Assalamualaikum....

Delisha dah pun 3 bulan Alhamdulillahhh..
makin sihatt.. makin bam bam bammmm.. gerammmm!!

Looking at these pictures..
All I can say the feeling was just awesome..
priceless and speechless!!!




 




Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya hujan rahmat gugur juga semalamm..
Hanya ucapan kesyukuran pada yg ESA.. barulah pagi ni 
nampak/bau udara lebih segar walaupun nampak masih berjerebu.
Bacaan IPU juga sudah menurunn.. so Danish & Dania sekolah macam biasa hari ni.
Pagi tadi pun dah nampak orang berjogging kat padang depan rumahh.


Mask N95 yg dibekalkan di ofis semalam.. terima kasih kerana menitik beratkan kesihatan pekerja..



So pagi ni suh Danish yg pakai mask N95 ni sebab balik sekolah semalam Danish batuk2.
Malam memang suh dia lepak kat bilik je sambil pasang ionizer.
*tetiba baca kat blog sekolah semalam, sessi persekolahan petang seperti biasa*


Air tangan En Suami dinner semalam. Terlupa sangat2 semalam En Suami puasa ganti
tahun lepas sbb warded. Balik kerja  tu dah kelam kabut ambik Danish 
dari sekolah dalam hujan. Masa sessi persekolahan ada SMS cikgu kalau2 jerebu makin teruk 
nak parent pick up anak. Tapi since dah hantar, Cikgu kata tengok kedaan hari ni je lah camne.
Balik2 dari sekolah tu pun Danish dah terbatuk2 duk kerah dia terus mandi  sbb takut terkena hujan.
Nasib baik cikgu dah pesan siap2 hujan tu berasid dan tercemar so Danish pun tunggu kat hall
sekolah  ja. Lepas mandi suh Danish rehat  je dalam bilik. 
Turun2 bawah nak masak tengok2 En Suami dah 
siap masak dek kelaparann..! Owhh maafkan Dinda ya kanda huhuhuhu.
kekanda saya masak sup sayur dan daging black pepper... eh sedapp pulakkk!!!


 Ahaaa... dapat 2 parcel sekaligus hari ni... satu Shawl dari Ambrynaa Shawl
Cantik packaging dia, material pun sedappp dipakai. Kalau ada yg berminat boleh layari 



Assalamualaikum....

Jerebu jerebu jerebuu... masih belum berkuranggg.
Hari ni pagi2 pun busy sebelum gi kerja.. almaklum
ada 4 orang kat rumah tuu.. sekolah pun 2-2 cuti kan.
Kalau hari sekolah 2 orang kul 7:30 dah dihantar ke sekolah
tinggal Dhiya & Delisha je.

si Dhiya dari malam tadi merengekk.. makin manja kakak kecit sorang ni.
Pagi2 pun nak berdukunggg je kerjanya.. letak je nangiss.
Asal bukak pintu nak keluar pun nangis nak ikut..
jerebu la dik... bahaya duk luar ni. Mama nak keluar masuk letak 
barang dalam keta pun jenuh nak mujuk si Dhiya ni.

Sebelum keluar rumah Papa call suh ON kan ionizer & Plasma function kat
aircond bilik. So panggil bibik plak bagi briefing utk ON/OFF kan ionizer funtion ni.
Papa suh biarkan je terpasang dengan pintu bilik dibuka utk circulatekan udara
dalam rumah uhuhuu.
Tengok je la bill letrik bulan ni berapa yerr... bulan lepas je dah RM200++ ohok!!

Gitu gini gitu gini nak mengepump susu kat rumah pun tak sempatt !!
Selalu Mama pump EBM time bersiap @ make up. ala make up sesempoi lebih kurang je punnn.
Hari ni tu pun tak sempatt dahhh..   start enjin keta baru plug Medela FS sambil panaskan enjin.. 
tu pun jenuh nak kuar rumah nyorok2 dari Dhiya kalo tak kompem meraunggg...ayoyoo!


Medela Freestyle ~ Pump On The Go, Pump with Stylo ~ 
Ahahaha.. slogan dipagi berjerebu giteww..  bolehhhh ? kikikikii
*sila abaikan shawl yg agak failed di pakai itew*
Tengok dari luar macam tak ada apa2 berlaku je kann..
tak tau kat dalam tu 'production' tengah jalan hihihihi


Ni keadaan Jerebu sebelum sampai ke ofis. Masih kelabu asappppp je dari jauhhh .......


Ni dah sampai parking keta.. ngam2 je ngan tempoh pump 
Pump EBM biasa dalam 15 - 20 min setiap sessi.
Kadang2 kalau nak cepat less then 15 min je pump.
Ni pun sempat lagi singgah beli nasi lemak kat gerai tepi jalan sambil turunkan
tingkap keta & mintak ngan akak yg meniaga tu..
" Akak.. maaf ya, saya ni tengah pump susu, boleh ke Akak tolong hantarkan ke keta "
Owhh.. seb baik akak tu sporting.. boleh sajerr.. maklum laa
ada 2 orang assistant kat gerainya tu.

* Perlu diingatkan wat kerja 2 in 1 sambil memandu mendedahkan anda pada risiko2 dijalan raya.
Jadi sila pastikan cara pemanduan anda2 betul2 selamat okeh*


Biasa pagi Mama pump sekali sebelum gi kerja terus simpan kat rumah. 
Sekali after lunch hour... sekali after office hour then  sekali sebelum tidur.
Kalau nak lagi gigih tengah malam sambil baby menyusu tu pump sekali sebab time baby 
menyusu kekadang susu leh mengalir dr sebelah satu lagi kan huhu.
Sebab tu kalau tak terus pump time baby terjaga nak menyusu, 
 pepaginya tu camna2 pun kena pump gak sekali.


ok.. sessi pump dari rumah sampai ofis pagi ni...
Hari ni saje Mama pakai kuning ikut theme kaler medela hihihihi.
Sebenarnya sebab baru jumpa shawl kaler kuning.. baju dah lama beli tak pakai2 huhu


Alhamdulilah... dapat  almost 9 Oz sekali pump.
So masuk2 office terus simpan dalam freezer.


Ini plak 2nd session lepas lunch.



Nampak production kiri dan kanan berbeza hihihihi. Memang sokmo yg kanan lagi produktif.
Kalau tengok yg botol kanan tu dah sampai bottle neck dah EBM nya, penuh!! 
Kekadang kalau terleka memang sedar2 susu dah melimpah ! uhuhuhuh


Hari ni terlupa nak bawak botol spare. Selalu 4 botol cukup sebab 1st session kat umah, 2nd & 3rd session
kat office. So hari ni ada satu lagi session pumping ni kena ada 2 botol free lagi.
Nasib baik EBM Storage Bag sentiasa ada spare
kat poket bag so transfer terus EBM ke storage bag tu.
2nd session hari ni dapat dalam 10 Oz Alhamdulillah.


Last but not least, sibuk je tuan tanah pun nak interframe kannn.. dah la kaler silau ari ni..
kat toilet pun jadik. sebenornya snap gambor nak hantar kat member yg jual shawl.
Maklum la Mama tak expert sangat pakai shawl ni.. anak tudung pun ngelat pakai
anak tudung awning sbb takut shawl tak muncung hahaha!
Memang jenuh kena 'tuisyen' dek memember kaki shawl kikikiki
kalau korang nak carik shawl terkini dan cantik2 boleh layari 


Dan kalau korang nak cari 
Electric Double Breast Pump
yang
Mobile,  Handsfree & Rechargeable
yg membolehkan korang 
Pump on the go, pump in stylo ~ 
boleh layari link di bawah okeh!