Assalamualaikum....

Alhamdulillah rumah dah semakin nampak 'rupa bentuk'. Dalam pada renovate rumah ni sebenarnya ada juga kos2 tersembunyi yg 'tak nampak' ... kat sini nak share sket.

1. Kos tong sampah = RM150/tong
     Untuk rumah ni dah nak masuk 20 tong ulang alik angkut sampah konkrit bagai huhu. So kat situ je dah RM3000.


2. Kos Polish Marble = RM400 ~ RM500 (hall)
    Kos Polish Mozek = RM500
     Proses penting sebelum masuk rumah. Contoh rumah kami guna broken marble jadi lama2 memang kusam. Tambah pulak extend lantai depan jadi ada pasang broken marble sket jadi kena polish semua sekali huhu. 

3. Pendaftaran dan pembukaan akaun di TNB = RM500
    tapi dalam SNP mention rumah aku ni kategori  Semi-D Cluster Banglow *la sangat.. indah khabar dari rupa*. Rasanya masa rumah lama masuk letrik kena charge RM500 je (kata Abang)... yg ni dia terlebih rajin kot selak SNP tu.
     Penyudahnya kena top up lagi RM200 so total RM700.

4. Upah Kontraktor Electrical untuk cek wiring status sebelum register akaun ke TNB RM350.
    Ni kena buat sebelum TNB nak datang pasang. Kos opkos tuan rumah tanggung.
     Tu diaa.. rumah lama tak de pun syarat ni. 2nd house ni kena plakk adoiiii. Kontraktor  Electrical ni mestilah yg berlesen dan berdaftar dengan suruhanjaya tenaga. So kat sini  je dah habis total dalam RM1000 jugak hokey *fengsan*

5. Deposit untuk daftar akaun Syabas RM140.
    Nothing is FREE gitew.

5. Tar = RM400~ RM500.  Biasa bila renovate rumah ada jela lori2 bawak tar tu round kan. Macam tau2 je kan. Rumah aku ni penyudahnya kena RM400 (kalau tak RM500) untuk furnishing Tar antara mozek garaj ke jalan tar kat luar. kalau tak berpasir memang sentiasa berdebu la kalau orang keluar masukk...

6. Pemasangan Air cond (penanaman salur air dan copper) = RM300 ~ RM500 /point. 
Bergantung jenis aircond. Ini rate utk aircond inverter.

     Actually aku pun terlepas pandang bab ni. Ingatkan masa beli aircond dah kira sekali upah pemasangan dah settle rupa bila panggil kontraktor cek balik point and suh dia buat cabling utk copper bagai dia bagi harga RM1,300 untuk 4 point ( 1 HPx3 dan 1.5HPx1). Terkejut mak! Rupa2 yg bayar untuk pemasangan masa beli tu just pasang  install braket dan pasang aircond kedinding je. Power/copper /salur air bagai tu dah kena buat asing siap2 huhu.

 So total hangus untuk kerja2 ntah hapa2 ni pun dah RM7K +++ haiyaaaa


Habis dinding dah licin kena tebuk balikk huk hukkk.
Lepas tu kontraktor aircond bukan pandai repair pun.
Kontraktor rumah le yg kena furnishing balik huhu.

Habis dinding huk huk

Pemasangan lampu

En Suami yg mengecat sendiri bahagian dapurrr

Dapur yg tak seberapa jeng jeng jengg

Kotak2 kipas. Sebahagian beli dari SenQ.
Seb baik derang rajin nak simpankan kat warehouse sampai kitaorg nak barang.

Sebahagian kipas beli kat House of light. Memang sini cash and carry dengan harga yang lebih murah.
Kalau compare degan SenQ ada yg beza sampai RM50 model kipas yang sama.
Jenuh menyimpan dalam rumahhhh mmg rumah ngan stor dah tak de beza dah huhuh

Anyway bulan depan dah start masuk barang. Jenuh juga nak susun jadual sebabnya semua saling berkait. Minggu ni target siapkan cat dan pemasangan lampu dan kipas angin.

So start next week dah boleh cuci rumah dan susun untuk pemasangan grill, lantai dan kabinet. Alhamdulillah dah sampai ke tahap ini. 
Semoga semuanya berjalan lancar... aminnn

Assalamualaikumm....

