Kali ni Izan nak share resepi Mango Cheese Cake
tanpa menggunakan oven, cair di mulut dan confirm jadi!
Sukatan untuk loyang 7 inci. Jom kita lihat.


Bahan- bahan

3 biji buah mangga
( 1 biji lapisan 2, 1 biji lapisan 3, 1 biji topping)
20 keping biskut Marie
250 gram cream cheese
200 ml Whipping cream
70 gram butter
70 gram gula kastor
2 tbs serbuk gelatin 
(1 tbs utk lapisan 2, 1 tbs utk lapisan 3)
1 tsp esen vanila
1 tsp jus lemon

Cara-cara

Lapisan 1 :  Lapisan kerak (Crust)
1. Tumbuk hancur biskut marie.
2. Cairkan butter separuh dalam microwave dan curahkan kedalam adunan biskut Marie yang telah dihancurkan tadi.
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam loyang. Padatkan.
4. Simpan di dalam peti sejuk kira-kira 15-20 minit.

Lapisan 2 :  Lapisan berkeju (Cream cheese)

Bahagian 1 : Puri Mangga
1. Cairkan serbuk gelatin. Caranya campurkan sedikit air ke dalam serbuk gelatin. Bila sudah larut, masukkan sedikit air panas dan kacau lagi.
Biarkan sebentar.
2. Kisar isi 1 biji mangga dan campurkan dengan gelatin yang sudah dicairkan tadi.

Bahagian 2 : Bahan berkeju
1. Masukkan cream cheese, gula kastor, esen vanila, jus lemon serta puri mangga (Bahagian 1) 
dan putarkan sehingga sebati.
2. Putarkan/wisk  whipping cream di bekas berasingan sehingga kental.
NOTE : Jangan wisk terlalu lama. Cukup sekadar tekstur berubah kental. Jika tidak cream akan pecah.

Campurkan bahagian 1 dan bahagian 2. Gaulkan sehingga sebati.
Tuangkan ke atas lapisan 1 dan simpan di dalam peti sejuk selama  4-5 jam.


Lapisan 3 :  Puri Mangga

1. Kisarkan 1 biji buah mangga sehingga halus. 
2. Cairkan 1 tbs serbuk gelatin (teknik seperti bahagian 1 tadi).
3. Campurkan cairan gelatin dan kisaran isi buah mangga.
4. Tuangkan ke atas lapisan 2 yang telah dibekukan di dalam peti sejuk tadi.
Pastikan lapisan 2 telah beku supaya puri mangga tidak bercampur dengan lapisan 2.
5. Hiaskan dengan topping isi mangga mengikut citarasa (potong dadu).
6. Simpan semula di dalam peti sejuk kira-kira 4-5 jam untuk mendapatkan tekstur yang cantik sebelum di potong.
Gunakan loyang spring form supaya hasil kek lebih kemas.
Sedia untuk dihidang!

NOTE : 
Untuk lagi kompilasi resepi #daridapurizan, 
boleh layari 


Terima kasih!


Assalam
Dah lama tinggal bersawang blog ni sejak ada IG dan FB...
Sebenarnya bila masuk musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dek kerana serangan wabak Covid19, 
hari-hari memasak dan hari-hari ada update 1 menu di FB... 
So hari ni terfikir nak share resepi2 menu tu kat blog ni ....

Ok mari kita mulakan dengan resepi pertama
spagetti bolognese daging yang pasti memikat selera kepada penggemar makanan pedas 

Resepi ni adalah signature resepi #daridapurizan
dek kerana En Suami dan anak bujang memang kuat makan pedas
so even buat menu ala 'Itali' kena fushion kan juga ikut selera ahli keluarga ni kan  

Spagetti Bolognese Daging versi pedas
(SPICY MEAT BALL BOLOGNESE SPAGETTI)



Bahan- bahan

250 gram Spagetii (setengah bungkus)

Sos Bolognese 
. Setengah bungkus daging kisar Ramly
. 1 botol sos bolognese Adabi
. 7 ulas bawang putih - hiris halus
. 1/2  biji bawang holand  - cincang halus (jika suka)
. 2 sudu lada hitam tumbuk
. 2 sudu cili kisar
. Bebola daging
. Cendawan butang - hiris nipis
. Brokoli - celur dan tepikan

Cara-cara

1. Rebus spagetti bersama sedikit garam dan minyak masakkira-kira 15 minit dan toskan (atau sehingga lembut
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang holland sehingga keperangan
3. Masukkan cili kisar dan lada hitam. Tumis sebentar sehingga cili kisar naik minyak.
4. Masukkan daging kisar dan bebola daging. Gaulkan sebati.
5. Masukkan sos bolognese Adabi dan kacau sekata.
6. Perasakan garam  dan sedikit gula jika suka untuk balancekan dengan rasa pedas. 
7. Siap untuk di hidang bersama spagetti dan juga brokoli yang telah dicelur masak.


Assalamualaikum...

Di bulan dan hari yang mulia ini, saya dengan rendah diri ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin buat semuaa..

Macamana sambutan raya kome semua ya...
Untuk kami, tahun ni adalah giliran beraya di Kampung Halaman Encik Suami iaitu Pahang.
Sedikit sebanyak gambar raya buat kenang-kenangan.


Tahun ni memilih tema warna Purple cair & Turqoise

 



Hari ke-2 baru gerak balik ke Johor. 
Tahun ni semua balik Alhamdulillah... 
Raya ke-4 baru lah keluar beraya ke rumah sedara mara terdekat