Syukur ke hadrat Illahi kerana pada hari yang mulia ini terasmilah satu lagi laman web yang telah sekian lama saya impikan. Kepada anda diluar sana, untuk maklumat penuh segera layari


untuk kepuasan membeli belah hanya dihujung jari anda!! Pakaian exclusive dan berjenama untuk bayi dan kanak-kanak seperti OshKosh B'gosh, baby GAP, GAP kids, Obaibi dll sedia menanti anda!Jangan lepaskan peluang merebut promosi promosi pembukaan selagi stok masih ada! Jumpa anda disana!!!!
Hari ni hari ke-3 Sushi King Bonanza promo. During sushi bonanza Purple.Red.Pink (especially) plate yg RM6.RM5.RM4 setiap satu akan hanya berharga RM2 sahaja! Jadi aku dan Abang ambik cuti half day utk date sambil2 terjah Sushi King sebab nak elak sesak kalau pergi time Lunch or dinner he he!
Apartment 1 - Suku masa pertama
Lepas zuhur aku & Abang berjanji utk jumpa di Alamanda Putrajaya. On the way sempat lagi aku singgah R & R salin uniform.. rasa cam budak sekolah ponteng sekolah plak! Huhuh

Jam 2 kami dah pun berada di Alamanda Putrajaya. Sebelum tu Abang dah beli 2 tiket Fast & Furious 4! hu hu ! Sushi King - Kalau yg tak tau tu lokasinya kat bahagian luar depan kolam air pancut berdekatan dengan Carefour G floor - G84.
Salmon

Premium Raw Scallop (Hotate)

Aiskrim Rm7.90
Anyway kami sampai terus dapat seat. Booking utk 2 lagi seat - Ijah & Along. Tak tunggu dah org2 yg lambat ni Aku & Abang dah ngappp ngappp dulu laaa.. sambil makan & chit chat, Ijah sampai 45 minit kemudian... dan Along sampai 15 minit selepas Ijah sampai menjadikan paling lama aku lepak Sushi King - 2 Jam! Hasilnya.. 2 apartment setinggi 34 tinggkat utk 4 orang makan hehehehheApartment 2 - Suku masa kedua
Lepas makan Along & Ijah balik ofis. Lepas Asar, kira-kira 4:50pm tayangan Fast & Furious 4 bermula. Pada aku memang best citer nih. Walaupun Abang komen scene car racing thrill tak cukup aku tetap bagi 4.5/5.0 bintanggg!
Balik malam tu aku masih kekenyangan sebab makan sushi cam tak hingat dunia and sempat lagi habis sekotak pop corn dlm panggung sbb Abang pun tau aku memang hantu pop corn bila tgk movie. So malam tu aku sediakan hidangan ringkas steak burger untuk Abang. Taraaaa!

Last but not least, thank you so much Abang for belanja full day dating package! Luv you lahhh.. muaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!
NOTE : Untuk Kompilasi Resepi layari


Last week of March biasanya adalah antara minggu-minggu yang sangat sibuk dalam setahun. Sebabnya March ialah bulan terakhir untuk tahun fiscal 2008 - akhir term & akhir tahun makanya banyak project yg due date sementelah banyak pulak nak kena submit report & proposal untuk new fiscal year 2009! So kesannya hampir setiap hari aku balik tak sempat tengok matahari terbenam dan dapur pun tak berasapppp.... iskk iskk iskk

Kesian Abang melayan menu dinner yg tak teratur minggu tuh.. 
Yang tak tahan hari Khamis malam *tengok masih kat ofis lagik!*
tengah aku memerah otak kat Ofis dapat MMS dari Abang -
Gambar semangkuk maggi dgn diiringi mesej :
Malam ni makan maggi jer. Esok telur goreng balik kot.

Mesej tu dibalas dgn :
Isk isk siannya.. (ToT;). Takpe weekend ni Abang cakap je nak apa nanti mama masakkan ye!

Makanya hari Sabtu tu seperti yg dijanjikan aku pun mengatur menu - Nasi Tomato! 
<-- Sebab Abang tak tau nak request apa he he

Ini kali ke-3 aku masak Nasi tomato. Resepi yg aku belajar dari my SIL, Along.
 Supaya aku tak lupa maka aku catatkan resepinya disini...

