Assalamualaikum
Apa khabar semuaa...? Sedar tak sedar dah lebih seminggu
kita menjalani ibadah puasa.. Alhamdulillah.
Maaf lama tak bersiaran.. sangat sibuk akhir2 ni..
sibuk di tempat kerja.. di tambah pulak En Hubby yang terpaksa menjalani minor
operation batu karang minggu lepas...
Paling membanggakan tahun ini Danish masih puasa penuh sehingga
hari ini. Alhamdulilllahh..! Dania baru dapat sehari..
Dengan rasa rendah dirinya nak berkongsi majlis yang baru di hadiri semalam.
Tahun ini Ramadhan lebih bermakna kerana dapat di raikan bersama-sama
anak-anak di Baitul Hidayah Kg Sri Puchong.
Semuanya atas usaha keras Pn Organizer, BFF ku Suzanne Mennon (nama gelaran).
Alhamdulillah.. program yg di initiate kan oleh kawanku ini
mendapat sambutan yang amat menggalakkan
dari rakan-rakan dan keluarga terdekat.
Berkat sokongan rakan2 yang menjayakan,
tahun ini dapat melaksanakan pemberian sepasang
baju raya baru untuk anak-anak di sini selain
duit raya, majlis berbuka puasa dan sumbangan buat pihak
pentadbir.. Alhamdulillahh..!
Petang sebelum pergi tu aku pun dah ready buat Dadih untuk di bawa ke majlis.
Dania & Danish semangat menolong!!
1 shot sebelum gerak dari rumah.
Susah betul nak suruh posing cecomel budak2 ni kannnn
Jam 6:30 petang sampai sana, Pn Azuana, Pengetua Baitul Hidayah
sedang memberikan taklimat tentang sejarah penubuhan
dan sedikit sebanyak tentang kisah anak-anak
di Baitul Hidayah ni.
Terdiri dari anak-anak yatim, anak-anak oku (dileksia),
anak terbiar dan juga anak-anak Asnaf.
Ada pekerja di sini yang terdiri dari ibu ibu tunggal.
anak terbiar dan juga anak-anak Asnaf.
Ada pekerja di sini yang terdiri dari ibu ibu tunggal.
Kemudian di teruskan dengan persembahan Nasyid dari anak-anak di sini.
Semuanya berbaju baru yang di berikan oleh para peserta program.
Mereka juga berkebolehan membuat persembahan di luar
dan baru baru ini kali pertama menang sebagai Johan pertandingan
Nasyid peringatkat daerah Petaling.
Comel-comel tengok anak-anak di sini ;)
Di serikan lagi dengan persembahan silat.
Sengaja bawak Danish & Dania semoga mereka belajar
dan melihat sendiri bagaimana kehidupan rakan-rakan yang kurang bernasib baik
dan mereka yang sudah kehilangan ibu dan ayah.
Semoga Danish & Dania lebih insaf dan syukur serta lebih
menghargai & menyayangi Mama & Papa okehhh.
Baby Dhiya macam biasa tinggal ngan Bibik kat rumah.
Ahaa.. gambar bersama Pn Organizer (bertudung hitam) yang bertungkus lumus
menjayakan projek ini bersama suami.
Danish & Dania di saf belakang.. Danish tu muka dah lepak habis
tunggu waktu berbukaaa uhuhu
Sebaik Azan berkumandang, semua berbuka ringan, bersolat Maghrib
berjemaah dan baru mula makan berat.
Hidangan hari ini Nasi beriani & Nasi hujan Panas.
Caterer pun dari kaum keluarga Pn Organizer. Alhamdulillah..
sedapppp sangatttt
Anak-anak yang di raikan
Danish & Dania pun tekun makan
Acara kemuncak, pemberian duit raya hasil kutipan dari
para peserta program. Alhamdulillah....
Comel-comel adik kat sini tauuu
Sempat bergambar bersama BFF sebelum bersuraii..
Terima kasih tak terhingga buat Pn Suzanne mennon & keluarga
yang menjadikan projek ini satu realiti.
Kepada kawan-kawan yang mungkin berminat untuk menghulurkan sumbangan
boleh la hubungi No serta alamat di bawah :
Lokasi berhampiran Tol Puchong Barat.
Ada 46 orang anak-anak yang di besarkan disini,
paling tua berusia 16 tahun dan paling kecil di bawah satu tahun.
Lebih mengkagumkan, Pn Pengetua turun membesarkan keluarganya
di Baitul Hidayah termasuk anak-anak
dan menantunya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 mereka
membesarkan anak-anak di sini....