Sinopsis :
Rentetan kisah Danish yang baru dapat basikal baru di hari lahirnya yang ke-5 kira-kira 2 minggu lepas.

Situasi :
Aku yang baru sampai rumah hampir jam 8 malam. Sebaik saja kereta masuk ke perkarangan rumah macam biasa Danish & Dania akan menyambut kepulangan aku dengan wajah penuh girang. Sebaik aku turun dari kereta Danish sambut aku di tepi pintu kereta dengan kata-kata

Danish : Mama Danish nak pinjam basikal Daniel *anak jiran sebelah rumah*.
Aku     : Eh.. kenapa nak pinjam basikal Daniel. Basikal Danish kan ada.
Sambil aku buka pintu kereta belakang mencapai bungkusan barang yang sempat aku beli di kedai tadi.
Aku : Danish ni mama ada beli makanan..Danish nak tak? Danish tolong mama bawa masuk ya.
Tapi sebaik aku berpaling tengok Danish dah terpacak di porch kereta rumah jiran sebelah yang pintu pagarnya sedia terbuka dengan Danish memegang basikal milik Daniel.
Aku yang dengan tangan penuh dengan bungkusan barang...
Aku : Danishhhhhhhhhhhhhhhhhhh...................!!! Tak boleh ambil barang orang tak minta izin.
 Daniel tak ada tu. Mari balik! Teriak aku dari jauh
Danish : Alahhhhh... Danish nak pinjam jerrr... balas Danish dari jauh
Aku    : Ye lahh.. nak pinjam tapi tuannya tak ada tak boleh laaa... mari balik. Ajak aku lagi
Danish : Tak nakkkkkkkkkkkk.......................!!! Berontak Danish hampir nak mula nak menangis.
Aku dah la baru sampai.. hari dah makin gelap, kat tangan penuh bungkusan kiri kanan. Malas aku nak terpekik terlolong maghrib2 terus aku capai pintu pagar dan kunci!
Danish apa lagi.. terus meraung bila nampak pintu pagar rumah dah bertutup. Aku terus masuk rumah letak barang. Kejap lagi bila keluar tengok Danish dah berjalan balik sambil menangis-nangis.

Sebaik saja aku bukakan pintu pagar terus aku pegang Danish sambil berkata
Aku : Danish, kalau Danish tak ada kat rumah, pergi sekolah lepas tu ada orang datang rumah Danish ambil basikal Danish. Danish marah tak..?
Danish : Tak nak...!!!! Jawab Danish dengan nada keras.
Aku     : Kalau macam tu sama juga orang pun mesti marah kalau Danish ambil barang dia tak bagitau..
Danish : Mama.. Danish nak pinjam basikal Daniel sekejap je. Danish dah pandai bawak basikal 2 tayar je. Danish tak nak basikal Danish. Basikal Danish empat tayar (merujuk pada tayar bantuan di kiri kanan tayar belakang). Danish nak basikal macam Daniel !' Ujar Danish bersungguh-sungguh sambil terus teresak-esak.
Aku    :  Danish nak basikal 2 tayar..? Baru aku perasan yang basikal Daniel tu terbaring atas lantai sebab memang ada 2 tayar utama tanpa tayar bantuan.
Baru  aku sedar bezanya. Basikal Danish yang baru di beli memang masih bertayar empat.
Aku  : Ooohhhhhhhh............. Danish nak basikal 2 tayar je? Kalau macam tu cakap lah dengan mama. Nanti Papa boleh bukakan tayar kiri kanan tu. TAPI tak boleh ambil barang orang tau.
Terus aku panggil Abang minta tolong Abang bukakan 'tayar bantuan' basikal Danish lantas aku ceritakan pada Abang tentang keletah Danish.
Danish nak tunjuk skill baru kot.. Ujar aku pada Abang.
Sambil Abang 'pomen' apa yang patut aku pun naik ke bilik buat apa yang patut.

Tak lama bila aku turun aku tengok Danish dengan wajah penuh ceria sudah mengayuh basikal depan rumah dengan hanya bertayar dua!
Danish : Mama.. tengok ni mama! Danish dah boleh bawa basikal 2 tayar!! memang sungguh excited Danish dengan skill barunya!
Aku : Waaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh.. hebatnya Danish tu...! Puji aku
Danish  : Mestilah ! Danish kan dah besar. Danish dah 5 tahun! Danish dah pandai makan pakai tangan, dah pandai bawak basikal 2 tayar je! Ujar Danish kegirangang ala-ala kembang setaman.

Gambar yang di ambil keesokan harinya.


Baru kami  faham perasaan Danish. Barangkali Danish tak sabar tunggu aku pulang hari tu dek  nak tunjuk skill baru dia bawa basikal tanpa tayar bantuan! Sebab tu la tak sempat-sempat aku keluar kereta dah excited nak ambil basikal kat rumah sebelah! Aku pula dalam keadaan 'baru balik kerja' hampir-hampir tersalah tafsir niat suci murni Danish.  Maklumlah aku bukan Malaikat yang boleh menyelami hati manusia lain. Nasib baik Danish bersungguh menerangkan keadaan. Maafkan Mama ye sayang...

