audition derang utk grand opening hari ni huhu.
Tengok budak2 jadi modell.. ewahh ewahhhh! he he


Lepas tu ajak Danish & Dania masuk Play & Learn Discovery Exhibition 2011.
Kebetulan je nihh.. tak tau pun ada event ni hari ni huhu


Masuk-masuk terus nampak Kid's e world nih. Apalagi terus terjah laaa.. he he


Aada staff yg tolong angkatkan derang naik benda alah nih


Berpusing2 sotong tuh hehe.


Danish plak ralit main pistol tembak2 NERF nihhh.
tak berganjakk.. lepak situ punya lamaa...


Dan lagiii.....


Sambil tunggu Abangnya, bawak Dania pusing2.  Jumpa booth nihh.
dia promote learning tools dia. Test kat Dania


1st 2 round excellent..! luluss!!!!


Masuk round ke-3, dah level makin susuah Dania pun dah peningg.. 
siap termenung duk fikirkan jawapan soalan kat buku tuh ehehehhe.
Bagus buku @ tools tuh tapi harganya pun.. mak aiii..
satu set RM3000  wehhh..! takottt makcik dengarr ha ha


Lepas tu pusing2 booth lain plak. Zoo Negara pun ada buat booth.
Ni telur burung Kasawari ORIGINAL...!! memula aku ingatkan 
model guna seramik.. keras nko! rupanya memang orii..!!
Ada replica harimauu.. suh bergambar Dania takotttt! sabor je laaa..



Ni gi test mainan kat booth2 lain plakkk


 Dan lagi dan lagiii....


Berbalik pada Danish.. puas main tembak2 ajak dia pusing gakk. Gi ke booth Q-Dees.
Ada game utk budak2 kat situ. Ada 5 challenge. Amek kupon dan collect cop kat each challenge port
huhu. Ni susun cube ikut nombor. LULUS!


2nd ~ masukkan gelung dalam botol. LULUS!


3rd ~ Susun bola ping pong mengikut ejaan yg betul. LULUS!


4th ~ masukkan bola ke dalam bowl. LULUS.


5th ~ craft. Masukkan macaroni ke dalam tali utk buat rantai.


Ni memang mencabar skettt.. boyss.. kureng sket craft2 ni.. 
tapi akhirnya LULUS dgn bantuann ahahahaha


Cukup 5 cop dapat redeem jam tangan satu..! Tahniah Danish..!!


Dania plak dah penat.. last2 lepak kat satu booth playground dia.


Dia duk belek2 majalah Barbie yg baru beli tadi.


Hari pun dah lewat petang.. Abang pun ajak balik.
Dania dah terlena kat pangku... stroller lupa nak bawakk..
terpaksa la Papa dukungg... bestt nyer jadi budakk.. penat
ada je 'transport' hehe.
Sekian weekend kami.


sumber : Malaysia kini

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

NONEBagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut. 

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.

Isu itu didedahkan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (bawahkanan) Julai lalu yang mendakwa mempunyai bukti kemasukan cincin itu menerusi rekod kastam.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinDakwanya, rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu.

Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu ia ditimbulkan.











P/S: Tiba-tiba teringat potongan PCB yang selalu tertera kat Payslip... duit aku.. oh tidakkkkkk!!!!!!
 Assalamualaikum....

Aaaa.. sedar-sedar dah 3 hari tak update blog isk isk iskk.
Anywayy.. last weekeend akhirnya dapat jugak jejak
SUSHI ZANMAIThe Garden he he. 
Masa pergi lepas raya hari tu memang teringat2
Avacado Crab Salad dia uhuhuhuhu!

Hari Sabtu tu lepas Zuhur baru kitaorg gerak dari rumah.
Target memang nak makan  dan lepak2 kat Sushi Zanmai
hehe. Tak de matlamat lain.. nak gi tengok movie pun aku 
tengah batuk2 ni kan.. jap lagi hilang pulak konsentrasi 
penonton lain duk dengar aku batuk tak renti2 ngahahhaha.


Sampai SZ pukul 2 lebih gak. Saje la lambat sket konon2
nak elak peak hours (lunch) tetengok sampai pun
masih ramai lagi queue ! isk isk isk..!
Nak dekat setengah jam gak queue baru dapat masuk uhuhuhu.


Dua beradik ni sempat posing2 sambil dok menunggu turn.


