Assalamualaikum...

Ahaaa... nak citer satu tempat makan  menu Western 
yang besttt terletak di Taman Putra Perdana.
Ni kali ke-2 jejak ke kedai ni.
Hak milik bumiputera dan dijamin Halal... itu part 
yang paling bestttt lagi pun dekat je ngan rumah.
Sementelah hujung minggu lepas Mama on standby...
so memang tak kemana laa.. nama pun standby mmg duk rumah je..
Ahad petang tu ajak Papa gi makan kat luarrr..
lagipun ada Rest Western yang best ni kann!


Ok nama kedai ni Pasta Ekspress.
Actually kedai shoplot.
Suka fuinki *suasana* kedai tu..
kira open air jugak la and tak beraircond since kedai cornet lot kann..


Nampak tak menu2 yg tertera... sedap2 okehh..
harga pun ok ok laaa


Ha itu kaunter dapur diaa


Ada juga deserttt ... omggg rasa semua nak tryyy!


Ok back to menu..
Ini Menu Mama.. ~ Prawn Aglio Olio Spagethi.


Dann... 1 lagi menu mama order! Chicken grill! ahahhah.. giler tamak ok.
Mama order 2 menu sekaligus.. siap cakap ngan Papa.. Papa order lain tau.. 
Mama tak cukup ni kekekekek
Maklum la weekend dah bekerja keras attend on call kannn..
nak keluar cuci mata pun tak sempat jadi lepas 'penat'  makan banyak2 kekekekke

Ok. Ni Menu Papa order. Mixed Grill plate
Dalam ni semua ada, chicken + Beef + Lamb
Server dengan sayur & Mashed potato... sedap gak okeh!
Actully Pak Achik pun ada ikut masa ni  sebab malamnya
ada meeting 'besar'.  Kali ni Pak Achik pun order menu yang sama jugak.


Menu anak2 pulak Fish and Chip RM8.90. Murah kannn!


So order 2 set sorang satu.


Yang best lagi ada menu "KIDS EAT FOR FREE~"
So dapat 2 set jugak utk Dhiya & Delisha.
Tapi sebab Desliha belum nak makan.. so Abang Danish 
tolong 'settle'kan  hihihi
Ada 2 menu Free ~ Bolognese Spagethi dengan 1 lagi lupa nama uhuh


Dhiya yg bersungguh2 makan


Menu memang sedappp..
nak tengok buktinyer ??

Tu dia 2 pinggan Mama punya order LICIN!! Di ulangii.. LICINN okeh! hihih


Alhamdulillahh dah kenyangg.. balik rumah
dengan senang hatii ... hari ni boleh gantung kuali hihihii
Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah timbul kat dashboard Nuffnang
'komisen' sponsored post yg published bulan lepas.
First time dapat offer sponsored post dari Nuffnang ni...
suker suker sukerr!! 
Tenkiuu tenkiuu tenkiuuuu!!



Dan pada masa yg sama ada dua BE sedang menari2..
jadilah kannn.. buat geli  geli hihihihii

Assalamualaikum...

Mutakhir ini banyak entry2 berkaitan MH370 berlegar di laman sosial FB.
Terbaru dipostkan oleh sorang sahabat berkenaan keboleh 
aplikasi #flight radar yang berkemampuan mengesan 
jejak pesawat yang merentasi muka bumi ini.

ikuti ulasan lanjut dari sahabat #Fuad Latif 



[#JPHBT #MH370: TEKNOLOGI: Flight Radar]

Bismillah hirRahmanir Rahim 

Saya suka melihat pergerakan kapal terbang secara langsung online di link [1]. Setiap kali ada saudara terdekat ke luar negara, saya suka menjejaki mereka dengan [1] dan juga [2]. 

Selama ini MUNGKIN KITA TIDAK SEDAR BETAPA BANYAKNYA kapal terbang yang sedang terbang di atas sana.

Info dan berita semasa boleh lihat di [3] di mana semua keadaan yang berlaku terhadap kapal terbang di catatkan di [3] ini.

Ia mudah digunakan dan diakses samada menggunakan komputer, tablet atau smartphone. Kita boleh tahu kedudukan flight yang akan kita naik lalu mengetahui samada akan delay atau tidak.

Kita juga boleh kongsikan no flight kita dengan saudara terdekat agar mereka boleh menerima "alert" kedudukan semasa kita.

Kita boleh menjejaki saudara/sahabat kita yang travel menggunakan kapal terbang.

*******
Saya kagum dengan wakil-wakil Allah yang mengawal kapal terbang. Lihatlah berapa banyak kapal terbang sedang dan akan terbang atau sedang mendarat.

Ketika kita memahami setiap kita adalah wakil Allah yang diamanahkan Allah dengan kerja yang sesuai untuk kita, kita akan lebih bersyukur pada Allah yang memilih kita sebagai wakilNya dan menetapkan amanah untuk kita laksanakan. Daripada kesyukuran ini, kita pasti akan menghargai dan berterima kasih sesama kita.

Kita lebih sedar tentang #lahaulawala quwwatailla billah lalu pasti kita akan #innalillah hiwainna ilahirojiun setiap saat hidup ini.

Credit :
Fuad Latip
10 Mac 2014

[1] http://www.flightradar24.com/3.17,101.7/7
[2] http://www.flightstats.com/
[3] https://twitter.com/flightradar24