Saikin nanka shigoto ga daruii te kanji. Sekinin mo shigoto mo fuetekite, karada mo atama mo tsukareru te.... fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Sejak kebelakangan ni aku perasan, kalau mengadap skrinn computer LCD kat opis ni lama sangat pedihh gila materr! Pas tu mula la mata merahh. Rasa panass berair pun ada... Mikata no sei mo aru no kana? ima made heiki datta no ni ne. Doushite nan darou ??!

Adakah ini tanda2 aku ni dah nak kena jadi minah specky? Ishhhh! So far kalau ikut history family aku tak ada sorang pun yg specky kecuali lah mak & abah yang dah rabun tua la ni. Teringat kalau kat nihon dulu ada la eye drop utk refreshing mata, kalau pakai tu rasa ringan & segar je mata.. tokuni asa nebou shichatta toki, donnani me ga akakutemo, titik 2-3 sugu mashiro ni natteshimau no. Tapi kat Malaysia ni aku tak jumpa lagi eye drop yg powerfull cam tu.. pagi tadi sempat la singgah 7 eleven sebelum sampai ofis beli Eye Mo la konon.. sekali baca contents dia - Boric Asid 12.89gm ? Eeeee.. daijoubu dakke... Nanka osoroshi neee....?

Malam semalam balik kerja aku sempat singgah beli Timun. Malam lepas dah siap makan, tengah lepak2 tu sempat la aku hiris timun tu nak buh kat mata. Buat treatment sendiri je lah kat rumah. TAPI..! Tak dan aku buat treatment, dah ada dah sorang pelanggan mintak buatkan treatment kat dia...saper lagi kalau bukan hero cilikku yg sorang ni - Danish! potong stimm betulll laaa... hik! hik! Anyway, memang sangat refreshing la buh timun kat mata sambil lelap ni. Sejuk & nyaman je rasa...tak nak try ke?

La ni tgh tunggu giliran kat Maybank sek 20 shah alam. Ambik cuti dek kerana beberapa urusan bank yg dah tertangguh setelah sekian lama. Dah nak 2 jam menunggu punya la lembap! Argh!! Saje belek2 n test power Opera Mini yg ada dlm HP ni buat lepas2 tension. Ok gak, leh la surf2 FP n blog drpd melangok nungu nomo naik. Ok, upload satu dulu. Cantekkk!

PART 2: (Tgh godeh2 nak upload pic. Tak jadi lak). Apalah maybank ni. ATM kad aku dah le kena telan. Ari tu tepon service centre kata suh collect kat sek 20. Hari ni dtg dah beratur nak dekat sejam kata dah hantar kat seksyen 14 la pulak! grrrrr!! Nak gi sane lagi la ramai manusia! Penyudahnye buat card replacement tapi seramai2 manusia yg apply ni sorang je yg handle?? Tahun bila nak siap weii?? Ikut nomo kena tunggu giliran 10 orang je tapi dah nak sejam setengah menunggu baru org ke 7! Aku nengok muka2 org yg menunggu pun semua dah mcm sardin makan cuka. Adoyaiii! Nilah Maybank yg LEMBAP lagi menyusahkan! Nak buat SI nak kena ada passbook la pulak yg aku tak tau kat mana sebab tak pernah pakai sejak2 guna Maybank2u 5 tahun lepas.




PART 3: Dah siapp!!! Ni dia ATM card baru aka Debit Card Maybank. Boleh keluar cash dimana2 ATM machine yg ada logo VISA diseluruh dunia. TAPI 3 JAM nunggu wehhh!!!!

