Assalamualaikum...

Akhirnya Ramadhan kian sampai ke penghujunggnyaaaaaa.
Minggu depan mesti dah ramai yg start cuti dan balik kampungkann...
antaranya termasuk la I tu heheheh

So dalam pada prepare nak kemas2 barang sebelum balik kampung,
antara misinya ialah mengosongkan barang2 dalam peti aisss hihihihih.
Inilah antara hasilnya hari ni
Popia goreng + tahu sumbat *perabih kulit popia*,
Pan Cake *perabih tepung segera pc dlm stok dapur,
Frozen karipap & frozen mini murtabak hand made ala caca marba*,
bihun goreng, perabih setengah bungkus yg dah terbukak.
Siap ada Root Beer float yg aku dok mengidam sangat hihihihi
Esok Papa ajak berbuka kat luarr.... so consider esok dah start gantung
kuali lah hoyeh hoyeh hoyehH!!


Ramadhan kal ini sementelah ahli keluarga yg dah makin bertambah, almost hari2 masak & berbuka kat
rumah je. Bila mengingatkan jumlah 'ahli' yg nak di angkut mmg lemah semangat nak berbuka kat luar.
Kat rumah lagi boleh bersantai huhuhuh

Cuma ada la 3 kali kot buka kat luar, tu pun kat umah Ipar, kat kampung  & Majlis Iftar kat kompeni Abang. Selebihnya memang berbuka kat umah je. Memang pecah rekod diri sendiri tahun ni uhuhuhu


Menu Iftar yg di tunggu2 tiap2 tahun kat kompeni Abang,
kambing golekk nyumm nyummm!!!


Menu iftar masa balik bersihkan rumah kat Kampung Pahang. Maklum la rumah tu tak de orang duduk kann.. walopon balik sekali sekala gigih gak tu nak masakkk juadah berbuka hihihi.
Sempat buat kari ayam, sambal petai ikan bilis & sayur campur.
Yang lain2 semua tunjuk sajaaaaaa.


Boleh pulak jiran sebelah offer 'air kelapa' fresh dari pokok.
Apa lagi.. rezeki jangan di tolakkk!!
Campur air beli 3 jeniss.. masing2 nak ikut tekak sendiri punya pasall
total 4 jenis air waktu berbuka.. yg bestnya semua habiss!!!!


Baby Delisha yg riang ria dah pandai merangkakk


 Kakak Dhiya yang kerjanya asyik nak menggomol baby Delishaa jekk.. kakak pun geram tengok adik gebot ekk hihihihi


Assalamualaikum...

Akhirnya dapat jugak sambar Cik Zaynab dari kedai k.paridah untuk Emak. Itu pun masa tepon mak tanya baju raya kaler apa sibuk dia tanya nak buat apa tanya uhuhu. Lepas tu panjang lebar lah ulasan kate kalo nak carikan tudung jangan yg colourfull, jangan yg 3 tingkat... Jangan yang bling blinggg...and so on and so onnn.... maklum la mak ambo low profileeee orangnyer ihihihi

Last2 sambar Cik Zaynab. Labuh, siap boleh masuk tangan dan solat ready. Ok...sudah lengkap barang2 yg nak di carii..ringan suda kapla lepas ni hihihi


Dah terlanjur singgah Fareeda Bangi, singgah Billion PKNS Bangi sekali beli pemanggang ajaib. Bebaru ni Ayu Zamzarina ada update kat FB kata pemanggang Ajaib murah kat situ. Memang sebijik sebijon macam yg aku beli lepas pantang ari ni dah la harga separuh lagi murah adeh adehhh. So boleh la beli wat ole ole raya kat emak jugak.

Sape yg masih tercari2 tu boleh la dapatkan di Billion PKNS Bangi selagi stock masih ada ya. RM59.90 jewwwww yeowwww!


Assalamualaikumm....

