Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts
Assalamualaikumm....

Yuuuhuuuu.... ahaaaa tiba2 datang angin nak update blog.
Actually sekarang ni tengah tunggu nombor dipanggil kat bank tetiba terajin lak nak hapdet ekkeekekkee.

Ok kali ni nak citer sket pasal geng2 BFF Ojosama yang baru buat gathering sessi 2018 
High-Tea kat Orchid Cafe, Majestic Hotel KL.
Wah  tak sangka sampai jugak jejak kat sini... kira kali ni 1st gathering 2018 lah.

Lokasi : Majestic Hotel KL
Dress code : Pastel Skirt + blouse hitam
Event : High - Tea
Time : 3pm ~ 6pm



Actually pagi tu baru je habis Zumba 2 jam back to back dengan ZIN Ziela JLO kat  Cyber, habis pi ambik race kit kat MAEPS pulak utk MAI Run 2018 keesokan harinya...phew! Balik terus bersiap2 dan lepas Zuhur gerak ke KL detim bersama bff tersayammmmm auuuwwwwww!!



Ok utk event kali ni actually perlu pre-book kira kira 5 hari awal ya.
Kali ni dress code kami - Skirt pastel digandingkan dengan blouse hitamm... auuwww... gigih cari baju uoolllsss.
Agak tricky nak sampai Majestic Hotel ni.. kalau tak tengok betul2 signboard dia yg comel.kecik tu mmg boleh terlajak nak kena u-turn semulaaa
.. huwaaaaa...!!

pandangan jauh dari sebelah jalan... kena u-turn balik jalan sehala weiiii

Ketika kami sampai cafe ni dah ada 3 group tetamu lain di meja masing masing.
Owh ya.. Sessi High-Tea ni dari pukul 3 petang sehingga 6 petang sahaja ya.


Masuk masuk je terus rasa teruja dek keindahan deretan bunga bunga orkid yang gemuk gemuk dan segar bertingkat-tingkat di sekeliling ruangg.   Woww asyik!


 

Bila kami duduk, datang waiter menunjukkan kepada kami sekotak pilihan teh beraroma untuk di pilih... di setiap kerusi pula di sediakan set piring, set cawan dan juga tungku pemanas... setelah kami memilih teh yang diinginkan, waiter bancuh seteko seorang mengikut pilihan masing-masing dan diletakkan di atas tungku pemanas agar teh sentiasa dapat diminum panas dan segar... fuh!


10 pilihan teh beraroma




Tak lama kemudian, waiter datang lagi membawa 3 set desert dan sajian menu petang. Actually 1 set adalah untuk seorang.





Maka apalagi.... juadah pun dah di depan mata.. aroma teh panas dah menyucuk jiwa....
apa tunggu lagi... jom makan!



Antara banyak2 ni paling suka Scone dia... sumpah sedap! Dan disebabkan saiznya yg agak besar... makaj seketul je dah nak kenyangg.... erkkk!!! Silap turutan ke camne ni hahahahhaha. Then slow slow makan sambil chit chat (membawang versi Holland) la kaaannnnnnnn


Habis seteko teh beraroma tu... boleh order lagi dengan pilihan lain pula..
2nd request kali ni nak merasa "caramel" pulak.. of course no sugar hokey.
Walaupun nampak jumlah desert tu tak banyak mana.. tapi tobat jenuh nak perabissss... kena pulak teh dah 2 teko sorang hahahahah!



Habis sessi chit chat sambil High-tea , masukkan la ke agenda seterusnyaa....
opkos la photog session kenn...
Memang cantek sangat tempat ni ... segar mata dapat cuci2 mata tengok bunga2 orkid yg berkembang mekar ni kann. Memang tempat ni sesuwai sangat untuk para penggemar orkid yang ingin bersantai minum petang di salam



love....!



Habis semua sudut kami tapauuuuuuu kih kih kih



orkid di mana manaaaa


Zoom BFF sorang2

 

 

Last but not leastttt....


Seronok dapat bergather sekali sekala walaupun dalam kesibukan menguruskan family dan kerja. Terima kasih tak terhingga buat En Suami yang memberi lampu hijau untuk kami bergathering hari ini...
Terima kasih tak terhingga pada bff sekeliannn.. semoga ikatan ukhwah ini sampai ke Syurga.. aminnn

#ojosamagatering #bfftilljannah

PS : Medela Freestyle latest edition 2018  ready stockk!! FREE Original Haaka Silicone Pump.
Click
MEDELA FREESTYLE 2018 yerr

Banyak update tak sempat update... Vietnam Visit, Tokyo Visit.. Star Cruise Thai ~ McLeod Myanmar, Manggala Spa... owh betapa masa mencemburuiiiiiii


Assalamualaikum..