Resepi Nasi Tomato :


Bahan-Bahan :
Beras Basmathi 1/2 Kg
Minyak sapi 2 sudu
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 2 biji
Kayu manis & rempah tumis
Daun pandan
Tomato 2 biji
Tomato puri 2 sudu
Serbuk perasa
Susu cair 1/4 tin (100 ml)

Cara memasak :
1. Hiris bawang besar & bawang putih. Tumiskan dengan minyak sapi.
Masukkan kayu manis & rempah tumis hingga naik bau.
Tambah sedikit minyak masak jika perlu.
Masukkan tomato yg sudah diblender & tomato puri. Tambah garam & rasa

2. Basuh beras basmathi. Sukatan air dan beras ialah 1:1 
(tidak termasuk minyak & susu cair)

3. Masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk nasi.
Tambahkan susu cair kira-kira 1 suku tin (100ml), serbuk perasa (kuib ayam),
garam secukup rasa (gula sedikit jika mahu). Daun pandan untuk aroma.

4. Apabila nasi telah tanak, masukkan kacang pis dalam tin dah gaulkan.
Boleh jugak ditabur pada nasi yg sedia dihidang.

Lauk Iringan
1. Ayam masak merah
2. Kari Dal daging
3. Acar sayur


Kat sini aku tak explain la resepi lauk. 
Ayam masak merah tu mcm ayam masak sambal 
gak tapi lebihkan sos cili/tomato/tiram & tomato blender.

Kari Dal tu kurangkan sket santan biar dia pior kari & jgn pekat sangat.

Acar sayur - Hiriskan timun, nenas, bawang & lobak. 
Campurkan gula & garam dan sedikit cuka secukup rasa. 
Nak pedas? buh cili potong. Siap!

Dania dgn sign peace version baru..!
So hari tu pagi - Breakfast : Mee goreng basah, Lunch : Nasi Tomato and
Menu petang pulak, Laksa Penang heheheheh!
Betul2 balas dendam memasak nehh eheheehe!

8th April 2009 (Wednesday)
Danish dah 4 tahunnn!! Sekejapnya masa berlalu.. hari tu serasa Danish baru nak belajar menatihhh hari ni sedar2 Danish dah masuk skooll.. dah pandai menyanyi dgn melodi & lirik yg betul, dah pandai baca few doa and surah and dah hamaru main PSP 2.. Dah pandai bercerita dan celoteh macam-macam hatta dah pandai bagi nasihat kat orang pun!!
Mama really love this smiling face....!

Morning session:
This year for 1st time celebrate bufday Danish kat skool dia. Just simple party, bufday song, potong cake & doa and bagi goodies since party pun buat lepas diaorang breakfast pagi. Tapi all kids were so enjoyed especially Danish! The best part tu lepas dah kenyang makan cake, all kids start dgn class mate Danish beratur, salam Danish, wish happy bufday & Danish balas dgn party pack & say Thank you hu hu!

