Assalamualaikum...

Isnin lepas, akhirnya termeterai jugak MOU Pembantu Rumah antara
Kerajaan Malaysia dan Indonesia. Aku antara orang yang tertunggu-tunggu
tentang butiran yang terkandung dalam MOU yang baru saje di meterai
baru-baru ini. Adakah sinar kepada para majikan yang sering terdedah
kepada kerugian dek kes pembantu rumah lari...
Malangnya tidak ada satu artikel pun yang aku jumpa ada semua butiran ni...
Jadi dari apa yang aku rumuskan dari beberapa sumber, maka ini lah sedikit sebanyak
butiran MOU yang di meterai baru-baru ini :


1. Bayaran Agen lebih rendah, tidak melebihi RM 4,600 berbanding
mencecah RM6,000 ~ RM8,000 sekarang.

2. Tempoh ganti rugi pengantian Pembantu rumah lari di panjangkan
dari 3 bulan kepada 6 bulan tanpa tambahan kos.

3.  Majikan berhak mendapatkan kembali wang pendahuluan sekiranya
pembantu rumah melarikan diri, tidak cekap atau pembantu rumah gagal pemeriksaan perubatan.

4. Gaji berasaskan kuasa pasaran melalui bank dengan cuti rehatsehari seminggu.
    *dengarnya rate sekarang RM600*

5. Pembantu rumah berhak memegang passport sendiri.

Kerajaan Indonesia akan mula menghantar pembantu rumah 
dari Indonesia 2 minggu dari tarikh MOU ini di tandatangani.

Sumber lain:
Assalamualaikum...
Selamat hari 1hb Jun ehehhe.
Sekelip mata dah nak masuk setengah tahun dahh..
Cuti sekolah pun dah mula.. korang dah bawak anak jenjalan ke..?
Kitaorang punya plan pun masih blurrr...
Yg pasti 11hb Jun baru nak balik Kampung *dah habis cuti sekolah*
sebab Mak & Abah balik umrah.

Anyway, nak citer...effective hari ni 
management company start implement mana2 kenderaan 
yg nak masuk parking WAJIB ada both parking sticker & Transponder tag.


So ni la rupa Transponder Tag. Means lepas ni Pak guard tak yah la 
nak monitor palang gate tu kalau ada kereta nak masuk..
Tapi aku tak leh letak atas Dashboard ni.. confirm
tak dan sehari bleh hilang di buat main budak2 nih ..


Pagi ni test buh belakang back mirror pun detect. Pak guard duk tepi tu
kalau OK, palang gate naik dia kasi signal  'Thumbs up..' uhuhu.
So terus tampal belakang back mirror tu je. Lebih selamat...


Ni lah rupanya bila dah tampal...

Aku pun baru terpikir, sepatutnya SMART Tag pun letak je
kat area sticker gelap kat atas tuh kan..Ni tak.. buh kat belah bawah2..
pas tu bila parking mana2 risau lak nak tinggal cam tu,
 mesti nak tanggal & nyoroknya penyudahnya kalau lalu TOL
ada possibilit gak  lupa nak letak balik masa lintas
kat SMART Tag detector tuh.. uhuhuhu.

Anyway, seb baik la sekarang gi kerja ofis dah dekat ngan umah,
tak de tol pun.. tak yah pening2 nak top up TnG dahh..
Syukur Alhamdulillah.....
Assalamualaikum...

Malam kelmarin, Emak, Abah & Mak Long (Kakak SuLONG) ku 
berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Umrah..
Buat Mak Long ini kali pertama dia  mendapat 
peluang untuk ke sana..  
Abah pula dah masuk kali ke-4, 2 kali menunaikan 
haji dan kali ke-2 menunaikan Umrah. Alhamdulillah...

Teringat kali ke-2 Abah pergi menunaikan haji bawak Emak sekali,
sekitar tahun 1990 ketika tragedi Terowong Mina runtuh
yang mengorbankan beratus nyawa. Waktu tu aku masih di tingkatan 1.
Tinggal di Asrama.. setiap kali ada perkembangan Warden aku lah
yang akan update perkembangan terkini.. aku punya la risau 
waktu tu.. maklumlaa.. nak telefon pun susahh.. nak dapat berita 
pun susah.. cuma harapkan TV & surat khabar. 
Alhamdulillahh.. ketika kejadian berlaku bas yang mereka naiki
sesat sehingga tak sampai-sampai ke Terowong Mina sejurus sebelum runtuh..

Mak, Abah & Mak Long... eh Dania ambik berkat je ehehhe

Tengah sibuk ambik tag bag


Tukang hantar@tukang nyibuk.. ehehehehe


Sebenarnya kali ni Mak Long yang pelawa Emak & Abah 
pergi Umrah. Tahun lepas Mak Long di tawarkan VSS... 
Mak Long ambik dengan perasaan berbelah bagi untuk berhenti dari company 
yang dah berbelas tahun dia berbakti. Tapi dengan duit pampasan 
tu jugalah Mak Long ajak Emak & Abah pergi Umrah.. 
Nak di jadikan cerita.. sebulan sebelum Mak Long di jadualkan 
berangkat, ex-Company Mak Long panggil semula Mak Long 
dan di tawarkan semula dengan jawatan sebelum terima VSS
tu walaupun Mak Long dah kerja kat tempat lain...

Yang di namakan rezeki... pusing sana sini kalau 
dah namanya rezeki kita akan sampai juga..
kalau tidak belum tentu lagi hari ni Mak Long
dah menjejakkan kaki ke sana dengan nak ambik cuti bagaii..
Alhamdulillah..semua yang berlaku ada hikmah.. semoga
perjalanan mereka sentiasa di rahmati dan di lindungi olehNya..



Flight Emirates ke Dubai pukul 2:00 pagi...


Dah masuk ke balai berlepas...
Selamat jalan semua.. semoga selamat pergi dan selamat kembali ke 
tanah air... semoga di permudahkan segala urusan beribadat di sanaa..
Aminnnnn

P/S: Masa jumpa Emak, sempat lagi Emak bagi bungkusan.
Sampai rumah buka-buka tengok ada serunding daging *kegemaran aku* dan sambal
ikan bilis kegemaran Danish...!!! Bila aku tunjuk kat Danish, reaksi nya ~
"Whoaaaaaaaaaaa...!!!! Nenek ni memang selalu GEMBIRAkan Danish!"
dengan air muka bersinar-sinar..!
Terima kasih Nenek...!! Dalam sibuk2 nak pergi Mekah pun masih 
ingat buah tangan untuk kami.. sayangggggg semuaa!!!