Laporan Malaysia Kini
http://www.malaysiakini.com/news/132275


Hari ni terdengar berita di radio dan akhbar, tentang MOU yang baru ditandatangani oleh pemimpin tertinggi Malaysia dan Indonesia berkaitan dengan bidang tenaga kerja. Dalam MOU itu termaktub tentang majikan harus memberikan satu hari cuti dalam seminggu. Itu tidak mengapalah. Lagipun skop hujung minggu tak sama macam hari biasa. Urusan memasak dah tentulah air tangan aku sendiri melainkan jika aku tidak ada, bibik hanya masak untuk anak-anak. Hujung minggu jika aku ada di rumahpun anak-anak serba serbi akan cari mama papanya, tak mau pun dengan Bibik. Anak-anak memang kami uruskan sendiri. Mau meraung jika Bibik yang mandikan hatta nak teman buang air sekalipun! Hari biasa pun Bibik tidaklah berkerja sampai larut malam. Kebiasaanya balik kerja kalau aku atau Abang sudah sampai di rumah terus tukar shift dengan Bibik. Bibik boleh terus masuk bilik berehat atau buat kerja2 lain yang tidak aku wajibkan pun pada waktu malam. Semuanya terpulang pada Bibik mengatur jadual sendiri asalkan BERES!. Kalau Bibik tak ambil cuti hujung minggu pun, cuti itu akan dibawa ke hujung tahun buat balik cuti ke kampung berminggu-minggu. Gaji tetap jalan! 

Tapi tentang pembantu rumah yang di bolehkan memegang passport sendiri memang secara peribadinya tidak aku persetujui. Untuk apa..? Sejak tahun lepas kerajaan telah memperkenalkan Foreign Maid Identification Card (FMID). Bagi aku kalau untuk tujuan pengenalan, FMID tu sudah cukup memadai. Di atas kad itu sudah tertera nombor passport pembantu rumah berserta nama & alamat majikan. Tak perlu nak di usung passport ke hulu ke hilir. Jika hilang dah menyusahkan kedua belah pihak!

Straight  to point, aku tak paham langsung sebab musabab kenapa pembantu rumah harus memegang sendiri passport mereka. Bukankah passport tu hanya utk di gunakan bagi tujuan untuk keluar masuk negara dan bukan untuk kegunaan harian. Lagipun bukankan pembantu rumah sepatutnya hanya perlu menggunakan passport bila tempoh kontrak berakhir untuk kembali ke kampung halaman atau mungkin pulang bercuti dengan keizinan majikan? Selain dari itu tidak ada keperluan pun!


Waktu majikan keluar bekerja dah tentulah keselamatan anak-anak dan rumah di tangan  pembantu rumah semata-mata. Tak kan nak dikurung dalam rumah pula? Jika dapat pembantu rumah yang memang datang ke negara ni nak bekerja dan bekerja bersungguh sungguh, jujur & amanah alhamdulillah. Lain pula cerita kalau  pembantu rumah yang dah pandai ada teman lelaki , pandai berpesatuan dan ramai pulak sedara mara dan kenalan di Malaysia. Biasalah.. banyak pengaruh panjang pula akalnya. Kalau passport pun sudah di tangan, jika satu hari pembantu rumah tergerak nak melarikan diri ketika majikan tiada di rumah macamana? siapa yang sanggup bertanggung jawab? Kedutaan merekakah? Bukan tak pernah berlaku di kalangan kenalan aku pun. Tau-tau anak-anak terbiar tak mandi tak makan dan pintu terbiar terbuka hingga ke petang. Dah la keselamatan terancam, wang bayaran agen yang mencecah sehingga RM5-6K sudah tentulah lebur jika pembantu rumah melarikan diri selepas tempoh warranty tamat iaitu 3 bulan. Kes curi - lari yang di dalangi dek pembantu rumah pun kecohnya tak sampai ke mana.  Kes-kes macam ni siapa pulak yang nak mempertahankan nasib majikan yang teraniaya dek tindakan pembantu rumah ?  Memanglah kalau nak di ikutkan tanpa passport  pun mereka boleh lari jika hendak. Tapi macam juga kereta, di kunci di mangga kalau dah nak di curi hilang juga tapi janganlah biar tak berkunci. Itu cari pasal namanya!