Noon session :
Well this is out of the original plan. Asalnya plan half-day sbb nak hantar cake ke skool Danish & masak2 terus masuk kerja half-day. Malam baru celebrate kami anak beranakk. Tapi nak dijadikan cerita sebelum pergi skool Danish pagi tu aku cari barang dlm stor.. err Dance Dance Revolution Matt yg dah bertahun aku simpan. Tetengok ada anai2 habis speaker Hi-fi ONKYO yg simpan dalam tu pun leburr..uhuk!! so balik skool terus panggil vendor anai-anai terus la ad-hoc jadi operasi kemas stor & sembur ubat satu rumah!! So Abang pun teruslah cuti half-day & petang tu kitaorg bawak Danish & Dania outing sbb satu rumah dah berbau ubat semburr.. huhu
Location : Funland Alamanda, Putrajaya.
Night Session :
Balik Alamanda petang tu masak-masak sket. Menu so simple sebab tu la yg Danish favourite sangat-sangattt!!!! Nasi Lemak Daun Pisang! Since siang Danish dah celebrate ngan kenkawan dia, malam tu kitaorang celebrate anak beranak jelah lagipun aku pun dah lenguh2 badan duk angkat barang dari stor walaupun dgn pertolongan bibik he he. Sebelum potong cake Danish memang excited la kejap makan itu & ini sonot aku tengok tapi dah lepas potong cakee.. dapat hadiahhh aku ajak makan terus tak layannn.. sebab hadiahnyerr..??? Jeng jeng jeng...!
Jeng jeng jenggg... Play Station Steereng Wheel!!!! Ni Abang punya idealah yg nak sangat bagi hadiah Steering wheel nih! Nak kasik Danish feellllll kaw kaw punya main PS2 racing car game tuhh!!! Err.. tapi dimata aku macam lebih kurang contoh seorang ayah yg masa kecik2 dulu tak dapat rasa so bila dah besar.. dah berkeluarga sambil belikan kat anak sambil lepas geram kat diri sendiri (kot!) hehehehhe...opsss jgn marah Papa! Cuba tengok sengih siapa yg lebih LEBAR? Seee! I tell youuuu! he he he
Anyway Danish dapat je hadiah tu terus laaaa layannnn.. er sebenarnya Abang yg lesap dulu dlm bilik game. Mana taknyer, lepas2 beli hari2 Abang sebut tak sabar nak test steering wheel tu & aku yg berkeras suh tunggu sampai bufday Danish! Danish plak dapat pegang stereng aku ajak makan pun terus tak nak dahhh. Abang dgn briliantnye keluarkan balik car seat Danish kecik2 dulu .. huhuhuh. Anyway, aku pun ada gak lah test seround dua.. not bad hah!! Mari test powerrr!! Vrooommmmmm!! Vroooommmmmmmmm!!!
To Danish, Selamat Hari Ulangtahun yg ke-4 ya sayangggg.. Mama & Papa sentiasa mendoakan yg terbaik untuk untuk Danish. Semoga Danish terus membesar menjadi insan yang penuh dengan kasih sayang... pandai menghormati insan lain dan sentiasa cemerlang didunia dan akhirat. Semoga Danish sentiasa diberkati dan dilindungi oleh yang Esa.. Aminnnn

Anyway, Dania tetap tak dilupakann.. ada jugak little gift for Dania. Takut meraung plak karang...huhuh! (Ni baru 2 orang? kalau 3..? 4..??! ohokk!!) Moral of the story :
Ada 2 kisah kat sini.
Kisah 1: Perasan tak aksi Dania masa Danish tengah sibuk2 dapat hadiahh ?
Dia bukan peduli pun Abang dia dapat apa... senyap2 kat sebelah tu asyik masyukkk duk tekun masukkan kacang dalam jug airrrrrrr!!!!
Bertuah punya anakkk!! saborr je lah hahahahah!