Settle ATM card gi settle duit keta kat AmBank. Pi bayar kat kaunter queue 15 orang ada la dalam sepuluh minit. Pastu gi Maybank 14 lak buat SI (Standing Instruction) suh Maybank bayar terus duit keta ke akaun Ambank.. senang citer. Gitu gini gitu gini, nak close passbook Maybank terus... menyusahkan jek. Bukannyer pakai pun tapi kalau ada apa2 nak kena bawak senang2 close terus buat bookless. Penyudahnyer, tak yah buat SI pun. Kalau tak charge RM5 per transaction. Tapi nak close passbook pun nunggu nak dekat 2 jam queue 8 orang. Memang Maybank superb lembap tahap dewa!!!!*Sorry to say*

Rupernyer la ni Maybank dah boleh buat Fund Transfer ke akaun Hire-Purchase AmBANK. Cuma masuk kan no.akaun Hire Puchase 14 digit and click enter! Settle!! Dulu pernah check rasa tak leh lagi.. sejak bila ntah dah bolehh.. ekekkee. Anyway, Benkyo ni narimashita!

Si manjaku yang sangat2 manja - Dania...
Alhamdulillah, sampai ke hari ini, usia Dania 10 bulan masih menyusu badan (BF), khasiat terbaik untuk simanja. Aku yg sebelum ni cuma berjaya BF Danish selama 2 bulan sentengah dulu mmg terasa perbezaan 'aura manja' dua beradik ni.
Danish ni sifatnyer lebih independent. Suka dan tak kisah semua benda, pakai redah je. Tak takut orang pun. Dania pulak, manja sangat-sangat!

Setiap hari kalau aku balik kerja Dania & Danish dah ada kat rumah, dengar bunyi kereta Dania dah merangkak laju dan berdiri memaut pintu grill. Danish kalau aku sampai selalu buat excited 'Mama dah balik!' Kalau aku beli apa-apa dia lagi excited kadang2 sampai melompat2!
Dania pulak peel nyer, kalau aku dah turun kereta and masuk rumah mesti kena dukung dia dulu! Kalau aku tak dukung dia dulu mesti dia merangkak kehulu ke hilir kejar aku mintak dukung. Kalau dah dukung.. jangan harap boleh letak balik tanpa BF kan dia..don't hope! Memang surelyyy melalak lalak punyaa menangiss.. berair-air air mata sedih sangat. Hatta nak bukak tudung pun kadang tak sempat..
Pernah sekali tu, aku kena kerja Sabtu Ahad dan balik rumah dah malam. Ahad malam tu
sampai je rumah dengar suara Danish melaung aku balik, Dania pun terus la standby kat pintu grill rumah tu. Aku turun keta nak tutup pintu gate luar. Dania tengok aku turun keta tapi pusing ke belakang terus melalak2 menangisss.. tak dan tunggu aku masuk rumah dah! Dah rindu sangat la tu Sabtu - Ahad pun tak dapat main2 dgn dia..Sian Dania.

Kalau aku pulak yang ambik Dania dari rumah baby sitter lagi haru! Mana tak nyer,
dalam kereta dah melalak2 mengalir air mata nak BF. Aku dah le tgh drive.. apalagi, 3G-Video call ngan Abang la nak pujuk dia..tapi kejap dia layan, kejap lagi dia melalak balik.. haru! haru!

La ni aku tengah marathon ganti posa. Kelmarin, sampai rumah dah nak Azan. Sampai2 je macam biasa la Dania dah merengek suh BF dia. Penyudahnyer nak berbuka pun tak sempat. Terpaksa lah orang lain plak yg tulung hulur air & makan. Kebetulan aku ada beli nasi goreng kat Kantin ofis. So Danish cam biasalah, kalau beli apa2 dia yg terkam dulu. Penyudah nyer Danish la tolong suap sesudu dua hu hu!. Dah tu Dania pulak tak nak lepas.. BF sampai tertidur. Yang pelik kekadang kalu aku lewat sket, Abang dah bagi susu sebotol habis jap lagi aku balik merengek jugak tetap nak BF...! Agaknyer selesa & tenteram sangat dia kalau BF ada orang peluk..hangat, tu yang senang lena. Tapi kekadang bila dah lena nak letak atas tilam kang merengek tak nak...sabor je la