Bagi aku hanya passport itu sahaja dokumen penting yang majikan ada untuk ‘mengikat’ pembantu rumah agar terus setia  bekerja sehingga tamat tempoh kontrak. Maaflah, jika aku memang dari awal sudah aku bilang pada Bibik..” Jika terlintas nak cari passport bibik lupakan jelah.. memang saya TIDAK AKAN simpan dalam rumah ini”. Sesungguhnya memang aku simpan disatu tempat lain yang dirahsiakan. FMID boleh pegang sendiri tapi passport tidak sama sekali!

Apapun aku juga turut marah pada majikan yang mendera pembantu rumah sehingga ada yang cedera parah.
Orang-orang macam ni lah yang bukan setakat menyusahkan diri & keluarganya sendiri  sebab akhirnya terpaksa merengkok di penjara tapi turut menyusahkan orang lain yang tak ada kena mengena langsung dgn hidup dia. Dah la tu.. pantang ada yang tak kena sikit mulalah kerajaan belah sana nak demand itu ini.. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Memang  betul-betul sengalll!!!

Moralnya, aku setuju jika pembantu rumah pegang sendiri FMID just in case kalau berlaku kes2 penganiayaan  sekurang-kurangnya mereka masih ada pengenalan diri untuk membuat laporan. Tetapi untuk pegang sendiri passport aku memang sangat tidak bersetuju.!  Bukan aku berniat nak mengongkong atau menganiaya TAPI bagi aku majikan jugak ada hak untuk mengambil tindakan demi mengurangkan risiko salah laku dan tidak bertanggungjawab pembantu rumah. Adil bukan ?!

NASIB BAIK dalam laporan turut mengatakan bahawa JIKA di persetujui oleh kedua-dua pihak maka majikan boleh simpan passport pembantu rumah. Dah tentu pilihan kedua yang akan aku ambil.

“MOU itu juga menetapkan pasport pekerja Indonesia hendaklah dipegang oleh pekerja kecuali dengan persetujuan kedua-dua pihak, ia boleh disimpan majikan”


Ini baru cerita berkisar cuti & passport pembantu rumah. Belum masuk bab tentang nak naik gaji. Wah wah wahh... kebanyakan pembantu rumah datang ke Malaysia bukannya ada kelulusan pun. Cakap Bahasa Melayu pun belum tentu faham. Ada yang nak pakai barang elektrik pun tak pandai. Jadi bayangkan jika gaji minimum naik ke RM600. Katakan bayaran awal kepada Agen RM4500 (sudah ditolak 3 bulan gaji) untuk kontrak kerja 2 tahun. Kos Levi RM 460 & fomema setiap tahun RM 190, total RM 650. Maka purata bulanan kos kpd agen & levi termasuk fomema ialah kira-kira RM 240 sebulan. 'Asrama' pun di sediakan.. siap full furnish lagi (kipas angin, radio, katil, almari baju, etc termasuk pakaian asas!),  TV pun boleh tengok Astro kalau majikan tiada. Selalu jugak la balik kerja Astro tu port kat Channel Zee /Aruna. Makanan pun 24 jam sentiasa ada stok di dapur  *aku selalu pesan kalau teringin nak makan apa, ada bahan kat dapur masaklah sendiri nak makan*. Belum termasuk api air dan juga mantenance bulanan (ubat nyamuk, peralatan mandi) dan sebagainya. Jadi cuba kita kira semula. Katalah di luar sewa bilik RM200, bil api air RM10, makan RM150, peralatan sehari2 RM20 jadi total semua RM600 + 240 + 200 + 10 + 150 + 20 + = RM RM1220 ?!! Itu tak termasuk  elaun jika pembantu rumah tak ambil cuti sehari semingu. Tambah lagi RM100. Cewah cewahhh... sedar tak sedar dah naik gaji rupanya.
Cuba kita cek gaji operator kat Malaysia ni ..? RM 700 -800 tak termasuk tempat tinggal sdb kan. RM1.3K ni dah hampir menyamai gaji pokok lulusan diploma di Malaysia yang menghabiskan 3 tahun belajar akademik yang bermodal puluhan ribu untuk menamatkan pengajian! Masuk akal ke ?












