Danish memang kaki game
Dulu giler main game PC
La ni giler main game kat HP aku & Abang
kalau balik kerja sampai rumah nampak HP tu dulu yang dikejarnyer
pendek citer asal teringat nampak HP je nak main game
main sampai habis bateri
lepas tu pandai pulak cas bateri sendiri!
macam-macam gayalah kalau main game tu
Antara yg sempat aku snap..... siap menongeng2! sabor je lar


Antara resultnyer...

Lagi satu sukerrrrr sangat godeh HP tu
kejap lagi habis lari profile aku nyer setting
setting lagu sedap2 nak raya ni kang jap lagi keluar lagu lain
kekadang hantar MMS laa..
kekadang browse internettt... $$$$$$$
dulu pernah siap dia subsribe servis kat internet thru HP tu
tak pasal2 masuk dalam bill
sesuka hati jerr... grrrrrrr!!!



One of my peberet. Prawn Olio spagethi..
last time makan kat Pizza hut rase best gilerr..
last2 dapat gak buat sendiri.. puas hati he he


Haaaa.. ini bento ke-2 Danish pagi tadi. Onigiri + Fries + mix sosej.
Aku lak yang excited lebih.. hi! hi! hi!


Semalam cuti Nuzul AL-Quran.. aku kerja, Danish & Dania hantar rumah baby sitter manakala Abang pulak cuti nak pergi 'meronda' cari baju raya. First time Abang nak 'shopping' baju raya sendiri sejak kahwin ni.. aku lak kena kerja sob! sob! Tapi in between masa server down & office tak leh masuk tu GM bagi green light untuk 'outing' atas ramalan keadaan tidak akan surut selama 2-3 jam lagi so sempat le jengah and jumpa Abang sekejap yang kebetulan shopping baju Melayu kat sekitar Shah Alam..

Balik kerja dengan pening2 lalat dek bau asap kat ofis. Sampai rumah hidung diterjah bau wangi masakan. Jiran belakang rumah aku memang buat bisnes memasak so itu adalah senario normal bagi aku. Masuk dapur tengok2 wah.... ada sayur bayam merah dah siap siang atas singki, seperiuk sup ayam & ayam masak sambal dalam kuali. Waargghhhh !!!Abang masak hari ni! Terharunyerrr!

Malam tu Danish makan nasi bertambah-tambah.. berselera sungguh. Sup ayam yg empuk tu pun licin seperiuk! Terima kasih banyak-banyak Abang... best banget makan nasi berlaukkan air tangan Abang!
Nuzul Al-Quran
Oleh: Dr. Samsu Adabi Mamat, UKM

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ・I>Nuzul・/I> bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ingin tahu Lebih lanjut sila layari
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

Tiap-tiap tahun kebiasaannya aku akan bekerja kerana cuti Nuzul Al-Quran akan dibawa ke depan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Bermaksud hari ini juga aku bekerja seperti biasa. Lepas hantar Danish & Dania yang masih lena ke rumah baby sitter aku terus menuju ke ofis dan masa terus berputar... eceli aku tak gemar sangat nak citer pasal keje ni tapi this time is really a Hari Ini Dalam Sejarah so aku story la sket

Lebih kurang pukul 9:40 my Lady boss dah tercari2 ada bau hangit. Aku pun cari-cari check semua equipment PC & UPS kat office OK tak nampak ada abnormality. Check server room pun sama bau agak kuat.. check semua power to server, UPS, switches and so on semua nampak OK jugak and terus suspect bau tu datang dari atas syiling ikut blower. Hati dah berdebar dah rasa macam ada sesuatu yang tak kena tiba-tiba power trip dan UPS berbunyi bersilih ganti terus suruh semua staff kat office turun sambil melaung fire! fire! Api! Api! *mcm selalu training masa fire drill*. Semua staff bergegas turun dan tak lama siren fire drill berbunyi. One step further!

Turun ke bawah aku nampak ada kepulan asap dari arah warehouse! Alamak, this thing is really happened! Aku macam tak percaya dah nak lapan tahun aku kerja kat sini perkara ini adalah yang pertama kali seumpamanyer. Aku bukanlah ahli kadet Bomba company tapi ringan je tangan terus dial 999 - Emergency call to Bomba. Barangkali sudah ada manager lain yang call tapi tak salah pun kalau aku call jugakkan & inilah 1st experience pada aku jugak. Sambil memberikan butiran - nama, alamat, no telefon, jenis premis etc seperti yg ditanya oleh operator dan seterusnya aku disambungkan kepada pasukan bomba bertanyakan dengan lebih tepat kedudukan premis.

