Assalamualaikum..

Ahaa.. Jumaat malam sabtu lepas Abang ajak pergi IOI cari barang
nak bawak ke Medan. Lepas maghrib keluar rumah, singgah makan
sampai IOI dah nak dekat kul 9 malam.

Terus berpecah ngan Abang, aku bawak budak2 main game
kat dalam Jusco tu sementara Abang pergi cari kasut barunya uhuhuhu.
2-3 kedai jugak Abang pusing tak jumpa-jumpa yang berkenan..
masa dah suntuk sebab dah nak kul 10 malam.
Dalam pada kesana kemari tu aku perasan kat ruang legar
depan Jusco ada wat promosi HP & Digicam..!
Siap guna pembesar suara tu... meriah la plakk...


Pergi-pergi ternampak Digital Video CamCorder ni dalam barang2 yg sedang
dia promote nak abeskan stok!
Hahh..!! Ada pun..!! Jenuh aku cari. Sebelum ni aku pernah beli  VideoCam yang guna tape Mini DV tuh.. sekali masa belajar tahun 1998, brand Sony. RM5000 ++ gak rega waktu tuh.
Habis belajar balik Mesia  setahun dua Video Cam tu rosakk.. aisehh..
Masa nak kawen beli lagi satu Video Cam. Kali ni brand Panasonic plak..
Rega dalam RM2000 ++. Masa tu ambik package video pun beribu.. lagi pun
package2 time tu tak seadvance sekarang ni.. so dari amek package
beli je lah video Cam baru.. leh jadi harta lepas tuh.. uhuhuhu.

Lat 3-4 tahun Video Cam Panasonic tu plak rosak..! Adehhhh..!
Habis tape video MiniDV yg berlonggok tu tak de player dah nak tengok.
Dah la aku tak convert lagi masuk dalam CD ke apa..
Bila tanya kedai, nak convert video dari tape ke CD/DVD charge RM80
per tape wehh..! Kalau aku hantar 10 dah RM800..
kalau 20 ? RM1600.. uuuu mahal tuhhh.

Pernah gi kedai Camera tanya video Cam versi tape promoter tu
pun kata dah tak jual dahh.. sekarang semua dah pakai HDD & Memory card.
Nampak gaya terperap2 je lah memory2 dalam tape tuh.. uhuhuhu

So nak jadi kisah bila ternampak je Video Camcorder ni dalam sale tu terus
tanya harga.. harga below RM 500..!! Teruja terus aku.. ha ha.
Tawar2 lagi dapat murah lagi.. warranty setahun.
Intension aku bukan utk record video pun.. just nak convert video
dalam tape tu je.. Dah la tinggal satu unit .. terus aku sambar..!
So lepas ni kena start migrate semua video dalam tape aku tu ke VCD/DVD
sebelum dia rosak lagi..!! uhuhuhuhu
Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu semua. Aku hari ni pun melepak kat rumah je, keboringan...
Abang sedang 'bersukaria' ber'staff' day *bukan family day* 
kat Medan Indonesia sejak semalam.
Dengarnya hari ni berjalan-jalan ke Danau toba. Esok malam baru balik... isk isk isk.
Tak pe lah bagi can kat Abang berjauh-jauhan.. rindu rinduan huhu.
Seb baik bulan depan Abang akan bawa kami sekeluarga jalan2 ke Bandung plak,
kalau tak memang buat mode sedih mulut masam sampai cecah bawah dagu ehehehehehe.

Godek-godeh facebook hari ni tengok update dari x-photographer kitaorg, Min@PrettyPektures.
Kitaorg pernah engage dengan Min & Co masa 
Outdoor photoshoot sempena 5th Anniversarry tahun 2009.


Ini status dari Azmin, Principal Photographer dari PrettyPeektures : 


Dan ni pulak entry dari Oh Bulan tentang komen Chef Wan :




Gambar Nikah Serina anak chef wan di cilok dari Preety Peektures.

Memang panas..! Uhuhuhuhu..! So far sepanjang aku menggunakan perkhidmatan
Mr Min & Co OK je. Dari segi kualiti dan kreativity gambar memang aku suker gilerr..
Orangnya pun sangat friendly termasuk team derang
dan sangat boleh di bawa berunding. 

Masa sessi photoshoot ada 2 org photographer lain sekali utk back up camera
dan lighting. Masa tu siap Min boleh nak tergolek dalam kolam 
semata-mata nak ambik angle paling terbaek utk client.

Ada satu gambar yg dia pusing 360% keliling kitaorang utk shoot.
Dan antara hasilnya seperti di bawah.. ehehehehe.