Sebenarnya aktiviti menjejak Cat Town ni lansung tidak dirancang.
Asa-asalnya balik dari A Famosa Resort  Melaka sempena family day gathering
tu on the way balik singgah ke Vendor Boutique Kiddoresu yang terletak 
si Seremban 2 berhampiran Mydin S2 tu.. 
Pergi collect Kuih Kapit overloaded by Laura & Daddy 
(sorry tak sempat snap gambar dah licin! sedap wehhh especially butter peanut dia).
Sebulan gak tu tunggu stock masukkk.
Lepas collect and shopping sket kat Kiddoresu tu masa masuk dlm kereta ternampak la
Cat Town 2 di bertentang dengan Kiddoresu kat Dataran Centrio tuhhhh.
So apa lagi... terus le keta parking tetttt kat depan Cat Town Seremban 2  tuh! heheheheh


Ok harga masuk ke Cat Town ialah
Kanak-kanak : RM6/sejam
Dewasa : Rm10/sejam

Dalam tu ada cafe. Jual makanan yang ringan2..
ada ice drinks.. ada waffle and corn cup macam tu.
So maksudnya sambil main2 dengan kucing tu boleh la 
lepak2 kat cafe tu sekali. 


Ice drink dia RM5/cup.
Besar giler cup! Kitaorg beli 2 tak habisss wahahhahaha


Masuk-masuk je terus bau kucing!
Ye lah dah nama tempat kucing mmg la bau kucing.. kalau bau lembu ke
kambing lagi nayer kann hehehehe.
So apa lagi .. pi la main2 ngan kucing2 dalam tu.
Saiz gebu2 jugakkk.. bulu panjang.. comel2.


Belai , belai jugak tapi kena ikut peraturan ni yerr..
kena paham rutin , do and don't kucing2 comel ni.. meowww!!!!


Dalam tu mmg taman permainan kuching. 
Memang penuh dengan aksesori untuk kucing bermain.. atas lantai..
kat dinding sampai la atas syiling pun ada laluan untuk kucing kucing manjer ni. 
Kucing ni pun ada syif dia.. akan bertukar2 group yang dilepaskan 
dan direhatkan.


Danish dan Dania asyik membelai2 kucing.



Delisha pun tak lupa kejar kucing..



Dhiya ni kejap je pegang kucing.. lepas tu dah duduk belek majalah.. sabor je le ekkekekeke
Siap ada kawan lagi.. anak dara sorang ni mmg minah buku sket 


Ada replica KLCC lagi tempat kucing ni melepakk... 


Sambil2 tu lepak cafe pekena Waffle.. harum semerbak.
Tapi jangan lupa basuh tangan tauuuu


Omak eh pun nak pegang kucing jugak.. comey tak comeyyy takkk ?
Maknyer comey ke kucing comey? 
Paaaannnggg!!!!!!! Hahahahahaha!


Sambil-sambil anak leka main kucing... mak pak dating ngeh ngeh ngehh


Cukup masa sejamm.. jom lah berangkat balikkk..
Sejam tu dah cukup sangat masa nak melepak dalam tu.
Bagi can kat orang lain pulak hehehehe


Owh ya.. Cat Town ni kat 1st Floor tau.
Ok puas main kucing kami pun balikkk..
Sape nak further info bleh access below link ya :


Assalamualaikum...

Satu hari En Suami tanya pasal wagyu... seriously aku tak tau sangat pasal wagyu 
walaupun wagyu ni berasal dari Jepun... datte kat Jepun dulu bukannyer ada daging halal kat luar.. 
tak macam sekarang banyak dah restoran halal sana sini. 
Hatta yakiniku ke shabu shabu pun aku tak pernah makan kat mana2 restoran kat Jepun sebab tak jumpa yang halal... it has been 15years back.. nak makan daging biasa kitaorg order daging frozen halal yg diimport dan masak sendiri.. masa tu baru la boleh merasa sukiyaki bagaiii and of course la air tangan sendiri ... jadi memang tak de lah teringin nak merasa wagyu dari dulu..
dan bila dengar2 pulak kat Mesia ni rega nyer.. gulp!


So dengan aku sekali pakat goole pasal daging wagyu ni dan kalau korang 
nak tau apa dia mai link ni deh! 

What is WAGYU?
Yang pastinya kualiti daging wagyu ni mmg sangat 
berbeza dengan daging lembu biasa...

