Assalamualaikummm...
cuti sekolah dah hampir berakhir sudah. Cuti sekolah kali  ni nenek naik Puchong actually 1st time nenek sampai Puchong sejak kami pindah ke rumah baru... setengah tahun juga tu baru nenek nak sampai diatas faktor2 kesihatan.
seronok sangat budak2 bila nenek dgn Mak Long datang. Seminggu tak gi taska melepak sama kat rumah. Anyway nenek dah balik ke kampung halaman... sempat juga bawak nenek jalan ketempat2 feveret dia. Lepas nenek balik baru la bawak budak2 ni berendam di Desa Waterpark.
Nak ajak nenek sekali takut nenek penat tunggu je kat pondok kan macam tak sesuai dah tempat2 ni untuk nenek nak pergi.
Anyway... lepas hantar nenek and Mak Long ke terminal kami terus gerak ke Desa Waterpark pagi tu.
antara yg terawal jugalah sampai... dapat booking pondok pun yg strategi depan pool kanak2 dan sebelah toilet/bilik salin.
harga tiket nampaknya dah naik hampir sekali ganda!
DEWASA RM37 berbanding RM20 dan kanak2 RM26 berbanding RM14 beberapa tahun sebelum ni. Mmg Desa waterpark ada close sekejap utk baik pulih ingat ada attraction baru rupa2 sama je huhu.
Anyway yg best Desa Waterpark ni sbb banyak kolam yg sesuai utk anak2 bawah 3-4 tahun sebab air cetek jadi parent bleh la duk sebelah perati budak2 ni main air tak yah nak pegang 24 jam kalau yg dalam.

Kolam2 cetek yg sesuai utk kanak2 bawah 4 tahun
Wave pool 
Dalam pada bersukaria tu boleh pulak terserempak dgn member sekolah lama. Kira dah lebih 20 tahun jugak tak jumpa depa ni sejak tingkatan 3 katanya

Yg bestnya petang tu jugak masa Abang, Danish and Dania queue nak naik Thunderbolt aku incharge jaga 2 kenit. Dalam pada dok jaga2 tu sedar Dhiya hilang dari pandangan! Peh panik siott... berkejar jugak aku mencari tapi tak nampak kelibat Dhiya. Dalam pada mencari sambil dukung Delisha bleh plak aku tergolek silap pijak kat tangga kolam tu. Silap budget memijak... ingat dah last anak tangga rupa2nya ada lagi yg lebih dalam apalagi tergolek le aku dgn delisha. Seb baik air cetek.
Masa tu sakit giler kaki tapi sbb masih tak jumpa Dhiya gigih gak aku berjalan mencarik! Memamg panik jap... dah panggil safety guard suh carikan. Tau2 Dhiya  keluar dgn kesan air mata... aduhhhhh buat mama panik betul. Sebab sebelah kolam tu walaupun cetek... ada lazy river pulak. Tak keruan kalau fikir dia terjatuh dlm lazy river ke apaaa aduhaiiiii.

Lepas dah jumpa Dhiya baru terasa kaki sakit sangat2 tak boleh nak pijak... Abang terus gi jumpa paramedic pinjam wheelchair. Sampai bilik rawatan staff paramedic tuamkan dgn ais
.. kebetulan ada jugak sorang budak yg luka dahi terjatuh kot tgh dapatkan rawatan.
Mujur la dah puas berkubang... petang tu aku balik staff paramedic gak yg tolak naik wheelchair sampai ke kereta.
Balik terus gi klinik.... dapat MC 2 hari Khamis Jumaat dan macam2 ubat. Tapi macam biasa esoknya aku still kerja macam biasa cuma WFH lah...  dek gara2 tak mampu nak bergerak sangat huhuuu. 
Esoknya tu aku gi buat x-ray... Doc kata ada retak sket pd tulang and Doc advise consume calsium for fast recovery.
Tak pasal2 jadi OKU plak uhuuuu
*tutup muka di kandid dek Abang. Nak hantor kat nenek la tu... maklum la nenek datang kemain aku carikan wheelchair suh nenek naik bila berjalan... tetengok elok hari nenek balik aku plak yg kena naik wheelchair huwaaaaaaa*
Al kisah cuti sekolah yg sendu uhuhuh

3 sweet comments:

nad said...

Allah..
-__-
moga cepat sembuh kak..
apa citer dhiya tu? jumpa katne sbnrnya?

eelobor said...

hehehe....bercampur baur perasaan bila baca entri ni. sedih ada, gembira ada, lawak & kelakar pun ada. jangan marah yer..... hihihihi

lieyalatif said...

looo izan...takpasal2...dlm hepi dpt kemalangan...mujur tak serius mane.... jaga diri wey.....hope dah okey kaki tu...ko takleh gerak lasak sgt tu...bagi kaki tu rest dulu.....

ye koo skrang ni mane2 fees pun dah naik....redho jek laaaa...gara2 gst kan....puiii sgt le!

eh jap2...nape ko makin kurus nie....ni buat aku marah dan jeles nie...cepat pujuk aku balik haahahahaahah