Assalamualaikum...

Seriously best giler tempat nih!! SELERA LAMAN PERDANA..
yang herannyer kenapalah baru kali ni kami singgah? isk isk iskk..
Dah berapa kali lalu sebelah laman ni sambil dalam hati berkata2 tempat apa tuu.. best ke tempat ni...
asyik tak tersinggah je... baru2 ni kami datang tinjau dan lepak makan sekali..
makan sebelah kolam air... dengan suasana yang tenanggg dan mendamaikan..
menu yang sedapp!! memang recomended tempat ni sape yg nak JJCM lepak2 hujung minggu.



Persekitaran yang cantik lagi mendamaikan


ramai pengunjung datang ke sini



gerai2 jualan di Selera Laman Perdana.
Ada pelbagai variasi menu antaranya
Sate, Western menu, burger, menu bernasi (Nasi lemak, Nasi Ayam, Mee dan juga kaunte air

Antara menu yang kami order :-


Satay!! Sedap satay dia aku suka!!! recommended.. 
belum balik dah rasa nak datang lagi wahhahha


Nasi ayam dan nasi lemak for the kids... 
Sambal nasi lemak sedap! Aku suka gakkk


Mee Goreng Tsunami pilihan Abang... tsunami sungguh!!


Masa untuk menjamu seleraaaa


Our port


Us...! Lain kali kami datang lai hokey!!
*balik tu nak bawak budak2 lepak ke Dataran depan masjid Putrajaya.. 
rupanya diaorang dah pindah tempat yer.. melepas lagi mengidam Danish Dania nak 
main roller blade depan dataran Masjid uhuhuhu*

Assalamualaikum...

28 hb Dec yang lepas genaplah usia Dhiya yang ke 4 tahunn.. ALhamdulillah.
Baru masuk usia 4 tahun tapi  lagi beberapa hari Dhiya dah nak masuk kelas 5 tahun... 
cabaran untuk simanja Dhiya. Tapi mama yakin Dhiya mampu lakukannyaa InsyaAllah.

Tahun ni berkesempatan celebrate birthday Dhiya di Taska... sementelah minggu2 terakhir cuti sekolah. Kek last minute juga cari.. bawak Dhiya pergi beli ke Secret Recepies dia sendiri
pilih nak kek coklat.. so Mama tunaikan yekk


My little girl Dhiya


Kek yang paling sedap sebenarnya ialah kek yang dimakan pada ulangtahun kelahiran kita sendiri..
setuju tak? 


Celebrate dgn Abang, Kakak. adik dan kawan-kawan taska 



Happy friends


Putera Puteri kesayangan Mama & Papa



Mama suap birthday girl. Suka Dhiya makan Chocolate Indulgence kek ni 
habis sepinggan dia makan sorang hihi


My Little Girl... dah masuk 4 tahun.. sungguh pantas masa berlalu..
Mama Papa Abang Kakak dan Adik doakan semoga Dhiya sentiasa beroleh kejayaan.. jadi anak yang soleh dunia dan akhirat dan dapat mencapai segala impian Dhiya okey.

We Love You So Much!!!

Assalamualaikum....

Salam tahun baru 2016 kepada semua pembaca diluar sana!
Semoga tahun 2016 in iakan menjadi tahun yang lebih bermakna, cemerlang dan terbilang buat semua. Walaupun cabaran hidup di Malaysia ini semakin mencabar.... InsyaAllah pasti ada jalan untuk mengatasi segalanya.. semoga kita juga terus berdaya maju lagi berdaya tahann menghadapi segala rintangannn!! Moga 2016 menjanjikan kemenangan,  kejayaan  dan kebahagiaan buat kita semua!!!