3 minggu lepas shooting session kitaorg dah dapat preview CD
dari semua kamera means yg dah resize tapi masih raw - non editable.
Dalam pada tu derang hantar design album untuk printing
walaupun tak aku nafikan album memang ambil masa nak siap
di sebabkan waktu tu kebetulan wife dia early pregnancy Mr Min 2nd Junior
dan morning sickness yg sangat teruk sampai warded tambah pulak
 tak lama tu Mr Min pulak warded operate tonsil tak silap uhuhuhu.

Apapun selain dari tu service memang sangat friendly. 
Waktu shooting memang dia ajar nak wat camne.. tak yah 
nak posing pun.. buat je natural pastu pandai2 la derang 
shoot & cari angel sendiri uhuhuhuhu. Memang gambar2 tu nampak life jekk


Antara gambar2 yg mencuri perhatian aku









Dan ikut sejarahnya, antara penggerak awal aku berkenan engage dgn 
PrettyPeektures bila tengok gambar kat bawah yg pernah
di shoot sekitar tahun 2008 uhuhuhu.. nampak sweet sangat!


Boleh terjah rangkaian laman web mereka di :

Apapun buat Min @ Preety Peektures team, semoga tabah menghadapi 
segala ujian.. pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku okeh!
Assalamualaikum...
Wah wah wahh.. dah ada artis yang mula menceburkan diri 
menyertai Rejimen Askar Wataniah! Termasuk Dato' Siti plak  tuh!
Nampak lembut je Dato Siti tapi tak sangka suka juga aktiviti 
yang boleh di katakan lasak macam ni.
Apapun ianya tetap sesuatu yang baik.. semoga ramai belia dan remaja
di luar sana terutamanya peminat2 mereka ni pun aka turut berminat 
untuk menceburkan diri dengan aktiviti yang lebih berfaedah dan berkebajikan 
seperti  ini nanti yekk!

Sumber :Harian Metro

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, akhirnya niat saya menyertai Rejimen Askar Wataniah (Raw) menjadi kenyataan.
“Selepas ini, saya akan meningkatkan stamina sebelum latihan asas sebenar bermula,” kata penyanyi wanita tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32.

Menurut Siti, dia berminat menyertai Raw kerana latihannya dapat membentuk ketahanan mental dan fizikal.

“Biarpun pernah mengikuti aktiviti lasak, saya perlu bersedia meningkatkan latihan membentuk stamina.

“Kesediaan penuh penting kerana ia mampu membantu anggota Raw membina jati diri kukuh sebagai sukarelawan negara,” katanya selepas menandatangani borang di Majlis Penyertaan Selebriti dalam Askar Wataniah di bangunan Kementerian Pertahanan di sini, semalam.

Artis lain yang turut mengambil bahagian ialah Aizat Amdan, Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Ana Raffali dan penerbit filem, David Teoh.



Selain artis, majlis terbabit turut mengesahkan penyertaan Nurul Hidayah yang juga anak perempuan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bagi Intan Ladyana, keputusan menyertai Raw dibuat selepas dia mengkaji tahap latihan dan kemampuan diri.

“Selepas mendapat penerangan berhubung latihan dan aktiviti yang dilalui sebagai anggota Raw, saya jadi teruja dan terus bersetuju.

“Di samping mengutip pengalaman dan menjalani latihan asas, saya juga mahu menyedarkan belia dan masyarakat luar artis juga boleh menyertai Raw,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pembabitan selebriti dan artis popular dalam Raw bukan saja mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap imej ketenteraan malah berupaya menarik lebih ramai individu menyertainya demi mempertahankan keamanan negara.

Katanya, kementerian menggalakkan penyertaan selebriti dalam Raw kerana golongan itu mempunyai pengaruh besar dalam kelompok masyarakat terutama remaja dan belia.

“Saya kagum dan berbesar hati dengan kesanggupan artis dan selebriti yang menyertai Raw untuk julung kalinya.

“Matlamat kementerian masih sama iaitu memberi pendedahan kepada warga selebriti mengenai aktiviti, latihan dan tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di samping menarik perhatian golongan muda untuk menyertai Raw,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, pihaknya percaya penyertaan selebriti dalam Raw tidak sia-sia sebaliknya bakal muncul sebagai ikon baru golongan muda.

“Hari ini (semalam) kita sudah menyerahkan pakaian seragam kepada artis yang menyertai Raw.

“Mereka dijangka akan memulakan latihan asas selama 39 jam selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Bagaimanapun, sebagai memenuhi keinginan peminat mereka (artis dan selebriti), kita akan menjemput wakil media melaporkan kegiatan dan latihan pada hari pertama latihan dijalankan,” katanya.

Selain menjalani latihan asas, artis juga dipelawa mengembangkan idea dan berkongsi ilmu dengan anggota Badan Kesenian kementerian berkenaan.