Dania memang manja sangat ngan aku. Kalau aku masak kat dapur rajin la dia duk tepi child gate yang kitaorang pasang kat pintu dapur. Sebenarnya merengek nak suh aku dukung.. tapi letak la mainan nanti dia main la kat tepi gate tu. Kalau dah boringkan Abang le kena layan dia..he he

Tu belum bab makan! Kalau makan, Dania memang duk riba aku, kalo tak merengek panjat kerusi. Tumpang sekaki aku suap sekali nasi lenyek kat dia. Bab makan pulak boleh tahan. Semua dia pungut masuk mulut.. kalau offer memang menganga je mulutnyer. Tengok orang makan dia pulak terkebil2 tunggu orang suap kat mulut dia. Pernah sekali dia pungut lada potong atas karpet *Danish la yg buang sepah2 ni*. Sedar2 dah melalak kepedasann.. wakakkakakak!.


Malam tadi..
Dah selesai makan malam
Danish pun dah boring main game
Dia duk bertenggek atas kerusi biru yg dah
diterbalikkan ke tepi.
Sambil bergoyang2 kat atas kerusi tu
Danish :'Mama .. mama nak eskrem?'*dibaca sebagai aiskrim*
Mama :'Danish ada eskrem ke?'
Danish : Angguk kepala
Mama : Mama nak satu !
Danish :'Okeyy..!' sambil turun dari kerusi, buat aksi seolah-olah mengambil
sesuatu dari bahagian sandar kerusi yg dah dibaringkan lalu 'memberi'
eskrem kat tangan mama sambil memggengam tangan.
Mama : Okay.. terima kasih!
Danish : Okay.. sama-sama *sambil naik semula bertenggek kat kerusi tu & mengoyang2kan badan.

Jap lagi.. Dania merangkak lalu depan Danish
Danish : 'Dania.. Dania dan ekrem tak..? nak?
Dania : Tengok abang dia...blurr
Mama : 'Danish.. mama nak ekrem coklat dua!
Danish : 'Nak eskrem coklat ehh...' Buat-buat tanya pulak.
Turun dari kerusi dan buat2 macam ambik 'dua benda' dari penyandar kerusi
lalu datang kat mama sambil genggam dua-dua tangan dia
Mama :*dah ambik duit 1 sen*
'Ok.. terima kasih. Nah ni duitnya.. mama bayar. Danish jual mama beli ya'
Danish : Terima duit yang aku terima sambil tersengih2 tak faham maksuk 'beli & bayar' barangkali. Tapi dia ambil duit tu dan simpan dalam tempat 'simpanan khas'- kaki kerusi.

Begitulah.. permainan berulang 2-3 kali.. aku pun 2-3 kali lah terpaksa 'beli' eskrem Danish sebab dah tak ada pembeli lain ekekekkeke
Bagaimanapun.. aku cukup terhibur dengan keletah hero yg sorang ni.
Kerusi pun leh jadi motor jual eskrem ekk.. best nyer la duk kat alam fantasi budak2 ni kannn

Aku sukerrr sangat gambar ni! Tengok macam close sangat diaorang berdua beradik ni main bersama.. heheheheh
TAPI sebenarnyer.. Danish main game, Dania plak menyelit.. menyibukkk nak main sama..
jap lagi kena marah dgn Danish.. lepas tu Dania melalak la, tengok kat mama & papa dia mengadu... ohok!

Danish sekarang ni tengah gila main game! Sejak2 dia cecah umur 3 tahun ari tu laaa..
Mula-mula gila main game Pinball tu.. Dah terror jugak la nak operate game tu.
Tau mana icon nak click on desktop, tau camana nak start game pakai shortkey F2, F4, button Z, space bar, Enter key and so on. Kalau dah game over pandai lah nak start new game.. iskk iskk iskk

Sekarang ni Abang ajar game lain pulak.. ape tah namenyer.. Frenzy kott yg ikan makan ikan tu *aku mmg tak minat computer game ni so tak berapa nak amek tau*.
Balik rumah lepas makan dia dah sibuk angkat bag computer Abang, suh bukak dia nak main game. Sebenarnyer Abang pun no hal laa.. layannn... sebab kalau Danish main game Abang leh la tgk Berita & so on! Kalo tak silap2 kena tukar channel 611(ceria) & 613(PHDC).