Sebenarnya.. Jumaat malam tu ada job sket nak buat.. Si Dania
sejak ada 'dapur' ni rajin betul ambik order pastu konon2 masak.
Siap hidang kat meja sambil tunduk kepala ala2 waitress.. ngahahaha!
Lawak plak aku tengokk.. tapi cumelll!!

Ni tengok la ni... dia duk serv replica Sushi kat Mamanya.
Hilang konsentrasi nak wat kerja jaapp.. tak leh jadi ni..
esok jugak kena terjah SZ..! he he


Masuk-masuk lucky enough dapat family seat sebelah sushi conveyer tuh.
Danish masuk je terus sambar ebiko maki sushi ! 
Bersungguh2 menyepit sushi tuhhh..!


Dania pun dah start usha sushi apa yg nak di sambar.
Malam tadi sibuk 'masak' sushi sendiri ehehehehhe


Sambaran pertama Dania.
Dania berjaya makan sushi tu guna chopstik sendiri..!
Sibuk duk citer ngan Papa & Mama yg dia berjaya
cepit sushi ngan chopstik! ngahahahaha



Ni sushi yg ke berapa ntahh.. dia punya komen
'sedap la Mama.. macam nasi lemak!'
(Nasi lemakkDania = Nasi + telur goreng scramble + kicap )
Aiksss... susah2 je gi sampai SZ kalo rasa sama cam nasi lemak Dania.
Lain kali buat kat rumah je lahhh he he



Danish habis sepinggan dah sambar pinggan lain dan 
dengan gigihnye guna chopstik makan he he


Ni sambaran Abang. Tak tau plak aku namanya..


Ni sambaran Danish lagikk!! 


Ahaaa.. ni baru sambaran aku ngehehehehe.
Minggu lepas dah TERterjah Sushi King (siap terserempak dgn blogger Lieya lagik), 
dah pulun sushi berpinggan2 kali ni aku lebih kepada order ala carte.


Opsss iklan japp. Kami di Sushi King he he.
Masuk2 kat pintu je dah nampak Si Lieya tengah nganga
pulun Sushi..! haw hah haww..!! seb baik tak tersedak memberrr he he.

Ok berbalik semula pada cerita asall hehe.
So menu aku kalinya antaranya :


Unagi tama don nyum nyumm


Zaru Soba..  makan zaru soba kat SK baru2 ni kecwa dgn rasanya..
tak rasa apa... tu yg order lagi sebab tak puas makan hari tuh huhuhu


Ni yang paling aku tunggu2 sangatt.. 
AVOCADO CRAB SALAD + GOMA TARE (Sesame dressing).
Memang sedappp gilerrrrrrrrr!!


Ni plak menu Abang. Chicken teriyaki don.


Ni Sushi Dania sambar.. memang pantang nampak udang Anak dara nihh!


Tak lupa Chawan Mushi (Egg custard). Wajib ada gak menu ni.
+ Miso Shiru yg dah habis di pulun dek Danish he he 


Jemput makan..!! berseri2 muka menu dah sampaii.. ngahahahaha


Danish tekun layan Chawan Mushi.. 


Aku & Dania he he


Kami bertiga plakkk


Danish sorang je 4 pinggan sushii.. dah kekenyangan la tuh.
Miso shiru pun dia bantai sorang.. siap melunjur kaki lagi dah kenyang.
Sabor je laa.. he he


Jap lagi sambung makan Chawan Mushi.. selera betul dia makan.


Sampai licinn..!!


Tengok 'apartment' budak2 ni..tak sangka aku kali ni pergi 
bersungguh2 makan sushi 2 beradik nih..! baru la aku pun kenyang makan 
sebab derang pun tekun makan & bersungguh cepit guna chopstik tu walopon 
tak berapa nak betull..! Takde la sibuk nak keluar masuk kedai main.
Tu jugak agaknya penangan gi lambat (breakfast pun lambat)..
masing2 laparr.. ahahahahhaa.
Anyway Tahniahh!!.. LULUS anak-anak Mama makan sushi..!! he he

Sampai kul 4 lebih gak kitaorg lepak dalam tu..
Terima kasih banyak Abang sebab belanja Mama + Baby & anak-anak 
kat Sushi Zanmai kali ni.. muahhhhhhh muahhhhhhhh!!!