Kat Malaysia pernah viral pasal daging wagyu ni bilamana ada satu family
pergi makan sekali datang bil beribu!
Dan untuk memastikan kebenaran cerita ceriti yang digembar gemburkan 
maka En Suami ajak dating ke Me'nate sempena birthday Si Isteri (yeayy!!!)  ngeh ngeh ngehhhh

Disebabkan minggu birthday tu aku standby dan sorang je (team mate cuti seminggu)
maka tak leh la aku nak ambik cuti berdating.
So the next week tu baru la aku dan Abang ambik cuti sehari keluar datinggggggg


Pagi tu dating kat umah dolu


dating mode.. ehem!

nak tengahari baru keluar... since dalam FB kata Me'nate ni bukak kul 11 pagi.
Nak sebut pun slow2 je... takut salah sebut nama kedai ni ekekkkekeke

Kitaorang sampai ke Me'nate Bangi dlm kul 11:45 pagi.. tetiba tengok ada signboard
'we're closed'
erkkkk!! biar benar.. gigih ambik cuti nak pegi ni tutup la plakkk..
rupa2 tanya staff kata pukul 12 tengahari baru bukakkk. 
So jalan2 kat kedai2 kat deret tu dulu 


Kul 12 tengahari kami pun masuk ... orang tak ramaiii.
so terus ke kaunter frozen ni ha 

Ok.. kat Me'nate ni semua daging2 dah di pack kan dalam pack vacuum siap2.
Dah siap dengan berat dan harga bagi setiap pack. 
So kalau pilih tu maksudnya customer mmg dah tau rega berapa dan harga termasuk 
harga siap masak. So kami terus ke frozen box wagyu.. 
ada juga lamb etc.. yang mana ada promo 20% sepanjang bulan Oktober.
Tapi sebab kami mmg hari ni nak merasa wagyu 
so dah tak tengok dah frozen box lain 



Ada 2 provider wagyu .. Sanchoku dan juga Augustus.
kedua duanya diimport dari New Zealand.
Sanchoku adalah company Jepun dan Augustus adalah dari New Zealand sendiri.
Harga wagyu Sanchoku lebih mahal berbanding wagyu Augustus
secara logiknya sebab wagyu tu sendiri adalah baka lembu yang berasal dari Jepun
(Wa - Jepun (timur), gyu - daging(lembu).. gitewww

Bahagian daging ni pulak .. harga bergantung pada berat, bahagian daging (rib/sirloin/tenderloin )
dan yang penting untuk wagyu ialah kandungan lemak dia (bms)


lagi tinggi BMS dia lagi sedap dan cair dimulutlah daging dia tu 
dah of course lagi mahal jugalah  harganya.



So akhirnya kami memilih Sanchoku Wagyu Sirloin BMS 11~12


Dan satu lagi Sanchoku Wagyu Rib BMS 5~6


Setelah dipilih boleh request pula tahap 'kemasakan' daging tu..
staff di sana menyarankan untuk memilih 
Medium which is describes as "just nice" giteww
'

so kami pakat order yang sama.. 
Medium ~ just nice



Sambil-sambil tunggu tu usha2 kaunter desert. Wow menarik2 jugak desert yang dihidangkan..
ada cake, panacota etc..
sesuai memang kalau nak celebrate birthday bagai.
Tapi since aku dah potong kek minggu lepas so try menu lain lah...
panocota mango ni katanya menu terbaru.. 
so aku order panacota mango ni


tara. masam manis.. just nice! I like it!


Di samping tu ada kaunter air yang FREEFLOW..
ada non-carbonated drinks ( Lemon tea etc) dan juga hot drinks (Cappucino, White Coffee etc)
Setelah menunggu hampir 15 minit (tak lama sangat) akhirnya sampaiii.. taraaaaaa!!


Wagyu Rib


Wagyu Sirloin

Dip sauce pun boleh pilih, BBQ, Black Pepper, Mushroom & satu lagi tak ingat hihi


Apa lagi.. jom menjamu selera...!!
Excited nak merasa kelembutan daging wagyu nih
Bila makan hirisan pertama.. memang rasa...... lembut gila tekstur daging dia!
disebabkan level masakan tu 'Medium" (Medium raw lah senang citer)
aku rasa macam makan Sushi versi daging tauuuu...
mengunyah tak terasa urat dagingg... memang rasa pelik pun ada....
senang citer memang makan dengan rasa pelikkk ahahhahaha.
Boleh jugak daging rasa macam ni yekkkkkkk ?
Kira sedapnyer tu sebab tekstur daging yg lembut aka cair dimulut then dip dalam sauce tu..
tak kuat rasa daging tu macam makan steak biasa tu...
tapi kalau yang takut tak serasi makan separa raw aku sarankan 
 better order atas sikit dari medium tu.. walaupun dia describe as
"Medium Well ~ Not too bad"
maybe lebih sesuai dengan tekak orang Malaysia.


Last but not least.. Birthday girl yang diraikan oleh En Suami.
Terima kasih bebanyak belanja special sangat hari tu...
kira my 1st wagyu experience jugak ni
masih terasa kelembutan daging dan kepelikannyer sekali hihihi

Habis makan redeem FREE GSC Movie ticket for 2 kat GSC IOI Setia Mall
sempena bulan birthday.


Movie ni dari kisah benar.. tragedi plantar minyak terbesar dalam 
sejarah ni yg berlaku tahun 2010.

Sekian.. dating versi birthday kami.. muahhhhhhhhhhhhh!