Assalamualaikum....

Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya. Rata2 ramai yg dah ambil cuti balik kampung. 
Kan. Actually tahun ni turn beraya di Pahang tapi tahun ni tak cukup korum jugak ada yg kena bertugas sepanjang raya menjaga keselamatan negara, 
ada yg pergi belayar , ada yg beraya rumah mertua akhirnya Abang offer beraya ke Johor tahun ni.... apa lagi nenek Johor lah yg paling gembira. Almaklum adik yg bongsu baru bersalin kat utara nu... abang turn rumah mertua... jadi kalau kami balik Johor meriah la sikit hihihi.

Anyway disebabkan plan asal nak beraya ke Pahang makanya minggu ke-2 puasa hari tu dah balik Johor sambut puasa dgn nenek. 
Kalau sambut puasa ramai2 confirm lah meriah kan. Kebetulan hari tu
kakak ipar sambut adik iparnya berbuka sekali kat rumah nenek mmg 
meriah lah senang citer hihihi. Jom tengok kemeriahan menunya pulak hihi


Roti Jala tak tinggal.. ni anak dara yg request


Mee sup


Ni Menu biras bawak dari JB. Bihun berkuah giteww.. 1st time makan style macam nihuhu

Siap ada ayam percik JB hihi


Ni Burung puyuh nenek.. goreng berempah... 12 ekorrr licin wehhh!!
NI nyaris2 tak sempat amek gambarr.. mmg laris!


Ni pulak macam guratan ke apa ntah namanya. Anak sedara teruna ku yg minat
sangat kurinari yg masakk.. ada2 je kann.. siap bakar dan letak cheese tuh!
sedap gakk.. 2 loyang licin!


OK ni menu keesokan harinya..
sempatlah 2 kali berbuka kat kampung.
Menu hari ni Pecal.. mmg favourite nih!


close up sket sambal pecal power nenek hihi


sempat aku buat koktail sumi dan buah-buahann.. makan sejuk2 mmg sedappp!


Sambal telur puyuh!! 
ni pun menu wajib gak ni...  kompem Danish request!
Maklum la burung puyuh dan telur burung puyuh stok nenek belakang rumah jee..
memang puas makan!

Aha... kambing masak kurma. Kakak ipar yg masakk..
memang sedappppp wehhh especially bahagian rib dia tuuuu.. sedap bangett!!



Samosa daging.. ni beli frozen je... 10pcs RM3.90 mrah ehh.
Isi dia pun penuh.. sedap!


Tak lupa menziarahi kubur arwah abah...
semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh yg Maha Esa.. aminnnn


Al-kisahhh...
Assalam..
Alhamdulillah.... dihari2 terakhir Ramadhan ada juga orang pelawa iftar diluar hihihi.
Semalam kami menjejakkan kaki ke Shangrila Hotel Putrajaya. Ada international buffet and Abang booking table kat sini. Proses mengosongkan peti sejuk bermula sudah ngeh ngeh ngeh

Macam2 juadah yg confirm tak dan nak rasa semua. Tambah pulak si Delisha yg macam anak tikus mondok... kejap je hilang menyelinap ke sana ke mari ikut bawah meja bagaii kan... tak reti diam sungguh. Sabor je la sebijik mcm Abang Danish dia kecik2 dulu opss! kikikiki

Yang paling best di kaunter "raw and fresh" tu aku tengok ham, kupang... wasabi ada... tapi tak nampak plak salmonnya... haishhh mana buleh cenggini kan. Salmon wajib la ada dah kata ada wasabi bagai... katanya Salmon dah dibuat masak kari! Wahahahaa!

last2 Chef offer nak hantar salmon ' special' ke meja kitaorg...... haish betul ke Chef ni... dah la ramai orang ni buleh ka nak serve 'special' utk mana2 customer lak kan..

Tapi memang betul sepiring smoke salmon terhidang di meja kita orang... waaaaaaaaa suker suker suker plus terharu. Caya la Chef Shangrila Hotel...very the sporting hihihi
Sampai pukul 9 jugak lepak makan2 kat sini. Surau khas pun disediakan berdekatan dewan buffet. Slow and steady je makan malam ni.

Apapun terima kasih pd En suami kerana sudi bawa kami iftar yg best kat luar hari ni.. muahhh muahhhh!

Danish yg excited berbuka kat luar hari niii


P/s: dah start kena kemas baju nak balik kampung lak ni... lalalalala
Assalamualaikum...


Dugaan demi dugaan melanda negara kita....
terbaru rakyat digemparkan dengan berita pesawat komersial MH17 ditembak jatuh
di Ukraine. Banyak spekulasi yang timbul... yang paling tidak boleh di terima dek akal apabila
ia dikatakan tersalah target oleh puak pemberontak di Ukraine ?????
sekiranya benar sesungguhnya kesilapan ini tidak boleh dimaafkan dan mereka yg bertanggung jawab mesti
di bawa ke muka pengadilan!

Apapun takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat.
Dugaan ini pastinya berat dan tak terungkap dengan kata2.
Semoga para waris tabah dengan tragedi ini dan
Semoga roh mereka tenang di sana... aminnn

***********************************************************



KIEV: Media sosial kepada komander pemberontak Ukraine berkata, kumpulannya menembak sebuah pesawat pengangkutan tentera di lokasi sama pesawat Malaysia Airlines terhempas berdekatan sempadan Russia, hari ini.

Laporan oleh komander tertinggi tentera yang mengisytihar diri mereka sebagai “Donetsk People’s Republic” mencadangkan, kumpulan pemisah itu tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine. 

“Kami baharu saja menembak jatuh An-26 berdekatan Torez," kata halaman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik media Ukraine dalam laporan mereka. 

Kumpulan pemisah itu menembak jatuh sebuah lagi pesawat An-26 di timur Ukraine pada 14 Jun lalu, mengorbankan 49 kakitangan awam kerajaan.

“Kami sudah memberi amaran (kepada angkatan tentera Ukraine) agar tidak terbang di ruang udara kami," kata Strelkov dalam postingnya.

“Dan ini adalah video mengesahkan 'burung jatuh' (pesawat)," menurut posting berkenaan. - AFP


kredit : BH


Apapun jangan lupa untuk teruskan berdoa untuk GAZA.
Sekiranya tragedi MH17 juga adalah konspirasi Israel
untuk mengalihkan perhatian dunia, rakyat Malaysia
tetap tidak akan lupa berjuang dan berdoa demi
pembebasan Palestin dari cengkaman Israel lakhnatullah.