Hari tu buat pertama kali nya Danish berjaya mengayuh basikal tanpa tayar bantuan bererti Danish sudah pandai mengimbangkan badan. Hanya selepas seminggu dia dapat basikal baru setelah basikal lamanya yang bersaiz lebih kecil uzur rantai asyik terlepas beberapa bulan. Welldone Danish! walaupun hari pertama Danish dah terjun parit besar depan rumah, Danish tak serik untuk terus belajar. Bak kata Mail ~ Upin dan Ipin. Tak calar tak jantan laaa..! Hu hu hu!
Salam,
Alhamdulillah, akhirnya siap juga rangkaian galeri @SWEET terbaru yang daku namakan 

Galeri baru ni daku tujukan khas buat anak-anak dan suami tersayang.. daku secara amnya berusaha untuk mengasap dapur setiap hari meskipun terkadang sampai rumah lewat jam 8:00~8:30 malam pulang dari kerja...suami tersayang pula jenis biasa makan nasi untuk hidangan makan malam *wink*

Galeri ini, InsyaAllah akan menghimpunkan resepi-resepi masakan yang daku masak di rumah. Semoga menjadi rujukan kepada anak-anak tersayang apabila mereka besar nanti.. sekurang-kurangnya apabila mereka rindukan air tangan masakan bondanya apatah lagi jika ditakdikan mereka di perantauan,  ada ruang dan tempat untuk mereka rujuk.

Teringat ketika daku pertama kali menjejakkan kaki di bumi sakura di usia 18 tahun.. di bumi itulah baru daku bersungguh-sungguh untuk belajar memasak kerana di sana, tidak ada masakan daging/ayam yang HALAL di kedai-kedai luar. Nasib baiklah bumi sakura terkenal dengan keenakan dan kesegaran makanan laut! Maka tidak ada masalah untuk daku mengalas perut.. sushi, sashimi (raw seafood), onigiri semuanya memang serasi dengan selera dan tekak cuma jika sekali sekala ingin menjamu masakan daging atau ayam, terpaksalah masak sendiri di rumah! Nasib baik bekalan ayam/daging beku mudah di dapati dengan memesan melalui telefon dan tunggu sahaja di pintu rumahh.. cuma kena masak sendiri baru lah keenakannye boleh di nikmati! 

Maka itu, bulan-bulan pertama daku berada di sana adalah bulan-bulan yang bill telefon melambung tinggi! Mana taknya, asal nak masak mulalah mendial bonda di kampung bertanyakan resepi! Makanya daku rasa, pada waktu tu masak sendiri pun lagi mahal kosnya di tolak tambah dengan kos bil telefon! ha ha ha

Apapun, selamat melayari galeri baru kami. Daku juga berbesar hati hendak berkongsi ilmu yang tak seberapa ni dengan rakan-rakan sekelian. Galeri baru juga masih dalam proses penambahbaikan..
InsyaAllah resepi-resepi baru akan di tambah dari masa ke semasa.. 

Happy surfinggg!!!
Last week celebrate bufday Danish ngan sepupu sepupu Danish.  Rentetan dari majlis makan2 bulan lepas kat rumah Along, bulan ni bufday Danish & since semua adik beradik Abang ada kat sini so buat jugak gathering kecil kecilan.

 Ben 10 @ Oreo shock cake
Danish & Dania, Along, Angah, Alang & Alya
Aksi potong kek ala-ala nak jatuhkan hukuman.. kui kui kui
Danish ngan basikal baru... basikal lama dah 2 tahun berjasa.. dan saiznya pun dah tak sesuwai untuk susuk Danish yang dah makin besar.
Dania ..? tumpang sekaki... consider advance hadiah bufday Dania tahun ni sekali hu hu hu.
Petang tu jugak lepas dapat 'hadiah', tak sampai sejam Danish dah 'terjun' parit besar seberang jalan depan rumah! Tau-tau balik dah menangis mengadu jatuh parit! Seb baik la Danish tak luka sangatt.. dalam pada tu kemain seronok sebab dapat geng-geng basikal baru! hu hu hu


 Menu ringkas petang ... Soto/ bihun sup
Soto yg sedia untuk di ngap!
 Along siap buatkan muffin lagii.. ma kasehh daun keladi Along!
        
  Menu Malam ~ Steamboat + nasi campur
        

 All of us + Along belakang camera + Mak Lang & Fahim kat kampung.
Terima kasih semua yg sudi memeriahkan majlis Danish.... muahhhhh!!
Salam..
Bismillahirahmanirrahimm....


Setelah hampir 3 minggu mengodeh template baruu.. alhamdulillah akhirnya terlaunching juga
'wajah baru' sweet omoide@blogspot
 *yang tak seberapa nih*... he he heee..

