Assalam....
Akhirnya semalam menjejakkan kaki ke KFry! Eh sempena cuti CNY ni rata2 ramai yg balik kampung... kami pulak kena balik 2 kampung sebab ada kenduri... makanya kami pecah 2. Weekend ni balik Pahang, minggu depan balik Johor. Isnin masih kerja... makanya termangu lah nak kemana..
Datang la idea nak jejak K Fry adhoc 😂




Lepas maghrib baru gerak dari rumah. Perjalanan sekadar 20 min..  tapi cabaran nak cari parking. Sampai terus cari Restoran KFry yg terletak di Ground Floor, Lot 26.

Sampai2 sana lega lah kononnya mcm tak nampak beratur panjang.. maklumla cuti CNY kan...  rupa2 kena amek nombor kauu...
Ada mesin utk ambik nombor macam kat bank tu tapi lawo sket la sebab komersial kan.. so kena tekan berapa guest then tekan utk resit nombor giliran. Staff kat situ cakap anggaran 20 min..  dah semua menu Ayam/daging hat salut2 cheese tu sold out sudah... koh koh koh!

Tapi dah sampai kan.. redho je lah. Dalam pada menunggu tu Guardian ada buat sales 50% barang kosmetik. Sempat lagi singgah guardin dan sempat jugak dipau budak2 ni coklat2 dalam Guardian tu... deng!

Ok bila nombor sampai dan dipanggil terus staff panggil dan guide ke meja. Kami pun terus la buat order... ntah hapa2 la menu yg dipilih.. dah la adhoc and 1st time sampai .. nak mengkatam menu pun 1 hall.


Menu utama hat salut cheese tu dah sold out.
Rupa2nya baru tau kena reserve 2-3 hari awal! Datang pun adhoc mmg tak de la nak reserve bagai kan..

Ok sambil tunggu tu perati kat meja dia sediakan siap2 pinggan kecil, sudu garfu dan juga sarung tangan plastik termasuk tong sampah siap! Persediaan utk meratah ni kekdahnya. Bagus jugak since menu utama dia banyak yg bergoreng dan ber-cheese sure melekit2 kat tangan kalau makan pakai tangan kan.. nak pakai sudu garfu kang kurang feel pulak..

Lepas submit order kira2 15 min jugak lah baru order sampai... apa lagi jom makan dulu..
Ni antara menu yg kami order sementelah jejak adhoc hihi

Sejenis bawang yg bertukar jadi bunga teratai dan boleh diratah


Ni dia rupa K-Fry ayam goreng perisa Garlic




Dalam pada dinner tu... tak silap ada  4 kali jugak lah staff2 dia berkumpul dan nyanyi lagu "Selamat Hari Jadi" siap dalam versi Korea dan ulang dlm English/B.Melayu... termasuk la meja sebelah kami .. budak2 muda, ladies.. bff kot siap belon dan bouquet bunga bagai... baru aku tau ramai yg celebrate birthday kat sini ye sebab tu sempat buat reservation bagai kot ye..idea sangattt... okey!😂




Sedar tak sedar banyak jugak menu kami order ni ye... ayam KFry order hat half chicken... tak terabis makan rupanya siap tapau...



Layanan staff mmg superb. Very friendly...Dania siap cakap "Layanan luar biasa"... yeszaaa. Rasa macam diraikan gitew.

Apapun next time kena jejak lagi... kena buat reservation jugak kalau nak merasa Hot Item menu tu okeh!

Sekian laporan dari bilik #jjcm kali ini.
Jumpa lagi di entry seterusnyaaa yerrrr

#krfy #IOIcityMall #koreanmenu

5 sweet comments:

Siti Yang Menaip said...

nak pegi jugak tapi asyik penuh ja.. kena tunggu lee nanti balik kampung boleh try pegi lagi. ioi tu sokmo ramai orang kan hiihihi..

Kay said...

Kat KLCC tak ramai sgt org. Masa awal2 buka je Q panjang. Skrg walk in sekejap je beratur. Takde lg buka utk reservation.

*∽ IZAN ∽* said...

Siti :
Dah jejak kali ke-3 lepas dari post ni... kalau nak pergi boleh check queu kat apps "QueQ"... ada 3 branch KFry, IOI Mall, One Utama & KLCC. IOI mall mmg ramai sokmo. Semalam nak pergi, bila check queue IOI 82 queue compare dgn OU cuma 12 queue. Terus gi OU. Tapi sejam jugak la queue kat situ kikiki

*∽ IZAN ∽* said...

Kay :
Betul lah tu.. KLCC & OU tak seramai IOI Mall dia punya Queue. Semalam pergi check dekat APPS KLCC masa tu dalam 26 queue...compare IOI Mall 82 queue.. Kira ok la kan

*∽ IZAN ∽* said...

Asli Erguven :
Thank you