Assalamualaikum...
Sape2 yang nak cari gadget PC meh beramai-ramai ke 
HP WAREHOUSE SALE!

21st ~ 23rd July 
bertempat di Seksyen 19, PJ



Location Map :


Assalamualaikum...
Ahaa.. rehat entry Bandung sat.. ada plak yg muntah karang.. ehehehehe.

Ni nak habaq.. ada Kopitiam baru buka kat Cyberjaya,
Hailam Kopitiam terletak kat area2 Domain jugak. 
Kira sepelaung je dari ofiss..
bagus.. semenjak dua menjak ni banyak sungguh kedai2 makan 
di buka kat area2 Domain ni. Tutti Frutti pun dah ada...
Dekat ngan ofis kitaorg uuhuh.

So semalam lunch first time gi test makan.
Orang mak aii punya ramai orang. Masa tu dalam kul 12:30 tghari.
Memang meriahh.. order pun sabor je la kan nunggunye uhuhuhu.

So makan semalam dapat lah kupon diskaun...
Pagi ni dengan gagahnya pergi breakfast kat kopitiam ha ha!
Tu pun sebab budget lunch tak keluar.. malam ada dinner
dengan team member kat Putrajaya Seafood *wink!*
Okeh.. zoom gambar...!


Menu Hailam Kopitiam


Menu breakfast yg mencengkam kalbu sejak semalam



Ni yang terhingin tak hingat..! Telur ayam kampung separuh masakk! nyum nyumm!!



Ni set yang kitaorg order.. RM7.20 sahaja


Ni telur separuh masak I punya.. jemput makann..! nyum myummm!!


ShiawaseeeeeeEeEeEeEE ~~~~~...!!!


Pagi tak ramai sangat orang compare lunch time


Ni kupon diskaun. So setelah tolak kupon 
I punya order cuma RM4.55 kachinn!!!

Lepas bayar dapat lagi kupon lain..
Kena datang lagi nih..!! he he

Assalamualaikum..

Hari ni sambungan citer Bandung Trip ~ Day 2.
Hari ke-2 memang sehari suntuk duk dalam 
Trans Studio tu jek huhu.

Untuk pengetahuan harga tiket :
(Dewasa & kanak2 sama harga)
Hari minggu : Rp 200,000 (RM 70)
Hari biasa  : Rp 150,000 (RM 53)
kalau tak nak beratur panjang, top up 
VIP ACCESS : Rp 200,000 ( RM 70)
memang ada lane khas utk VIP Access nih.. tak payah queue terus masuk je.
So kalau gi hari biasa + VIP Access = RM 123 seorang.
Harga tiket untuk masuk semua tempat tapi setiap tempat
tu ada yang ada limitation dari segi had tinggi minima.


So kepada yang ada niat nak ke Trans Studio, aku
nasihatkan seelok-eloknya korang allocate la sehari kat sini.
Kalau boleh datang lah awal pagi.. buka je pagar korang la
orang pertama yang terjah! ehehehehe.
Bukan apaa.. tak yah beratur panjang. Average mau sejam 
gak kalau korang lambat-lambat tauu.
Aku tengok yang ramai pengunjung dari Indonesia sendiri..
ramai gak rakyat diaorang yang kaya raya.. yang pasti 
layanan setiap staff memang mesra kat sini.
Penuh berbudi bahasa..!

Okeh kita zoom gambar pulakkk!


Bangun pagi penuh ceria bersarapan sebab tahu nak bawak dia 
pergi Trans Studio hari ni he he 


 Dania je yg masih 'gelap' mata duk dalam stroller.. kat sini pukul 6:30 pagi
dah terang benderang..! So pagi2 tu dah boleh bersiap awal
nak ke Trans Studio. Sempat breakfast & lepak2 kat cafe.
Dalam pukul 8:20 pagi call taxi (Blue Bird) utk hantar kitaorang ke Trans studio.


Trans Studio tu jauhnya dalam 11km je dari Hotel tapi sebab jalan kat
bandar Bandung ni agak padat.. tak leh expect nak sampai 15 minit laa.. huhu.
one way tu kena charge dalam Rp25,000 ( RM 9.20).