10 minit menunggu diparking lot Bomba masih belum kelihatan. Aku call balik bomba mengatakan aku ada buat panggilan kecemasan kebakaran dan bomba masih belum sampai. Jawapannyer ialah Bomba sudah dalam perjalanan. Minit ke-14 barulah kedengaran siren bomba dari arah jalan raya dah 2 biji kereta bomba dah satu jip bergerak laju ke premis kami.

Masa berlalu.. syukur kebakaran telah berjaya dipadamkan sebelum bomba tiba. Dengarnya salah satu power panel board terbakar dan ada seorang wira yg berjaya memadamkannya walaupun tatkala kebakaran, api marak asap berkepul tidak nampak pun apa yang cuba dipadamkan. Syabas kepada beliau. Setibanya bomba, mereka masuk kedlm untuk double check affected area. Tempat kejadian di sembur sekali lagi untuk mengelakkan kebarangkalian bara atau percikan api yang masih bersisa. Namun, sungguhpun api telah berjaya dipadamkan bau hangit sengit dan asap tebal masih menguasai ruang office dan server room menyebabkan kami tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam sedangkan semua server telah down.

Akhirnya 2 jam kemudian baru lah kami (MIS) dibenarkan masuk ke server room setelah engineering department bertungkus lumus vacum asap keluar. Bau masih sengit dan keadaan masih agak kabur. Kami pula terpaksa pakai 'mask' untuk bernafas. Di sebabkan bila server down semua operation di 4 building lain yg tak terlibat pun turut terhenti makanyer ala-ala pejuang ke medan perang la masuk jugak ke server room utk upkan semua server & ensure network switches are working well.. sesungguhnya inilah pengalaman pertama yang tak akan aku lupakan....
*Wajah-wajah 'Wira' & 'Srikandi' MIS*


Moralnya, rupanya ada hikmah kami bekerja hari ini. Kalau kebetulan kami cuti entah bagaimana berakhirnya kejadian hari ini...? Wallahualam.


Al-kisah..
Malam kelmarin, lepas buka Abang dah siap-siap pakai baju melayu nak pergi terawih ke Masjid. Aku kat dapur la duk mengemas. Danish and Dania nampak Abang pakai baju 'cantik' dah tak senang duduk nak ikut. Bila Abang keluar dah tutup pintu grill
terus la dua-dua meraung tak dapat ikutt...! Last2 Abang pujuk, Ok lah kita jalan satu round. Abang dukung Dania dan ajak Danish masuk kereta. Start enjin - jalan.
Setelah seketika kereta balik semula.. Abang hantar Dania masuk rumah. Dania dah tersenyum lebar.. suka la tu dapat jalan-jalan duduk kat pangku Abang sambil main stereng keta.

Danish pulak masih merengek tak puas.. Abang pujuk cakap nak pergi Masjid Danish tunggu besar sket baru boleh ikut.. Danish yang memang manja sangat dengan Abang lagi kuat meraunggg tak terima kalau kena tinggal... pujuk punya punjuk pun Danish masih meraung jugak nak ikut. Penyudahnya Abang masuk balik rumah.. kansel terus niat suci murni tu..baru la Danish senyap nampak papa dia kat depan mata. Hmmmmpppppp.. anak anakk...

Moral of the story :-
Malam semalam Abang tak pergi terawih pun. Teman Danish & Dania main bunga api je kat rumah. Danish & Dania so excited la Abang layan baekkkkk punyer..
Aku - cam biasa di belakang tabir, dibelakang kamera, didapur... tapi bunga api tu akulah yg belikan yerrr *wink* he he