Di sebabkan kerja2 pengubahsuaiann.. banyak lah entry yang terupdatee... lepas ni kalau
keluar entry yg ala2 expired jangan mare la yerr.. hu hu hu hu.

Apa pun terima kasih tak terhingga atas sokongan semua dan terima kasih kerana terus mengunjungi
teratak kami yang tak seberapa ni.... jangan malu jangan segan,  rajin-rajin lah tinggalkan komen agar rakan2 boleh saya jejakii...

Akhir kata,
Salam sayang dari sweet Omoide buat semuaa.......!! 
Kunjungan anda sentiasa kami alu-alukan... Muaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!

Happy 5th Bufday to Danish Aiman!!

Hari ni , 8th April 2010 merupakan hari ulangtahun kelahiran Danish yang ke-5. Alhamdulillahh.. Danish membesar dengan sihat dan ceria..! Sentiasa menghiburkan hati Papa & Mama walaupun ada kalanyer bila nakal terlebih especially bila 'berperang' dgn Dania kena warning jugakkk hu hu!

Last 2 weeks masa balik kampung Mak Longnyer dengan murah hati sponsor kek bufday utk both Danish & cousin, Faqihah. Ma kaseh banyak2 Mak longg... cayangggggg Mak Longg.. muaahhhh!!!

Simple celebration kat kampung. Paling teruja masa Faiq launched party popper! ha ha ha. Lepas tu jenuh la kena sapu sisa2 popper tuhh...kui kui ikui

Untuk Danish, Papa & Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Danish. Semoga Danish akan terus membesar dengan sihat dan ceriaaa, menjadi anak yang soleh dan cemerlang dalam segala bidang. Papa, Mama & Dania sentiasa ada di sisi Danish dalam apa keadaan sekali pun ya sayanggg... happy bufday tu you sweetheart!

Ucapan dari Mak Long :
SELAMAT ULANG TAHUN DANISH KE-5..SEMOGA MJDI ANAK YG BIJAK BAIK N ANAK YG SOLEH YEK!...

Ucapan dari Mak Usu :
Hepi Birthday to Danish! Smoga pnjang umur, murah rezeki dan dlindungi Allah selalu. Dari Mak-P Usu, Kakak Dira n kakak Qiha.

Terima kasih to Mak Long & Mak Usu for the wishes!
Wahahahahha... busy busyy busyyyyyyyyy!! Especially hujung bulan March, bulan terakhir tahun fiskal 2009 kat ofis. Banyak benda nak kena kejar.. kena follow up.. kena complete..kena submit... kena close and so on. Kena pulak hujung March family kat kampung ada buat kenduri doa selamat skett.. Puas berkejar ke sana ke mari. Memang minggu2 terakhir yang sangat menguji ketahanan fizikal dan mentall ha ha ha. Dan dah tentu Abang & anak-anak pun terasa jugak 'tempias'nyerr... sorry sangat2 yekk my dearies uhuk uhuk! Tu yang blog pun lengangggggggg... nak singgah blog kenkawan pun tak sempatt.. sorry yekk frenss...hua hua hua.

Anyway syukur semuanya dah berlalu... berlalu tak bermakna semuanya dah berakhirr...! kat ofis kena tarik nafasss panjang2 lagi kena bersedia plak nak mengadap semua agenda2 'baru' untuk tahun fiskal 2010 pulakkkk! huhuhu

Anyway, setelah hampir seminggu tak mengasap dapur akhir hari ni dapat gak meyinsing lengan. Menu pagi, nasi goreng paprik. Lunch keluar pergi attend wedding - nasi beryani and malam ni Chicken black pepper, kailan tumis belacan & sambal goreng ikan bilis n tempe.

So entry kali ni aku nak hapdet resepi untuk Chicken black pepper duo. Naper duo? saje je sebab dalam resepi ni kebanyakan bahan kuantitinya 'dua' biar senang nak hingat he he


Chicken Black Pepper Duo



Bahan-bahan
Ayam
2 biji bawang putih - dihiris
2 biji bawang besar(merah) - dihiris
2 inci halia - dihiris panjang
2 tangkai lada kering
2 sudu lada hitam - ditumbuk agak kasar.
2 sudu sos lada hitam
2 sudu sos tiram
Kiub perasa ayam (suku kiub)
Garam secukup rasa (hujung sudu)

Cara-cara
1. Potong ayam ikut suka, kalau saya sederhana. Goreng dan asingkan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, halia, lada kering dan lada hitam hingga kecoklatan dan naik bau.
3. Tuang sedikit air, masukkan sos lada hitam, sos tiram dan garam secukup rasa.
Kacau sebati hingga agak likat.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati.
5. Sedia untuk di hidang! Boleh tambah sukatan bahan2 ikut selera masing-masing!

Resepi yang sangat mudah dan ringkaskan! Selamat mencuba!!