Assalamualaikum...
Selamat Hari Ibu untuk para Ibu sekelian... Hari ni rutin seperti biasa juga. Kebetulan ada acara gotong royong di kejiranan... aku dengan rajinnya hari ni nak masak Olio Aglio Spagethi. Tekak Itali lak hari ni hihihi.
Hantar juadah and pakat nyembang dan gosip sat ngan jiran2 sepakat. Aktiviti hari ni untuk kaum bapa gotong royong sambil tanam pokok buah buahan. Kaum Ibi sbb Hari Ibu kan... lepak and makan2 juadah yg sekian dibawak pot luck tu uhuhuh
Dalam tengahari ... aku dok kat dapur berkemas... Dania datang menghulurkan hadiah hari Ibu . Katanya , Dania tau lah Mama dah nampak * sebab dari semalam sibuk 2 beradik ni ke hulu ke hilir berbisik2 masuk bilik siap kunci!* tapi Dania nak bagi jugak. Rupa2 depa duk buat sampul hadiah kaler sendiri guna warna air siap balut dalam bekas dan isinya pin shawl yg dibeli dengan duit tabung! Uhuhuhu. Dan 2 kuntum ros dari Danish dan Dania. Mama sangat terharu okeh! Terima kasih banyak. Nanti mama hias kat meja mama ya. Sebenarnya Danish Dania jadi anak yg baik , pandai jaga diri dan dengar kata Mama dan Papa pun dah cukup bagi Mama sayangggg.
Malam ya kemas2 baju dan bag budak2 jumpa hasil kraf Dhiya dalam bag. Comeyyy!! Walaupun Dhiya tak bagi by hand (Dhiya baru 3 tahun setengah) Mama tau hasil kraf tu ditujukan untuk Mama kan kan! Terima kasih semuaaa!! Mama sangat2 terharu dan sangat2 hargainya ..... muaaaahhh untuk semuaaaa!!