Apa pun  ini pendapat peribadi aku secara am. Alhamdulillah.. buat masa ni aku masih bernasib baik sbb pembantu rumah aku  nampaknya bekerja dengan baik ( aku pun tak mengharapkan perfect serba serbi). Asalkan kerja siap, tak banyak karenah dan yang paling penting serasi dengan anak-anak... Yang aku harapkan kerajaan jugak cubalah buat pendirian yang lebih tegas tentang isu-isu ni. Janganlah tunduk 100% demand seberang tapi consider la nasib majikan2 golongan pertengahan ni. Bukannya gaji 5 angka pun nak perabih 4 angka untuk pembantu rumah semata-mata. Fikir-fikirkanlahh.... 

Macamana pendapat kawan-kawan diluar sana pula?  Mungkin anda yang boleh share kan di sini juga.. 
jom kita diskusi...!

Semalam masa meeting bos aku tunjuk kan satu E-mail..
..Di hantar oleh Mr Tanaka Hiro Mark (bukan nama sebenar)

Aku tersenyum… dalam hati
“Haii.. orang jepun pun dah  tak bangga guna nama Jepun”.


Teringat aku satu pengalaman, tahun ke-2 aku di bumi sakura. Satu petang aku menaiki Shiden (keretapi Bandar) dalam perjalanan pulang ke rumah. Waktu tu itu keretapi lengang hanya ada 3 orang dewasa termasuk aku.


Tiba di satu station, naik lah sekumpulan kanak-kanak tadika dengan uniform seragam mereka. Dahla putih-putih, muka bulat, siap bertopi memang comel-comel belaka. Aku pula bertudung dan duduk di bahagian tengah gerabak... Tiba-tiba sebahagian dari mereka datang mengerumuni aku lantas salah seorangnya bertanya *setelah di alih bahasa* 

“Awak ni orang Amerika ke ?”
“Taklah.... Saya orang Malaysia
Berkerut-kerut wajah-wajah comel tu bila aku sebut 'Malaysia'. Lalu aku terangkan lah sedikit sebanyak pasal Malaysia walaupun entah-entah tak faham pun kanak-kanak tadika tuh mendengar penjelasan aku!

Moralnya.. seolah dari kecil lagi dah terterap dalam minda diaorang
“Dalam dunia ni ada 2 bangsa. Kalau bukan orang Jepun maka orang Amerika lah!”
Tak gitu ??!


Hai..apa sangatlah yang nak di agungkan Amerika ni….. isk isk isk…


P/S: Kalau duk Jepun, foreigner ada satu Identification card yang di panggil ALIEN CARD .
Ada ke patut..??!!!!



Salam..Buat contest tapi lagi mau masuk contesttt ha ha ha!
Takpe.. tu lah namanya semangat ke'blogger'an bukan semangat kesukanan di samping memeriahkan lagi dunia contest blogger hu hu hu!

Apapun kepada anda di luar sana yang simpan gambar2 digital  dah tahap berTERA-TERA dalam HDD,
apa kata cuba dapatkan FREE photobook thru this contest.
Di ulang sekali lagi.. FREE okayyy!
Nak tahu lebih lanjut? layari


Nak tengok lagi dekat rupa photobook tuu..?? 
Ha lebih kurang cam ni lahh
*
*
*
*
*


Besttnyerrr kalau dapat FREE kann! he he he