 Ok.. masuk-masuk je terus nampak Maskot Trans Studio.. Snap satu gambar dulu he he.


 Abang tengah beli tiket. Kitaorang antara yang awal sampai pagi nih


Trans Studio ni konsep Indoor Theme Park. So tak yah 
risau panas ke hujan sebab memang duk dalam aircond.
Dah beli tiket..  theme park nya terletak kat tingkat atas.
Kena naik escalator tuh ha..


okeh.. sebelum masuk ke Trans Studio, ada Effiel tower kat luar.
Nampak dah budak2 tu cebik.. sebab dah tak sabor nak masuk dalam..
Mak Ayah plak sibuk nak bergambo ha ha!! cepuk karang!


Kebetulan masa pergi tuh memang ada live 
rakaman utk rancangan Derings.
Kalau time korang pergi ada lagi benda ni, abaikan lahh..
terus je masuk dalam.. lambat2 kang panjang plak beratur.
Masa kitaorg dia promote suh tunggu kat luar supaya nampak crowd 
visitor ramai.. tapi kalau korang keluar TV tu live, korang
dapat ke tengok rancangan tu kan..? ade korang kesahh..? eheheheh


Sempat gak snap ngan Maskot2 Tran Studio ni kat luar.


Live recording sedang berjalan. Confirm kitaorg masuk TV sebab jadi back ground
 kat belakang. Tapi nak tengok channel mana bukk..?


Tu dia masa live recording di buat. Lepas tu ada group SK 12 buat persembahan.
Errr.. SKII aku tau laa.. SK12? tak pernah dengar la plakk eheheh

Akhirnya dah berjaya masuk ke Trans Studio..! he he

1st place ke area Studio Central


Tetiba ada lak maskot tarik Danish duk kat pangku dia ehehehhe



Abang dok study map Trans Studio 



Sambil to Danish sempat pose depan Yamasa superbike.
Suker la tuhh!


Port pertama terus gi TransCAR.
Danish & Abang je lepas masuk. Minimum height 110cm.
Aku pregnant.. Dania.. 100cm je uhuhuhu.
Ku pujuk2 mamat yg jaga pun tak di baginya masuk.
"Demi keselamatan anak ibu..."
Haa.. santun sekali jawapannya.. uhuk


Danish ceria tunggu queue.


Setelah 45 min beratur.. akhirnya sampai jugak gilirann..
Apaalgii.. VrroooMmmMmmm...!! VVrrOOoOomMMMMMM!!!


Ngam-ngam lepas Abang & Danish berlepas..
Group SK12 yg buat live recording tadi masuk dan dapat masuk 
free terus.. seb baik Abang cepat sketttt jee..
kalo tak mau jadi sejam menunggu! uhuhuhu


Ada VERTIGO.. baek punya pusinggg 360%..
kalau tahan muntah bleh la naikk! huhu

Dania pose sebelah Vertigo sambil tunggu Abg Danish naik TransCAR.


Lepas naik TransCAR kitaorang skip Vertigo dan proceed to 
Trans City Teater dgn theme
KABAYAN GOES TO HOLLYWOOD


Persembahan menghiburkan.
Aku siap kira estimate seat dalam tu 500 seat.. FULL!!
Itu baru kat teater tu je.. so bayangkan le 
ramai tak ramai rakyat derang ni berlibur walopon hari bekerja heheheheh


Next proceed to ruang legar antara Lost City & Magic Corner.
Ada show ala kaum batak kat ruang legar tuh.


Lepas tengok show kitaorang terus proceed ke Magic Corner..


Masuk-masuk sini budak-budak ni terus terjebak kat
Captain Black Heart Pirate ship.

Kat sini sebenarnya tempat main budak-budak. Kira diaorang bebas l
a nak duk dalam ni. Macam playground tapi penuh aktiviti.
Kita boleh tinggal anak kita kat sini sebab nak masuk

kena register Nama & No Hp penjaga. Kemudian dia akan bagi nombor.
Satu rantai kat anak, satu nombor pada parent utk reference. Tak yah risau
staff2 dia ramai jaga. Derang tak kan bagi budak2 keluar dari sini suka2.
Moralnya kalau gi Bandung better beli la prepaid kat sana. 
Murah.. senang nak call Pak Supir ke apa nanti huhu.
Cuma satu je..! Nak masuk sini 
WAJIB PAKAI STOKIN KAKI..!
Kalau tak bawak dia jual rega Rp 20,000 (RM 7.00).