Jap lagi dah boring main game computer cari HP aku or Abang *same je 2-2 pun*. Suruh bukak kan game.. yg ni silap2 Abang kena paksa main sekali.... hmmmmmm

NOTE : This entry for The Garden's Beginner view only hi hi.

Arghhh letinyerrr! Last week weekend attend kem kat Melaka, this weekend lak kena kerja sebab buat server upgrade. Meaning 2 weekends tak dapat habiskan masa dgn family terchenta - Abang, Danish & Dania. Hari kerja tak yah cerita la kan.. dengan anak-anak yang sedang nak membesar ni kadang2 boleh kira berapa sangatlah masa yang dapat aku luangkan berdua bersama Abang. Macam iklan Astro tu laa... ada je org ke-3 & ke-4 potong queue' he he.

So semalam aku ambil cuti saja nak berdating dengan Abang sambil menenangkan fikiran dari 'homework ofis' yang tak pernah surut. Aku dah request Abang utk apply cuti jugak so that boleh la kami luangkan masa bersama. Kebetulan Ijah & Idie (My BIL & SIL) datang bertandang. So pagi tu sempatlah aku buat sarapan - mee goreng basah dan kami semua bersarapan bersama. Kira-kira pukul 10 pagi kami dah keluar. Ijah kerja, Idie lepak kat rumah. Danish & Dania pulak ke rumah pengasuh. Settlekan monthly fee baby sitter, school Danish & ke klinik ambil ubat Dania, kami berdua - Aku dan Abang pun bertolak ke 'The Garden'... destinasi date kami.

The Garden?! Bila tah siapnyer, tau-tau dah ada & sebenarnyer kitaorang pun tak pernah lagi sampai pun! Ha ha ha!*sebab tu aku kater this entry for The Garden's beginner only. Yg dah buat The Garden mcm rumah sendiri tu sila main jauh-jauh! Shoh!* Memula2 macam2 la kepala aku plan, nak book hotel la - check in day (pagi sampai petang) saje lepak2 je ngan Abang tukar angin. Nak gi Time Square tgk IMax & masuk theme park la.. last2 sebab berchenta nak drive masuk KL akhirnyer decide gi The Garden - next to Mid Valley. Tu pun memula call jugak CitiTel - dah full book! Call the Garden RM365 *gulp!* check in pagi kuar petang.. Boulevard lak tak de rate utk day check in. ohok! Saje gatal tanya, last2 tak booking pon. Pagi tu keluar pun dah tengahari buta...!

Sempat singgah KL Central, beli Smart Tag baru sbb Smart Tag lama dah rosak. Dan gak la pakai 3 tahun. Kali ni siap ada insurans EtiQa sekali. Pas tu sampai Midvalley dah pukul 12:30++. Masuk terus parking B ke The Garden. Sebab hari cuti, parking pun agak lengang...bagussss. Naik ke The Garden impression.. wow!! Well.. nice place. More on relaxing feeling. More landscap & green scenery compare to Mid Valley yg 24hours crowded.. ada sofa tempat for lepak2 FOC and the most important, so many branded shop lot...! *which is good for window shopping*


Kitaorang terus ke GSC signature. Hari ni memang niat utk memanja2kan diri sendiri.. Carilah overall building layout dan ternampaklah digital signboard the The Garden. and bila test - touch screen! Very impressive!*well done Malaysia*. Carilah GSC Signature which is basically new Cinema yg provide Premiere & Gold Class only. Memang some kind of exclusive place.

