Assalamualaikummmm

Mode baru balik Pulau Redang.. masih kepenatannn.
Layan dulu aksi kakak Dhiya  yg suka sangat buat muka Duck Face.
Geramm Mama tengok tawww.. macam nak cubit2 je muncung mulut tuuu hihi



P/S: payah nak candid gambar versi Duck face ni tapi dapat jugak akhirnya hihihi


Assalamualaikum...
Sneak peek. Kami masih berada di Pulau Redang untuk pakej snorkeling sampai muntah hihihi. Kali terakhir pergi snorkeling tahun 2010 di Pulau Tioman sempena family day company Abang. Sehingga update seterusnya...  daaa! ;)
Assalamualaikum..

Sejak permbukaan Shaftsbury Square di Cyberjaya makin bertambah lah 
port makan luar kalau boring makan kat cafe.
So Khamis lepas sementelah Chatime buat promo 50% for 2nd purchase
kitaorg kuar la gi lunch kat Shaftsbury ni.

Team mate ajak makan nak KIRAKU Japanese Restaurant yg terletak 
di aras 3 Shaftsbury Square.


Antara 'DAILY SPECIAL' menu yang di tawarkan pada hari kitaorg pergi tu.


Bila masuk dalam rasa suasananya agak 'kokyu' or berprestij la..
ramai gak yg tengah lunch waktu tu tapi entah kenapa terasa 'bising' plak dalam tu huhuh


Belek2 buku menu bleh tahan jugak reganya..! Last2 decide dan cuba Bento Set dari Daily Special menu


Ini dia 'Special Bento' yg kitaorg order. 2-2 order set yg sama. Komen 
ok jugak laaa rasanya. Miso Soup dia sedappp.. aku bayangkan macam miso soup tu di masak ngan periuk belanga trasional jepun atas arang sebab ada rasa macam 'terbakar' sket tapi sedapp!


Ni Salmon Sushi... semua habis di makan sekelip mata sementelah teammate ku kena balik ada meeting huhuhu. Desert dapat Honewdew dgn anggur 2 biji. Tapi anggur dia sedap okehh.. manis dan lembut gitu. 
Selalunya kalau gi jap res pencuci mulut dia bagi buah tembikai potong je kann


So sebelum balik sempat singgah Chatime sempena ThirstTea PROMO 50%.
Apply Members card sbb nak dapat 50% disc punya pasal hihi.
OK member card ni RM10 ya tapi dapat regular drink FREE 1 !


So ini dia sambaran berjemaah dari teammate. Amekauuuu !!


Ni tuan tanah punyaa... Matcha Latte FREE sbb buat membership + Cocoa Smoothie Oreo.
Mode TAMAK okehh! hihihih

Balik-balik lepas lunch macam biasa pump susu.
Alhamdulillah dapat 10 Oz sekali pumpp.. syukur rezeki untuk Baby hari ni ;)


OK tu je entry makan2 utk kali ni ;)