Jeng jeng jeng...
Inilah nigiri bento pertama yg aku buat utk Danish. Selalunyer sebelum pergi skool Abang akan bawak Danish singgah kedai beli nasi lemak or any breakfast/kuih yg dia nak then sampai skool Danish akan breakfast dulu sblm class start. Masuk bulan puasa ni mana la ada org berniaga sarapan pagi makanya baru la aku start buatkan breakfast Danish. Selalunye goreng nugget, kadang2 nasi & lauk or sandwich. baru-baru ni aku teringat lak nak buat Chawan Mushi.. *semalam baru berjaya buat tapi lain kali lah citer* masa dok cari resepi buat chawan mushi tu aku terbacer lah satu blog sorang housewife yg selalu buatkan bento utk anak2 dia..cute sangat! Kandou pulak aku nengok. Makanya aku pun baru la terlintas nak buatkan Danish bento since Danish memang suka makan nasi.. kalau lapar ringan je mulut mongelnyer sebut 'Nak makan nasik!'Tu lah, apsal la tak terpikir sejak dulu lagii ek.. iskk iskk iskk.

Anyway, last week end aku pergi la 100 yen shop kat Puchong. Beli few stuff utk prepare Bento. Satu masa dulu mmg pernah ada zaman2 aku bawak bento - onigiri pergi ofis tapi masa tu Danish pun lom masuk skool lagi.
Moralnya pagi tadi siap hidang lauk terus aku tanak calrose rice. Aku biasa pakai brand Sumo RM12/kg. Dulu tak silap dalam RM8-10 je/kg. Selesai sahur terus la aku mengodeh bento utk Danish. Ni first attempt la buat sushi roll. Dah la cari nori tak dapat so aku ganti dengan furikake je. Masih tak berapa cantik lagi sebab aku tak buh pun vinegar & so on. Just plain sushi roll and inti nugget & crab stick utk Danish. Still need to be improved nih! Tak pe practice make perfect. Hasilnyer ...Setelah masuk dalam bekas bento


Bangun pagi Danish merengek la nak di suruh mandi.. lepas salin baju mama tunjuk bento kat Danish terus excited dia nak makan dan dan tu jugak!! Dah lewat suh masuk dlm keta suh makan kat skool tapi tak sabar2 dah Danish nak makan. Moralnyer, selalu makan breakfast kat skool pagi ni dalam keta dengan muka sembap2 terus ngap nyum! nyum! nyum!

Mama so excited and glad Danish suka the 1st ever sushi bento yg mama buat! Esok leh buat lagi nih! He he

Happy 1st burfday to Dania & Auni!!!!
Dania 1st Sept & Auni 21st Sept. Aku betul2 tak ready nak celebrate sbb dengan Abang yg pergi outstation seminggu, sebelum tu hujung minggu pun balik Pahang buat kenduri Tahlil then setibanya Abang ke tanahair karang dah kelam kabut nak balik kampung and so on. Hatta hadiah burfday pun tak sempat nak beli. Sian Dania...
Tu pun sampai kampung malam tu dah nak tengah malam pun memang tak sempat la aku nak ready apa2. Nasib baik sampai kampung Mak Long dengan bangganya dah belikan Kek utk both kembar bulan ni! Hari Sabtu tu *sehari sebelum Ramadhan* Mak Long buat Laksam.. memang best gilerr la... puas aku makan.

So malam terakhir tu berjuadahkan Laksam & beberapa menu lain terus je ON acara potong kek. Tak cukup kek, Mak Long belikan pulak sepasang baju boria utk both kembar.. sweet sangat! Susah-susah je Mak Long ni.
So dengan bertemankan doa selamat dari Atuk, maka bermula la majlis kecil ni. Habis baca doa selamat, nyanyi lagu bufday.. habis nyanyi Dania yg dah tak terkelip tengok cahaya lilin sebatang tu terus je tekap api lilin yg menyala dengan tangan.. apa lagi
lilin terus padam dannn... UuuUuuWaAaaAAAAaaaaaa...! Di sertai tangisan syahdu! Seb baik tangan tak melecur cuma terkejut kena lilin cairr... kekekekekekek. Nak tunjuk heroin pulakkk isk iskk

Anyway, Mama doakan semoga Dania & Auni dipanjangkan umur, murah rezeki, sentiasa dilindungi dan diberkati olehNya.. dijadikan anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan diakhirat. Aminn..

Tak lupa buat Mak Long, terima kasih banyak2 di atas hadiah burfday pertama untuk Dania...!

Update 1 week later
2nd celebration - http://norizane.fotopages.com



A visit to Putrajaya.. again..

Esok Abang dah nak balik dari India. Alhamdulillah. Berlalu sudah seminggu yang aku nanti-nanti. Dengan erti kata lain sepulangnya Abang ke tanah air esok, kami akan bertolak balik ke Johor untuk menyambut Ramadhan. Hari ni aku ambil cuti separuh hari yg tak berapa nak separuh. Dari ofis dah nak pukul 3PM dan sampai rumah nak pukul 4 dah. Saja ajak Mak & Abah pergi Putrajaya mengenangkan esok dah nak balik Johor. Lagipun dah nak 5 hari ni aku cuma sempat bawak diorang ronda Mydin USJ je. So hari ni berangan nak ajak naik Cruise Tasik Putrajaya la kononnyer.