Masuk2 terus nampak counter Gold Class. Aku yg tak pernah terhingin nak tanya pasal Gold Class nyer pun terus menapak ke kaunter tu - bertanya lebih lanjut apakah yg di definisikan sebagai 'Gold/Premiere' Class?
Dengan ramah dan santun, lady kat kaunter tu menjawab
' For Gold Class, we serve you blanket, pillow & free flow drink Mam. The seat is leather seat of Twin sharing basis and our stewardess will serve you'
Tak silap aku toilet pun attach to the hall.
'And the price is RM60 Mam..'
Hah? RM60? Mak aii.. dah sama tambang flight 1 way Air Asia pi Sarawak !
'Hmmm.. Okay. How about Premier Class?' Tanya aku
'Twin sharing seat and yet comfortable Mam. The price is RM16' jawabnyer santun. Maka automatic confirm la kitaorang beli Premiere class ticket - Movie WANTED for 2 and seat twin sharing row tengah paling belakang he he he. So ticket dah beli. waktu tayangan ialah pukul 2:55ptg. Perut dah terasa lapar.. apa lagi, cari makan la!

On the way datang tadi dah terlintas kat kepala nak makan Japanese Food kat Kikuzakura - Mid Valley. Ni pun lama tak singgah makan kat situ. Kali terakhir 2 years before kot. So kitaorang pun terus la menuju ke Kikuzakura.
Di sebabkan jam baru pukul 1:00 tghari dan ada 2 jam lagi waktu utk tgk Movie, so kitaorang book private room kat Kikuzakura-(washiki) Japanese sitting style..just 2 of us. Bleh lepak2 & bersantai privacy skettt.. ouch! Menu sampai dan kitaorang pun order menu. Both amek Bento - all in one. Ada Tempura, Sashimi, Unagi, Chiken slice, Tofu, miso soup and so on. Tak lupa menu wajib- Edamame & Chawan Mushi.
Tak lama menu pun sampai... Itadakimasu!!!!




Lepak-lepak, borak-borak.. kejap2 waitress datang tuangkan ocha panas. Sedar2 dah sejam lebih gak kat situ. Perut pun dah kenyang so kitaorang pun beredar. Tapi 2 tahun, harga dah naik 100% dengan menu yang almost the same. Mana tak nyer, dulu satu set bento dalam Rm3+.00 dah termasuk nasi. Sekarang ni nasi excluded and add on RM9 menjadikan total satu set bento RM50.++!! Perrrghhh...Anyway, zasss je laaaa..bukan selalu he he.


5 minit sebelum movie start kitaorang dah berada di Signature. Check ticket and masuk hall. Hall superb lengang.. cuma ada few couple kat line belakang sekali.. Twin sharing basis seat and ade side seat table each. Wider seat & distance from others. Privacy & very comfortable tapi yappari kalau ader blanket & pillow lagi besttt! Ha ha ha!
Almost 2 hours later tayangan pun tamat. Aku bagi rate 4 star out of 5.

Habis menonton, perut dah lapar balik. Singgah Jusco beli Frozen Edamame & Takoyaki!
Aku order inti Unagi & Abang Udang. 3 ketul RM4.30. Lepak kat Jusco makan panas-panas! Hisashiburinyer makan Takoyaki. Siap terserempak ngan Tamami San, ex-ofismate aku. Dia mualaf Japanese kawen & Malay. Quit Ni*** sbb deliver 2nd baby dia tahun lepas. Selesai makan Takoyaki singgah KFC beli ole-ole untuk Danish & Dania- sicomel kesayangan ku. Pastu drive balik...Thanks a lot to Abang sudi luangkan masa bersama, muahh!!



Sekarang Danish tengah sibuk nak belajar makan pakai tangan..
sebab dia tengok aku & Abang makan pakai tangan..
selalu dia makan sambil main.. pakai sudu. suap satu sudu - sambung main
suap satu sudu sambung main
moralnya.. bila dia makan pakai tangan, suap satu tangan... kesat tangan kat baju n
sambung main! Adehh!

