Assalamualaikum...

 

Tak sedar rupa2nya dah sebulan tak bersiaran.

Sessi persekolahan pun dah bermula...

Sekolah versi PKPP ni bila waktu rehat pun ada SOP SOP tertentu 

termasuk lah SOP waktu rehat nak membeli kat kantin dah sebagainya....


Last week Delisha duk ulang lagi...request nak Mama bawakkan bento.

Masa Delisha kat Q-Dees dulu mmg hari-hari bawakan bento.

Sebab sarap pepagi dia tak makan sangat tapi susu sebotol wajib.

So hari2 bawak bento utk makan waktu rehat pukul 9:30 pagi..

 

Tapi bila dah masuk sekolah rendah, rehat waktu petang confirm lah Mama tak berani bawakkan bento sebab takut tak tahan dan basi.

Cumanya since Mama still WFH sampai end Aug ni boleh boleh jugalah usahakan bento Dhiya Delisha. Kena prepare tengahari dan hantar ke transit supaya boleh dimakan 

waktu rehat pukul 3:30 ptg tu. 

Hari pertama Mama bawakkan bento, bukan main ceria lagi Dhiya Delisha.

Happy sangat-sangat diaorg bila Mama sampai je kat pintu pagar transit.

 

Sejak tu Delisha asal malam je dah excited tanya

"Mama.. esok Mama nak buat lunch box apa ?"

 

Dhiya pulak entah berapa kali pesan

"Mama jangan lupa bawakkan lunch box hari-hari tau. Dhiya suuuuuuuuuukaaaaa sangat lunch box Mama buat."

"Mama, Dhiya tak sabar nak pergi sekolah esok nak tunggu lunch box Mama"

 

Aduhaiii mana la tak cair hati Mama dia kan...

so walaupun tengahari tu terhad juga waktu rehat, gigih jugak lah Mama siapkan bento depa. 

Basically menu utama utk minum petang tu sebenarnya ialah

Menu sarapan pagi yang diolah semula untuk jimatkan masa. Kadang ada juga yang masak baru... tengok mana yang available. Yang penting epal hari2 WAJIB. Depa request.

Tambahan pulak, Danish & Dania bergilir sessi sekolah. So Abang & Kakak lah yang tolong Mama kat dapur jugak siapkan bento, tolong goreng la.. tolong potong.. tolong kemas... Terima kasih Abang Danish & Kakak Dania. 

Buat kenangan Mama simpan gambar-gambar bento Dhiya Delisha untuk seminggu ni.

Bila Mama sampai je transit Dhiya Delisha dah tanya

"Mama buat lunch box apa hari ni ?"

"Suprisee laaaaa....!"


Main Menu : Roti Jala + ayam goreng

Main Menu : Bihun Goreng + Nuget ayam


Main Menu : Cajun Crumb Sosej Roll + French Fries


Main menu : Carbonara Spagheti + Anchovies Nugget (Cekodok Bilis)


Main Menu : Fried Dried Mee (Maggi goreng ?) + Chicken ball

Main Menu : Nasi Goreng Taman Astakona + Japanese style egg

 

Tiap kali prepare bento terbayang senyuman diaorg bila bukak bekas bento ni...

dan tiap kali basuh bekas bento tersenyum sorang Mama bila tengok bekalan yang dibawa hari-hari habis. Saiz bekas pun ngam2 untuk sekali makan je. Alhamdulillah... Mama happy ~

 


Assalamualaikum....
MCO fasa PKPP

Hari ni nak share Resepi Pop Corn Karamel versi Noxxa guna function HP hanya 2 minit!
Hujung minggu macam ni sesuai la nak buat Pop Corn bagai ni 
buat kudapan anak-anak layan movie sementelah tak ke mana mana kannn.

Nak tau resepi ? OK, Jom kita lihat! 





