Baru sampai dari kampung. Weekend lepas balik Johor, minggu ni balik ke Pahang pulak... balik tadi ikut Karak Highway boleh tahan jammed juga. Kereta berderet-deret. Barangkali ramai yang balik kampung sempena menghabiskan minggu2 terakhir musim durian cam kitaorang gak. Maklum la.. lagi 2-3 minggu dah nak start puasa. Barangkali ada gak yang balik keluarga kat kampung buat kenduri tahlil sempena sambut Ramadhan. Lagi-lagi minggu dah dapat gaji ni.. memang penuh jalan!
Abang amek gambar nak show off kpd 'ahli2' yang tak hadir. Kasi panasss skettt ha ha ha!
Hasil terjahan.
Pak Chik & Pak Cu. Masing-masing nak tunjuk skil bukak kulit durian
Fahim... muka bangun tidur nak makan durian he he
Tu dia isinya.. penuh berkrim dan nikmat..!!!
2nd Round
Ni lah hero-hero adik beradik belah Abang. Cukup corum semua.
Sambil-sambil tu sempat gak kemas-kemas rumah, bersih-bersih sawang, basuh langsir bagai nak sambut raya nih. Tak lupa gak ziarah pusara arwak Arwah Ayah Mertua dan Mak Mertua, AL-fatihah.
Walaupun jauh beribu batu... lain feelnya makan durian beli ngan durian kebun sendiri.. freshh!!! he he