Kisah 2: Masa nak gi beli steering wheel ni ada satu scene yg agak membuatkan aku terkedu dan terus berfikir....
Malam tu kitaorg pergi IOI. Danish & Dania kitaorg lepaskan main kat Jusco Playland dengan ditemankan oleh Bibik. Aku ngan Abang ronda cari kedai game. Sampai first kedai deal lebih kurang terus Abang confirm nak beli. Masa tengah tunggu diorang keluarkan barang tu adalah bersembang dgn Nyonya tuh. Abang tengah pilih DVD game...Aku pulak sibuk suh tauke extend warranty sebab beli bukan terus nak bagi.. bungkus dulu tunggu bufday baru la bagii.. rugi aaaa warranty habis mcm tu jekk.. beli dah la mahalll.
Dialog kami..
Tauke : Ni beli untuk sapa..?
Aku : Beli for my son
Tauke : Umur berapa ..?
Aku : Coming to 4
Tauke : Mana you punya anak? Tak da bawa ker?
Aku : Ada.. main dekat Playland saner
Tauke : ooo...... you ni banyak sayang sama anakkkk
Aku : ............................? *terus rasa terkedu. beli = sayang?? *
Tauke : Yalahh.. anak you tak mintak pun you belikann
Aku : ..............................
Sebenarnya kalau kitaorng tak belikan streering wheel ni pun Aku & Abang tetap sayang sangat dengan Danish & Dania *siapalah tak sayang anakkk*. Tak ada apa yg lebih berharga dari melihat senyuman ceria kalian berdua..
Buat Danish & Dania.... sesungguhnya harta dan wang ringgit sedikit pun tidak mampu menjanjikan kebahagiaan. Cumanya hari ini Alhamdulillah Mama & Papa masih mampu berikan Danish & Dania sedikit hadiah berbentuk material... Namun bak kata orang, hidup ini ibarat roda. Andainya satu hari nanti Mama & Papa tak mampu lagi utk berikan hadiah atau apa saja kemewahan material jangan la sekali-kali Danish/Dania anggap Mama & Papa dah tak sayangkan kamu berduaa... Sesungguhnya kasih sayang Mama & Papa tidak ternilai besarnya apatah lagi untuk diukur dengan wang ringgit. Ingat ya sayangggg....
My sweetie - Dania Aliesya is 17 mons now! Dah jadik big gall... tapi kalau merajuk boleh tahan gakk! Kelmarin bangun pagi Dania pun terjaga awal. Aku & Abang plak leka melayan Danish yg baru bangun nak suh mandi sebelum ke skool. Biasalah Danish pagi kalau di kejut merengek sana lah, mengadu penat lahh .. tak teringat plak Dania kat sebelah pun dah merengek mintak dilayan. Sedar-sedar Abang tengok Dania dah berdiri kat luar pintu bilik. Berdiri tegak kat tepi dinding dengan mulut muncung + muka masam mencuka! Merajuk tak ada orang layan dia la tuhh!.. Ha ha ha. Alahaii anak dara sorang nih, kecik2 dah sensitip! sorry ya sweetheart..Yang kecil ni pun dah tau nak dirinya diingat dan dihargaii yekk... *insaff*Masih suka buat aksi 'shocked face' nyer tuh!! Aku suker sangat tengok kalau dia buat gaya nih! Cuteeee je raserrrr..terhibur hati hehehhehe. Dah pandai kiss mama/papa dia. Kalau nak kiss tu datang kat muka kita jap lagi tenyeh hidung dia tu kat pipi kita sambil sebut ..mahhhhhhh....mmmmahhhhhh!*muaaahhhhh*!

Bab pertuturan, aku rasa 2-5% perkataan yg disebut difahami, 35% bahasa alien dan selebihnya 53% lagi perkataan yg disebut hampir semuanya berbunyi 'poa pa'. . Memula tu aku faham la maksudnya - Papa =ABANG.. masalahnya semua benda nak tunjuk barang ke, nak mengadu ke aku rasa mostly dia akan sebut 'poa pa'...jugakk! Hatta kalau aku tunjuk kat gambar kawin aku & Abang yg tergantung kat tangga nun, bila tunjuk kat Abang disebutnya 'poa pa'...Okeyla kann.. jap lagi bila tunjuk kat gambar aku pun disebutnya 'poa pa' jugakkk! Manerr aci cam nihh... tak acii tak aciii! hu! hu!

++ Kekadang pandai pujuk orang. Pandai datang tepuk kita sambil pujuk. Dahhh.. dahhh! Selalunya pujuk abang dia (Danish) lepas bertekak ish! ish !ish! Tadi Dania menangis nak BF aku tak bagi sebab nak suh dia makan nasi dulu. Last-last aku pun buat2 menangis.. Dania yg tengah menangis berlinang air mata terus berenti sambil pujuk aku pulak Dahh... dahhhhh! ( Dibaca sebagai -dah mama jangan nangis ye..!) sambil tepuk bahu aku Hu hu hu!