Jeng jeng jeng...
Inilah nigiri bento pertama yg aku buat utk Danish. Selalunyer sebelum pergi skool Abang akan bawak Danish singgah kedai beli nasi lemak or any breakfast/kuih yg dia nak then sampai skool Danish akan breakfast dulu sblm class start. Masuk bulan puasa ni mana la ada org berniaga sarapan pagi makanya baru la aku start buatkan breakfast Danish. Selalunye goreng nugget, kadang2 nasi & lauk or sandwich. baru-baru ni aku teringat lak nak buat Chawan Mushi.. *semalam baru berjaya buat tapi lain kali lah citer* masa dok cari resepi buat chawan mushi tu aku terbacer lah satu blog sorang housewife yg selalu buatkan bento utk anak2 dia..cute sangat! Kandou pulak aku nengok. Makanya aku pun baru la terlintas nak buatkan Danish bento since Danish memang suka makan nasi.. kalau lapar ringan je mulut mongelnyer sebut 'Nak makan nasik!'Tu lah, apsal la tak terpikir sejak dulu lagii ek.. iskk iskk iskk.

Anyway, last week end aku pergi la 100 yen shop kat Puchong. Beli few stuff utk prepare Bento. Satu masa dulu mmg pernah ada zaman2 aku bawak bento - onigiri pergi ofis tapi masa tu Danish pun lom masuk skool lagi.
Moralnya pagi tadi siap hidang lauk terus aku tanak calrose rice. Aku biasa pakai brand Sumo RM12/kg. Dulu tak silap dalam RM8-10 je/kg. Selesai sahur terus la aku mengodeh bento utk Danish. Ni first attempt la buat sushi roll. Dah la cari nori tak dapat so aku ganti dengan furikake je. Masih tak berapa cantik lagi sebab aku tak buh pun vinegar & so on. Just plain sushi roll and inti nugget & crab stick utk Danish. Still need to be improved nih! Tak pe practice make perfect. Hasilnyer ...Setelah masuk dalam bekas bento


Bangun pagi Danish merengek la nak di suruh mandi.. lepas salin baju mama tunjuk bento kat Danish terus excited dia nak makan dan dan tu jugak!! Dah lewat suh masuk dlm keta suh makan kat skool tapi tak sabar2 dah Danish nak makan. Moralnyer, selalu makan breakfast kat skool pagi ni dalam keta dengan muka sembap2 terus ngap nyum! nyum! nyum!

Mama so excited and glad Danish suka the 1st ever sushi bento yg mama buat! Esok leh buat lagi nih! He he

Happy 1st burfday to Dania & Auni!!!!
Dania 1st Sept & Auni 21st Sept. Aku betul2 tak ready nak celebrate sbb dengan Abang yg pergi outstation seminggu, sebelum tu hujung minggu pun balik Pahang buat kenduri Tahlil then setibanya Abang ke tanahair karang dah kelam kabut nak balik kampung and so on. Hatta hadiah burfday pun tak sempat nak beli. Sian Dania...
Tu pun sampai kampung malam tu dah nak tengah malam pun memang tak sempat la aku nak ready apa2. Nasib baik sampai kampung Mak Long dengan bangganya dah belikan Kek utk both kembar bulan ni! Hari Sabtu tu *sehari sebelum Ramadhan* Mak Long buat Laksam.. memang best gilerr la... puas aku makan.

So malam terakhir tu berjuadahkan Laksam & beberapa menu lain terus je ON acara potong kek. Tak cukup kek, Mak Long belikan pulak sepasang baju boria utk both kembar.. sweet sangat! Susah-susah je Mak Long ni.
So dengan bertemankan doa selamat dari Atuk, maka bermula la majlis kecil ni. Habis baca doa selamat, nyanyi lagu bufday.. habis nyanyi Dania yg dah tak terkelip tengok cahaya lilin sebatang tu terus je tekap api lilin yg menyala dengan tangan.. apa lagi
lilin terus padam dannn... UuuUuuWaAaaAAAAaaaaaa...! Di sertai tangisan syahdu! Seb baik tangan tak melecur cuma terkejut kena lilin cairr... kekekekekekek. Nak tunjuk heroin pulakkk isk iskk

Anyway, Mama doakan semoga Dania & Auni dipanjangkan umur, murah rezeki, sentiasa dilindungi dan diberkati olehNya.. dijadikan anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan diakhirat. Aminn..

Tak lupa buat Mak Long, terima kasih banyak2 di atas hadiah burfday pertama untuk Dania...!

Update 1 week later
2nd celebration - http://norizane.fotopages.com