Sambil anak-anak berhibur dalam Pirate Ship, Mak Ayah
merewang la kat tempat-tempat lain ehehehehe.


Punya la sporting watak2 dalam Trans Studio ni..  he he


Ni tengah usha Sky Pirate dalam Lost City. Beratur leh tahan panjang.
Sementara budak2 main dalam Pirate Ship tu kitaorg beratur dulu..
agak2 queue dah panjang kat belakang dan makin dekat kat depan, 
Abang pun pergi ambik budak-budak kat Pirate Ship tu.
Kalau nak suh diaorang beratur sejam memang nangis air mata darah la jawabnya eheheh.



Dah sampai turn nak naik Sky Pirate. Sky Pirate ni akan berlayar kat ruang udara
dalam Trans Studio tuh.


Dah turun sudahh... amek gambar ngan Pirate plak lepas tumpang naik kapal dia ehehehe.
Lepas turun ni hantar balik budak-budak ni masuk Pirate Ship balik he he.


Sambil-sambil tu queue pulak kat Dunia Lain.
Ni kira macam rumah hantu jugak lah..Kena naik keta masuk dalam tu uhuhuh.
Cam biasa on the way baru panggil budak2 yg ralit main kat Pirate Ship tuh.
Bagi nombor, nanti diaorang panggil nama budak2 ni 
dengan healer huhu. Effisien sungguh.


Kubur kubur sebelum masuk dalam huhu


Negeri Raksasa konon2 ala2 Jeans & Beanstalk la. Ni macam Freefall kat genting tuh.. 
ngerii gakk.. yg naik mmg pakat jerit2 uhuhu. tapi confirm la aku tak naik sebab
 pregnant kan ehehhehe.

Lepas tu Dania ber'port' kat Pulau Liliput.

Sambil aku monitor Dania kat Pulau Liliput ni Abang 
sempat lagi merayau tempat lain & naik Giant Swing huhu.
Balik ngan komen 'Swing swingg' kepala.. peningg! ekekekekek.


Haaa.. ni antara yang penting gak kena jejak kalau bawak budak2.
Pulau Liliput namanya untuk kanak2 bawah 5 tahun.
Kat sini yang di sediakan Flying Fox tuh.






Bagus sangat staf-staf kat sini.. peramah dan memang jaga budak-budak 
ni berflying fox. Nak panjat tu pun di pimpin tangannya.. dah touch down
nak bukak equiptment bagai tu di dukung nyaa.. memang tak risau budak2
ni di bawah pengawasan staf2 diaorang ni.





Siap pimpin naik tangga


4 round Dania sorangg..! Tak sangka berani sungguh dia ehehehehe.

Tengok video di sini!
Aku dulu masa sekolah menengah baru merasa berFlying Fox 
time camping.. Dania 4 tahun dah merasa.. mengalahkan mak nyerr ehehehe


Danish dok ralit main dalam Pirate Ship. So kasi ni merasa gak seround sebelum balik he he.


Lapar-lapar dalam tu pun ada kedai2 makanan. Antara yg di bedal sambil berhibur :


Rp 35,000


Rp 68,000


Rp 20,000 (RM 7)

Dah letih berlibur kat Trans Studio, sempat masuk kedai Souvernior jap.
Dalam pukul 6:00 ptg gitu kiraorg bertolak balik ke hotel.


Malam tu kitaorang sempat lagi ke FO kat Jalan Riau cari baju 
Danish utk jalan esoknya pulak ha ha. Punya la stemet baju nak bawak eekekek.

Okeh.. panjang lebar review aku ni.. cukup la dulu.
Tak semua aku review pun..ada gak yg belum bukan.. ada 3 port rasanya dalam tu.
Gambar2 tak berapa terang sebab indoor kan.. banyak silau ngan cahaya lampu he he.