++ Kalau snap gambar dah pandai buat sign peace! TAPI sebutan pun lari, sign pun lari.. Bila Dania sebut jadi 'Piiii.......' dan jari yg naik 2 jari telunjuk tangan kiri dan kanan! huhu
++ Pandai lambai & flying kissss... babaii.. mmahhhhhhh!
++ Berani kalau main ngan serangga nihh! Lipas pun dia tak herannn! Jeng jeng jenggg.. kekadang ada serangga yg terbang2 tu bleh di main - penyet sampai matii! Pas tu datang mengadu serangga tu dah tak gerakk.. iskk iskk iskk
Yang best kalau aku balik tu mmg Danish & Dania dah excited tunggu kat pintu!
(dgn grill terkunci). Selalu Danish la dah terus standby dgn kunci rumah dri dala tapi ada sekali tu aku sampai Danish tgh leka tgk TV, kunci atas speaker mini hi-fi atas meja TV. Dania siap menonggeng2 panjat meja TV sebab nak ambik kunci grill tu ! Terharu ada gelihati pun ada tengok dia bersusah payah nak dapatkan kunci pintu utk mama dia. So sweet Dania Aliesya! Last but not least, Dania masih mix BF. Ni kira aku dah achieve over target utk BF Dania lahh.. congrate to myself! (tepuk bahu sendiri Clap! Clap! Clap!) He he :D
Future to be Iron Chef!
Disebabkan selama ni dah puas beli all those boys toys - Types of Car, robot, bike, gun etc.. ni 1st time aku belikan so girlish - cooking set toys untuk Dania. Memang seronok kalau tengok & melayan dia main cooking setnyer.
Mana taknyer, kekadang kalau aku dah ready nak masak, ikut angin kekadang Dania bila nampak aku sarung apron je terus menangis.... meraung-raung sampai terduduk2 suh aku bukak apron tuhhh sebab nak suh layan dia BF or just hugg & dukung diaa. Senang citer aku belikan 1 cooking set, bila aku masak dia pun 'tolong masak' jugakkk kat sebelah baru lah senang nak handleee heheheheh



To Dania, Mama & Papa were so enjoyed & most happy to observe how you growing up every single second! Moga menjadi anak yang cemerlang dunia & akhirat!
NEW GADGET
Aku memang addicted snap piccas... (sifat khas seorang blogger bak kata Farah Amoi). Hobi yg dah berbelas tahun kott! Bezanya dulu camera pakai filem, dah print baru bleh tgk gambar. La ni semua dah pakai digicam. Gambarnye tak nampak tapi sedar2 dah beribu2 lemon. Tapi , hobi yg dah berbelas tahun ni masih tetap tak menjadikan aku seorang photographer professional he he. Jauh panggang dari apilah org kata. Maklumlah setakat buat koleksi peribadi je kan hua hua hua! Walaupun begitu tanpa aku sedar HDD PC aku pun dah nak meletup simpan semua photo yg aku snap... tak kisah even quality just utk own collection je pun. Yang penting sentimentel value yg terpapar kat gambar tuh! Aku pun naik fenin mana nak simpan gambar2 yg dah berpuluh-puluh GIGA nih! Last-last ZASSSSSS......!!! Tanpa aku sedar aku dah bawak balik sebijik External Harddisk 1 Tera Byte which means equal to 1000 GIGA BYTE!! Terus lengang HDD PC aku... lega sket kepala.. heheheh
YANG CUTE

Aku sebenarnya singgah 7 Eleven nak beli barang lain. Ternampak plak benda alah kat bawah nih! Kicap 3 perasa dalam satu kotak. Sizenya alahaiiiiiiiiiiiiiii.. comellllnyerrr! Tak pernah plak aku jumpa sebelum ni. Isipadu 60ml.. aku terus sambar bukan sebab nak kicapnya, tapi sebab ke'comel'annyerrr! Tak cecah tinggi sebiji teko pun. La ni masih ada kat rumah jadi bahan perhiasann... wakakkaakkaak!

SUSHI KING RM2 BONANZA is backk!

Last but not least, to sushi lovers.. jangan lupa serbu SUSHI KING for RM2 BONANZA PROMOTION starting from this coming 13th April to 16th April 2009! Bestttnyerr!! Bestnyerrrr!!! Nyumm! Nyummm! Nyumm!!!! Boleh makan sampai lebammmmm!!! hehehehhehe