Lepas asar bertolak dari rumah. Berpandukan peta yg Abang bagi *selalu Abang drive so aku pun tak pernah la ambik pot arah jalan ke Putrajaya tu* sampai jugak la aku ke Dataran depan Masjid Putrajaya. Terus ke Cruise Tasik. Aku plan nak naik perahu Dondang Sayang tu saja amek angin sambil ronda tasik tapi disebabkan Dania masih terlalu kecil & tak boleh pakai Life Jacket kami dinasihatkan naik boat Belimbing yg bercermin tu.
http://www.cruisetasikputrajaya.com/index.php?option=com_gallery2&Itemid=49

Ehem ehem.. errr sambung balik citer yek.



Sebenarnyer ada 3 jenis transport untuk round Tasik putrajaya ni.
1st - Dining Cruise boat aku naik awal tahun sempena meraikan Wedding Anniversary Big boss hubby punya company. Memang sgt exclusive sbb kira during the celebration boat tu di book khas and kitaorang dinner dlm boat tu sambil cruise.
2nd is Perahu Dondang Sayang. Aku naik 3 tahun lepas masa Kumi & Family datang Malaysia
3rd ni lah Belimbing Pasegger Cruise boat. So nampaknya kali ni aku naik yg ini pulak lah. Fee utk 1 adult is RM30 and senior citizen is half price means RM15. Children above 2 years RM20. So aku cuma bayar RM60 utk aku, Mak & Abah lah. Masa kitarg sampai tu tinggal last trip pukul 6:00pm. Masa tu ada sekumpulan tourist dari Iran dan beberapa couple which I believe from Philiphine. So kira kitaorang jelah satu-satunyer group warga Malaysia.. akekekekkeke.



Anyway naik jugak la Belimbing Cruise Boat tu. Dia bawak ronda satu tasik sambil explaination by trourist guide in English & Iranish. Antara yg aku baru tengok ialah pembinaan Masjid ke-2 Putrajaya. Bigger and totally different design. Cruise ambil masa 45 minit dan kami balik ke jeti semula.



Lepas cruise terus ajak Mak & Abah makan2 kat tepi tasik tu. Order mee goreng & Mee rebus.. Danish paling berselera. Lepas tu sembahyang Maghrib dan lepas Maghrib lepak la kejap kat Dataran sebab Danish dah tak tentu arah suruh keluarkan basikal dia nak meronda kat Dataran macam biasa... so lepas dapat ronda 3 round - dah nak pukul 9:00 aku pun ajak Mak & Abah di Taman Warisan pulak nak pekena Sate Kajang Hj Samuri... masa aku nak keluar tu kereta menderu2 masuk ke Datarann.. aku pun tertanya2 kenapa tapi disebabkan hari dah nak lewat so kitaorang pun keluar je lah dari dataran PJ.


Berpandukan peta sekali lagi aku pun mencari Taman Warisan. Nasib baik sampai jugak ke tempat yg hendak dituju berpandukan peta conteng Abang. Sampai kat atas tu macam biasa lah, orang ramai & meja penuh! Aku pun terus la order Sate Kajang - Ayam, daging, perut, arnab, pelanduk semua aku order serba sedikit. Then order air, ABC & Lai Chee Kang *menu wajib*.
Selesai makan, perut dah kenyang kitaorang pun beransur la nak balik rumah..
keluar dari parking Taman Warisan entah kemana aku pergi terus hilang arah..! Alamakk..aku suspen. Dah la malam2 ni.. kang tersesat ntah kemana-mana pulak. So ikut gerak hati aku redah je la sampai la aku tiba ke satu jalan tiba-tiba nampak letusan bunga api! Wahhhh!! Ada pertandingan bunga api hari ni rupenyer.. aku terus drive ikut hala kereta lain dan akhirnya sampai semula ke kwsn bangunan2 kerajaan kat centre putrajaya tu and kat situ rupenyer mmg orang ramai dah berpusu2 ada yg duduk didataran antara bangunan dengan police traffic yg menjaga lalu lintas dah akhirnya aku pun dapat la park kat tempat yg paling hampir dgn tempat tgk bunga api tu. Hisashiburi tengok Hanabi taikai kat Malaysia.
Dulu masa kat Nihon asal summer mmg tanoshimi la tgk Hanabi mcm ni.. kira aku dah 8 nen buri.. Mak & Abah pertama kali barangkali.. rezeki diaorang la aku sesat jalan dapat pulak tengok Hanabi ni.. park keta dan kitaorg pun keluar la duduk kat dataran antara bangunan tu sampai habis acara bunga api tu.. dapat jugak la tengok 10-15 minit.. Danish la riuh tengok 'Woww.. wowww! cantikknyerrr! Besarnyer.. banyakknyerrr and so on!.

Habis meletup bunga api terkahir terus angkat kaki chow.. takut jem pulak nak balik.
Anyway, totemo tanoshikatta!!