Pejam celik pejam celik sekejap je dah masuk 3 minggu kita berpuasa.
Minggu ni last kerja, minggu depan dah start cuti Raya hoyehhh!!!

Alhamdulillah sepanjang bulan puasa ni bekalan EBM mantain walaupun
saya berpuasa seperti biasa. Ada jugakalanya macam yoyo tapi overall
masih dalam paras yang mencukupi dan memuaskan.

Cumanya kalau biasa akan pump 3 kali waktu siang iaitu pagi, tengahari di ofis 
dan 1 sessi lagi petang lepas waktu pejabat or otw balik rumah.
Tapi sepanjang bulan puasa ni 1 sessi saya pindahkan ke sebelah malam samaada lepas 
berbuka atau lepas bersahur maklumla pengambilan air 
lebih pada waktu malam huhu.

Ini rekod EBM sepanjang minggu ke-2 berpuasa 


16hb July
 sessi pump selepas waktu berbuka... Alhamdulillah 9 Oz


17hb July,
sessi pump time lunch hour kat office.


Alhamdulillah... hasilnya 8.5 Oz per session


18hb July
Sessi pump time lunch hour jugak kat office.
Average pump 15-20 min. Kali ni lama sikit almost 22 min.


Alhamdulillah hasilnya 8.5 Oz jugak per session


19 hb July
Sessi pump tengahari jugakk... 


Alhamdulillah 10.5 Oz per session


21 July
Sessi Pump lepas berbuka. Balik tu kelam kabut masak kat dapurr..
sambil tunggu waktu berbuka baru sempat plug medela freestyle hihihi


Boleh sambil berbuka sambil pump ahahahaha.
Sedar2 nak nak 10.5 Oz jugak dapat tu  Alhamdulillahhh.
Mama kenyangggg....  bahagian baby pun mengenyangkan.
Jangan marahhhhh yerrr... moralnya dengan Medela FS ni orang kata
tak de sebab tak sempat pump... 
anywhere, anytime ~ freestyle with just 'one button'..
sangat2 lah senanggg kannnnn!

**********************************

Weekend lepas COD Medela FS pada seorang customer, Puan Syima
di sekitar area KL. Sungguh bertuah ibu muda ini
kerana dapat hadiah Medela Freestyle ni dari kakak beliau 
yang juga merupakan seorang doktor.

Penghantaran terus ke rumah beliau yang masih berpantang.
Sessi demo dijalankan agar pengguna baru Medela FS
benar2 dapat mengaplikasikan kehebatan 
teknologi 2 fasa Medela Freestyle seoptimum mungkin.
Alhamdulillah... hands on practical berjalan lancar
dan saya pun senang hati tengok beliau pun dah dapat terus rasai
sendiri hasilnya.
Happyyy je kannn!!!


Yang paling best lagi... 
Lepas deliver MFS, sambung pergi shopping.
Shopping raya kali ni baby Delisha tinggal kat rumah je dengan Bibik.
Kesian nak bawak baby ke hulur ke hilir beli baranggg. Jadi bawak Abang dan kakak2nya aje.
Kalau baby Delisha tak ikut pun, kakak Dhiya ada. 


Sambil menuju ke destinasi  sempat lagi pump EBM dalam kereta
dan boleh supply fresh terus EBM bagi kat Kakak Dhiya hihi.
Tak yah susah2 nak bancuh2 dahh.


Sekali pump dapat 10 oz6 Oz bagi kat Dhiya,  licin!!
4 Oz simpan dalam  cooler bag untuk Baby Delisha.
Petang sebelum balik sempat lagi pump satu lagi sessi.
Sangat sangat bermanfaat Medela FS ni kann!!
Saya memang sangat2 jatuh chentaaaaa!!! 


 Ahaaa... dan inilah dia si Cheecky Delisha 4 months yg menggebot
 hasil penyusuan eksklusif titisan emas susu ibu.
Segalanya sangat2 berbaloi buat ibu wahai anak-anak ku...!!!