Gambar ni ialah - aku dah cedukkan nasi & sudu dia dlm pinggan
aku bangun kejap tengok Dania tetengok dia tak nak makan nasi kat pinggan dia ngan sudu tapi konker akunyer pinggan nasi pas tu tak nak lepass.. saborr je la!

Dah cuba makan pizza baru ni? Memang best giller terutama kpd penggemar setia 1901 new york chicken cam aku... he he!

Gambar aku sokmo takde, biasala.. camera woman. Sokmo nyorok belakang tabirr.. ngeh ngeh ngeh!
37 hari!
Itulah bilangan puasa yang aku nak kena ganti. Datang dari mana??
7 hari - Ramadhan 2006
30 hari - Ramadhan 2007!

Hujung tahun 2006 tu aku dah start pregnantkan Dania.
Sepanjang mengandungan Dania, perut sentiasa terasa lapar.. sentiasa kena makan.
Seawal pukul 8:00pagi lagi perut dah berbunyi minta diisi. Pagi-pagi on the way pergi kerja tu biasanyer aku dah beli siap2 kuih and 'bersarapan' sambil drive.. hehehe.. sebab tu atas meja aku sentiasa standby makanan sebab perut cepat 'berkeroncong!'Moralnye, tak dapek la aku nak ganti posa dek keroncong baby dlm perut yang kerap berbunyi.

Masuk 2007 pulak aku bersalin 1hb Sept.. 2 minggu sebelum puasa.
So masa ramadhan 2007 tu aku pun tak abes berpantang so terpaksalah selalu temankan orang2 yg berpuasa berbuka.. heheheheh.
So tahun ni.. total semua 37 hari nak kena ganti! ohok!
Marathon posa la den tahun ni....

So sampai kala aku menulis kat sini, baru dapat ganti 8 hari! meaning ada belen 29 hari lagi.. ramadhan pulak tinggal 2 bulan je lagi. Aku congak2, katalah sebulan ada 4 minggu, pas tu katerlah 3 minggu je aku leh posa secara deretttt aka marathon.. so bermaksud 2 bulan ni mmg kena betul2 posa derettt la jawabnyerrrr! Tak leh stop langsung ni!

Nak dijadikan cerita, pagi tadi pun sama lah. Sebelum tidur dah niat esok pagi nak bangun sahur. Yang aku ingat, pukul 5:00pagi aku rasa macam ada terjaga... pastu pejam mata balik. Sedar kali kedua dah pukul 5:30pagi. alamak! Dah nak subuh dah. Aku nak bangun tapi Dania pulak merengek2 nak menyusu. So layan la sekejap. Bila dia dah lena balik aku terus turun bawah. Sempat aku capai roti Gardenia atas meja & Tuna mayo dalam tin. Sapu tuna atas roti dan ambil sekotak air soya *bekal Danish pergi school* dan duduk kat sofa depan TV. Jam dah nak 5:40pagi. Terus tekan remote astro bukak astro Awanis.. dalam hati berkira2 jugak dah subuh ke belum ni.. tapi rasa cam belum. Sedang aku dok mengunyah roti tu tetiba kat TV berkumadang azan subuh..! Errkkkk!!! aku terkeduuu seketika....*alamak dah Azan la..* getus hati aku. Spontan tangan terus menadah roti yang sedang aku kunyah dan dek tekak yang tak selesa terus aku sedut air soya.. Lepas tu aku termenung.. eh cam ni? Lepas seminit dua baru lah azan subuh dari Surau tak jauh dari rumah aku berkumandang. Dek rasa terkilan, hati mula la was2 nak ikut Azan TV ke Azan surau..?

Pagi sebelum pergi kerja Abang pesan.. 'ikut je lah Azan TV confirm tepat waktu' sekaligus menjadikan posa ganti aku yg lulus masih angka 8 dan bukan 9! uhuk!uhuk!

Tapi bak kata orang, setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnyer. Hari ni kat ofis ada training ISO16949 2 hari sejak semalam. Kebetulan ofis-mate aku pelawa pulak aku temankan dia makan free dengan instructor! Yatta ne!