Bahan- bahan

3 genggam bertih jagung
3 sudu minyak masak
3 sudu majerin / butter
sedikit garam


Bahan Karamel

3 genggam bertih jagung
3 sudu minyak masak
3 sudu majerin / butter
3 sudu gula perang
3 sudu madu 

 
Cara-cara

1. ON kan Noxxa dan tekan 'Stir' mode. 
Panaskan minyak dan masukkan majerin/butter. Kacau sehingga butter cair.
2. Masukkan bertih jagung. Kacau sebati.
4. Tukar mode Noxxa ke 'High Pressure' (HP) dan setkan masa selama 2 minit.
4. Setelah selesai HP, Offkan Noxxa.

Sos Karamel
1. Panaskan minyak dan masukkan butter, kacau hingga cair di dalam kuali/fry pan.
2. Masukkan gula perang. Kacau sebati. Matikan api.
3. Masukkan madu. Kacau sebati. Siap.
4. Tuangkan sos karamel (Tapis jika perlu) ke atas pop corn di dalam periuk Noxxa.
Kacau sebati.
Sedia untuk di hidang!

Nota Kaki : Sekiranya suka lebih garing, boleh dibakar dalam oven sebentar ya ;)



Selamat mencuba!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


#staysafe #daridapurizan  #kitajagakita

Assalamualaikum....
MCO day#75
Syawal day#7


Hari ni nak share Resepi Rendang Daging....
Almaklum masih mood Syawal, tambah pulak ada stok lemang di rumah ni.
Resepi asal adalah daripada Azie Kitchen.
Dah try 2-3 resepi, so far resepi ni paling jadi dan paling kena dengan selera kami 
terutamanya anak-anak.
Owh ya, ini versi rendang berkuah ya...
maksudnya rendangnya basah dan tak kering.
Sebab bila buat rendang kering sangat, anak-anak suka makan lemang calit kuah rendang ni.
Pernah masak rendang tapi kering... kesian tengok isi rendang tu...
togel togel dah sebab kuahnya habis dah disapu dek anak-anak hihihi!

Izan masak menggunakan periuk Noxxa ya dan bahan-bahan kisar pakai 'Hand Blender'.
Sangatlah mudah, tak perlu tambah air jadi tak perlu tapis semula bawang kisar etc terus boleh tumis je dan bahan tumisan lebih cepat layu dan naik minyak.
Tambah pulak lagi mudah nak bersihkan 'Hand Blender' ni berbanding blender biasa.
Kalau kawan-kawan berminat, Izan syorkan guna brand "Kenwood - Triblade".
Ianya ada 3 mata dah hasil kisar lebih halus.

OK, Jom kita lihat! 




Bahan- bahan

1 kg daging siap dipotong kecil
750 ml santan
200 gm kerisik (1 bungkus)
2 helai daun kunyit
6 sudu cili kisar 
( Boleh kurangkan cili kisar ikut selera kepedasan)

Bahan A (dikisar)
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
 

Bahan B (dikisar)
7 batang serai
2 inci lengkuas
2 sudu ketumbar - disangan dahulu
1 sudu jintan manis - disangan dahulu
1 sudu jintan putih - disangan dahulu

Cara-cara

1. Kisar kesemua bahan A. ON kan Noxxa dan tekan 'Stir' mode. 
Panaskan minyak dan tumiskan bahan A. 
Apabila telah layu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak.
2. Masukkan bahan-bahan B yang telah dikisar.Kacau sebati.
3. Masukkan daging, 500 ml santan, kerisik dan daun kunyi yang telah dihiris.
Kacau sebati.
4. Tukar mode Noxxa ke 'High Pressure' dan setkan masa selama 35 ~ 40 minit.
4. Setelah selesai HP, keluarkan ke dalam periuk. Tambahkan lagi  250ml santan,
air asam jawa, garam dan gula. 
5. Masak lagi kira-kira 30-40 minit di atas api dan sentiasa kacau sehingga santan naik minyak.
6. Kacau rata dan perasakan semula gula dan garam.
Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


#staysafe #daridapurizan  #kitajagakita

Terima kasih!