Bagus..! Memang patut di ambil tindakan tegas kepada
mana-mana pihak yang tamak meraih keuntungan
tanpa memikirkan sensitiviti pihak lain lebih-lebih lagi
berkaitan isu BAB1 ni terhadap pengguna muslim.
Tak habis-habis nak menipu..! huh!

KLUANG: Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.

Selain tiga pengarah syarikat itu, dua pemilik kilang dan syarikat yang membungkus kopi campuran untuk jualan syarikat Rail Passion Sdn Bhd turut didakwa di mahkamah sama, semalam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob manakala lima individu itu diwakili peguam S Selvarajah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37, Lim Jit Tong, 42, dan Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi DNA babi, antara jam 3 petang hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Johor, Amezatul Aida Mohd Daim dan selepas dianalisis Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor, didapati terdapat DNA babi di dalam serbuk kopi itu.


Sumber : Harian Metro
Assalamualaikum....

Ahaa.. balik dari kampung hari tu, esoknya, Rabu tu Danish 
start exam tengah tahun. Balik kampung dok sibuk main ngan 
sepupu sepapat revision ntah ke mana.. uhuhuhu.
Malam nak exam tu je lah sempat buat revision sekali lalu...
Semalam paper English + Jawi. Hari ni paper Math + Art.
Esok paper BM & Science.


Balik kampung hari tu ada beli meja study baru utk Danish & Dania. Beli satu 
share 2 orang. Bagus meja ni.. kaki dia boleh di lipat. Sebelum ni dah beli 
dah meja Danish tapi letak kat bilik dan sampai sudah Danish pun payah
 nak wat kerja dalam bilik. Nak pindah meja tu kat bawah sempit la 
plak rumah ku yg sekangkang tungau sementelah meja tu tak leh lipat2 lepas guna. 
Meja baru ni lepas guna leh lipat dan simpan.. 
lebih praktikal & kemas skett uhuhuhu. 


Memula masa beli tu aku pilih design kat atas ni.. sebab nak beli satu je
share 2 orang.. sorang satu hujung. Beli bebanyak kang bersepah plak.
So pilih la kaler pink + biru.. so adil la. aku ni tengok patern jee..
masa nak bayar letak meja ni kat kaunter bayar. 
Sekali Danish datang lepas tu komplen kat aku...
"Mama... kenapa dia eja 3 tu TREE. SALAH LA..!
Danish tau eja 3 tu THREE...!"
Ahaaaaa..!! aku pun tak perasann...! Duk check kaki dia ok ke tak..
tengok ilustrasi ada ABC, ejaan nombor, hari & bulan.. lulus dah.
Danish lagi particular rupanyaa.. ha ha.
Terus gi tukar ambik patern lain
Danish "Haaa.. yang ini baru la betul ejaannya Mama . 3 THREE!"
He he he.. bagus anak mama ni.. leh jadi QC lepas nih.. ekekekekke 


Ni candid gambar Danish wat revision malam tadii...
Dania cam biasa.. tengok Abang buka buku dia pun nak buka juga..


Kalau tak Danish wat homework meniarap je depan TV or buat kerja
kat meja makan. Meja studynya kat atas tu sampai sudah wat letak menan je uhuhuhu.


 Dania kejap je ngadap buku.. pastu dah ralit main puzzle number tuh huhuhu





Ahaaa.. Cikgu tengah ajar murid. 
Semalam balik kerja bila tanya Danish susah tak exam,
jawabnya "Senang sangat!" 
Amboiii.. konfident giler jawabb.. ntah betul ntah tidakk

Apapun gud luck to Danish.. 
Mama & Papa doakan Danish dapat buat exam dengan baik okeh!!
Salam..
Jom makan MC D ~ Mc Chicken FREE..!!
Just print coupon kat bawah ni..
Buy 1 FREE 1 okeh..!!


Thanks Aleyn for sharing Info ;)