Salam...
Ni satu lagi cerita paling sengal yang sukar nak aku terima. Walaupun aku pun bukan nye alim sampai tahap berpurdah tapi patut-patut laa.. kalau dah fesyen baju 'separuh bogel' tak kan la di katakan Fesyen Busana Islam ?


Orang kafir hina Islam seluruh umat memberontak menentang.. Aku pun sampai sanggup tukar product tanda PROTES! TAPI ni kalau dah Islam sendiri yang meng'hina' agama sendiri..
apa aku nak buat nih...?? Cakap !! Cakap !!! 
Dah la bukan calang-calang orang, PM's wife..! 
Arrghhhhhhhhh... sengalnyerrrrrrrrrrrrr..............!!



Festival busana: PAS berhimpun bantah Rosmah


Berita : Malaysia Kini


Dewan pemuda PAS pusat akan berhimpun secara aman bagi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.






"Saya akan mengetuai bantahan terhadap Rosmah di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan manakala di Masjid kampung Baru (di KualaLumpur) akan diketuai oleh Kamaruzaman Mohamad (exco pemuda PAS)," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan ketika dihubungiMalaysiakini, petang ini.
Menurut beliau, tindakan Rosmah selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan.

"Bantahan akan diadakan selepas solat Jumaat. Kami jangkakan tidak kurang seribu orang akan sertainya," katanya.
Sebelum ini, bercakap kepada Harakahdaily, Nasrudin berkata pemuda PAS mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," katanya.
Menurut beliau, bantahan berkenaan akan juga diadakan di beberapa masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, esok.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi “pakaian wanita jalang dan jahiliah”.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," kata Nasrudin.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam bangkit menyertai perhimpunan itu bagi meluahkan bantahan terhadap tindakan Rosmah dan mendesak isteri perdana menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival. 

Semalam, ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali menggesa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam suapaya mengkaji tindakan Rosmah berhubung perkara yang sama.

Katanya, festival busana itu jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo'.





P/S : Diaorang ni dah check dulu ke fesyen apa yg nak di tayangg sebelum approve..?? Pelik betul aku...
Salam..
Semoga menjadi ikhtibar kepada semua...
Seorang Ibu boleh jaga sembilan anak... tapi sembilan anak belum tentu dapat jaga seorang ibu...
Yang paling sedih duit pencen untuk sara Ibu pun kena rembat dek anak-anak jugak... isk



JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.

Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.

Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.

"Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.

"Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu,” katanya.

Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.

Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.

Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.

“Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.

“Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang,” katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.

Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.

“Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.

“Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan,” katanya.
Salam..
Hari ni dapat foward E-mail pasal cerita Mistik kat bawah ni. 
Bila check internet, sumbernya ialah Harian Metro.

Selalu dengar or tengok dalam drama rumah berpenunggu.. tapi tak pernah dengar lagi kalau kompleks membeli-belah pun ada juga manusia yang dilalaikan masuk dan kelihatan seperti benar-benar 'hidup' dan sempat pula membeli belah...!! Padahal bangunan tu hanyalah bangunan terbengkalai yang terbiar usangg..! isk isk iskk..!!!



Gambar hiasan. Credit : Google image


JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada  kompleks   beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke   negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli   lenyap begitu saja. Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti  paranormal di kompleks  Kemayan City bukan lagi asing di kalangan  masyarakat bandar raya ini,  malah misteri alam ghaib di pusat  beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun  lalu itu menjadi buah mulut  penduduk Singapura. 


Gambar hiasan. Credit : Google image

Bagaikan badi  kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan  City dikatakan  popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa  mengalami  peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di  pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi  selepas projek  itu terhenti  pada 1998. 

Kejadian menyeramkan di pusat  beli-belah berkenaan pernah dialami  sekeluarga rakyat Singapura dari   kawasan perumahan di Woodland pada  Jun tahun lalu. Semuanya  bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat  beli-belah  terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam  pada satu  malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri  majlis kenduri  kahwin saudara di Melaka. 



Gambar hiasan. Credit : Google image
Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan  Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat  bandar raya kira-kira jam 9 malam,  keluarga terbabit tertarik ke arah   bangunan di sebelah kiri jalan  berkenaan yang bergemerlapan dengan  lampu aneka warna dan meriah dengan  kunjungan orang ramai. 
Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah   dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah   yang diadakan secara besar-besaran. 

Menyangkakan Kemayan City   dipulih dan memulakan operasinya, keluarga  berkenaan tidak melepaskan  peluang singgah memandangkan malam masih  awal. 
Selepas berada  lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar  kerana mempunyai  satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik  ke Singapura. 
Mereka  menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari  pusat beli-belah berkenaan. 

Ketika berada di rumah saudara,  seorang ahli keluarga terbabit  bercerita mengenai kehebatan majlis  pembukaan Kemayan City ketika  singgah di situ. 
Sungguh  mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita  daripada saudara  mereka bahawa bangunan yang didakwa  beroperasi   sebenarnya masih  terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang. 

Pengalaman  yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa  kepada  pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak. 
Menurut  Hanafiah, beliau  dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah  agama  bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas  kejadian  menyeramkan itu. 
Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama  saya dan pada satu hari dia  bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku  di Kemayan City kerana ada  ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat  beli-belah itu. 


Namun, semua barangan  dibeli itu termasuk  pakaian, didapati hilang  sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu  menimbulkan gangguan emosi  kepada keluarga berkenaan selepas melalui  detik  dianggap pelik dan  menyeramkan itu, katanya.  Menurut Hanafiah,  beliau turut pernah  diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung  alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara  republik itu, terutama  berkaitan kejadian aneh di Kemayan City. 



Kemayan City

Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami  segelintir pihak di  bangunan terbengkalai itu  angkara syaitan yang  sentiasa mencari jalan  untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam. 

Imam  An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur  berkeliaran di bandar untuk melalai dan   melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah   tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu, katanya.   Katanya,  dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah   atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh  lama   akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah  itu menyukai benda kotor dan busuk. 

Namun, umat manusia amat  bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak  ternilai oleh Allah iaitu  al-Quran mengandungi ayat yang boleh  dijadikan pendinding dari diganggu  mahkluk halus seperti jin dan  syaitan iaitu ayat Kursi, katanya.