Alhamdulillah alhamdulillah Alhamdulillah.... 
masih diberikan peluang oleh yg Maha Esa untuk terus bernafas dibuminya ..
Hari ni bertambah setahun lagi usia kematangan chewahhh... tiap2 tahun actually hari jadi aku ni jatuh pada Japan Public Holiday jadi boleh la ambik cuti kalau nak berjimba heheh. Biasanya tarikh2 ni aku and BFF Ojosama akan buat gathering. Tahun ni tarikh sorang lagi bufday bff yg dipilih april lepas so tahun ni aku ambik cuti buat treatment untuk diri sendiri hihihi

Pagi2 dah set appointment kat Glow & Glamour Puchong.
Asal2 ada ambik treatment masa lepas bersalin dulu..
ambek pakej masa dalam pantang bleh la gii... lepas naik kerja
tambah plak maid dah habis kontrak makin susah la aku nak gi tempat2 macam ni 
kalau tak ambik cuti kannn...

so FINALLY.... pakej aku pun banyak berbelen lagi tu.
Last2 tukar mintak buat faciall... so boleh la convert beberapa session
dgn facial makanya pagi semalam dah tercegat kat sini. 
Tu pun sempat lagi pagi tu aku berkejar ke kedai hardware beli barang kontrantor yg tak cukupp.. 
sabor je la kannnn


Tu dia machine dia.. mcm canggih sangat je kan.
Ari ni aku pilih Anti Aging Facial...
almaklum lerr.. umur dah sekian uhuuuuuu
Tu pun beautician komen kulit muka kering..
aku punya moisturizer mmg dah habis pun
tak sempat 2 nak gi beli uhuuu


Habis treatment dalam pukul 1 tengahari... paling bila dia buat double mask.
And sempena birthday dapat FREE Neck treatment gitew.

Abang pulak ajak lunch date hari ni yeayyy!
Tengahari tu Abang ambik aku depan G&G terus gerak ke IOI. 
Abang ajak gi makan Japanese Food so terus la cari Sakae Sushi.

Sakae Sushi ni menu order online jekkk


Hari ni terasa nak makan lunch set diaa... tak mo sushi atas conveyor la kononnyerr

Banyak menu bergoreng plak kali ni... rasanya kalau gi Jap Rest makan sushi jugak yg lagi sedap wahhahah


Ada Genmai cha kat sini! Sedapp! lama tak minum. lagi satu aku suke mugi cha.
 macam beras terbakar gitu lagi sedapppp! Harga RM2 free refill.


Terima kasih pada En Hubby jauh2 datang dari Ofis pick up and 
gi lunch date. Terharu sangat okehh.. terima kasih banyak En Suamii muahhh!


Eh bufday girl *sangat*. apsal buat mata sepet..? motiff?
tak tau ahahahha


Lepas settle lunch petang ada appointment dengan Dentist pulak.
Bulan ni bulan terakhir fiscal year 2014. So last kalau nak 
buat rawatan gigi dah claim pada company. terbaek.
So aku gi scalling and service gigi yg mana patut.


Aku memang regular customer kat Klinik Pergigian Nurul yg terletak di Bandar Puteri Puchong ni.
Cosy tempat ni. Lau bawak budak2 pun banyak mainan mmg derang boleh ralit main kat sini.


ALhamdulillah.. selesai 'manjakan' dan 'service' diri sendiri hari ni...
peluang yg bukan selalu ada hihi.

Sekiannn

Assalamualaikum...

Salam sejahtera semua... hari ni dah naik kerja lepas cuti 3 hari. Aku pun semalam baru gerak balik KL. Mak oiii jammed giler 8 jam baru sampai uhuhu. Gerak 3 petang 11 malam baru jejak rumah... letih!

Tapi gembira dapat  balik kampung jumpa nenek. Jumpa sepupu sepapat budak2
.. sambil terima cicit baru (anak burung puyuh hihi).

Bab makan tak yah citerlah.. yg masak sendiri 1-2 jenis... dan menjadi tradisi jiran tertangga di sini bertukar2 juadah raya jadinya penuh meja dgn menu sampai ada yg masuk freezer bekukan dulu huhu.

Kakak ipar masak nasi jagung, nenek masak laksam... yg datang dr jiran lemang, rendang, lodeh... nasi ayam pun ada memang meriah! Nyanyi2 perut sebab makan tak renti2 ahahah.

Semalam sebelum balik KL sempat la masak Nasi Arab Kabsha (sempat lagi dapat on call dr ofis pagi tu huhu).

Kul 3 gerak sampai Tangkak kenyang la harung jem huhuhu