Assalamualaikummm

Aha bersambung lagi dengan entry KIDZANIA.
Sempena cuti2 sekolah ni  mana tau ada lagi yang 
nak tambah location untuk di terjah!

First photo saje I letak gambar Danish & Dania
jadi pakar bedahh.. Hot profession nihh!


Okeh.. sambungan dari entry lepas.
So bila dah check in dapat lah tag kat tangan
serta 'Passport'.


Then kita akan dapat Cheque bernilai 50 Kidzos setiap kids.
Kidzos adalah matawang yang di gunakan di Kidzania ;)


Danish & Dania dah mula excited! Dari 2nd floor kena naik pulak ke 5th floor.
 Kena check in ke kaunter Air asia lagi dan dia akan scan tag kat tangan kita tu..  


Queue panjang wehh.. dari 2nd floor ke 5th floor cenggini lah queue nyer uuhuhu.
ada 30 min gak kot kitaorg queue sampai belh masuk ke Kidzania city.


Masuk-masuk je terus ke bank, CIMB Bank.
Danish & Dania cash kan cheque masing-masing.
So setiap orang dapat cash 50 kidzos. 


Masing-masing dah excited bila dah berjaya berurusan sendiri di kaunter bank!
Wang ni akan di gunakan di setiap tempat yang akan di kunjungi
sama ada perlu di bayar jika kita yang nak dapatkan service
ATAU dapat bayaran aka GAJI setiap kali kids selesai 
menjalan kan tugas (pekerjaan) di mana2 yang berkaitan.


Sempat beramah mesra dengan Maskot KIDZANIA.


Firstly Danish terus ke Kidzania National College.
Dengan kelayakan akademik yang cemerlang,
kids akan berpeluang untuk mendapatkan gaji yang lebih
tinggi..! Seperti juga di dunia sebenar. Sedikit sebanyak ia mengajar 
kanak-kanak tentang kepentingan pendidikan. Bagus kan!


Okeh.. kat setiap tempat ada signboard ni. Ia menyatakan secara terperinci
Capacity kids setiap sessi, jangka masa, umur yang di sarankan serta
fee yang perlu di bayar atau salary yang akan di terima bergantung
kepada profession / tempat.
So kat Universiti ni yuran pengajiannya ialah 10 Kidzos
dan di sarankan untuk 7 tahun ke atas gitewww.


Danish dan 'lecturer'


Danish sedang bertungkus lumus menyiapkan 'test' & 'assignment'.


Okeh..! Danish dah tamat pengajian dan berjaya di anugerahkan dengan 
'Bachelor of Health Science (B.H.Sc)'.
Kini Danish bergelar DR DANISH!!
Kakkoiiii!!!!! *Smarttt ehhh!!*
Tahniah untuk Danishh!!


Sementara tu pulak Dania pergi menuntut di 
KIDZANIA PAINTING SCHOOL
dalam misi menjadi young artist gitewww


Kat sini Dania pun kena bayar yuran pengajian sebanyak 5 Kidzos.


Pintu masuk 


Dania sedang mengenakan uniform dengan bantuan hehe


Peralatan untuk para artist


Antara pelajar yang sedang menuntut di Kidzania Painting School 


Dania yang tekun menyelesaikan tugasann..!
Siap uniform gitewww! 


Dalam pada menunggu Dania, Danish pulak bekerja sebagai
POSMEN di POS MALAYSIA. Kat sini Danish di tugaskan untuk
membuat penghantaran bungkusan di pejabat2 lain di Kidzania City
secara berkumpulan. 


Selesai melakukan tugasan, Danish & team balik ke pekabat
Pos Laju. Kat sini Danish terima gaji sebanyak 10 Kidzos.


Next Danish & Dania bekerja di KPJ Health Center pulak.
Both nak jadi Pakar Bedah!
Gaji pakar bedah (Surgeon) ialah 10 Kidzos.
Di sebabkan Danish ada Bachelor of Health Science
dan bergelar Doktor.. maka Danish layak menerima
tambahan 2 Kidzos menjadikannya 12 Kidzos secara keseluruhan.


Kanak2 juga boleh memilih untuk menjadi doktor di bahagian
endoscopic.


Dan juga sebagai nurse


Danish & Dania sabar menunggu giliran. Ni antara profession yang hot. 
Total masa menunggu sejam ler jugak uhuhuh


Pesakit yang bakal di bedah di bilik surgery.


Dr Danish & Dr Dania.. so cutee!!!


Mendengar penerangan sebelum melakukan pembedahann..!


Meneliti keadaan pesakit sebelum melakukan pembedahan.


Dr Danish & Dr Dania yang sedang bersungguh-sungguh 
menjalankan pembedahan terhadap pesakit.
Gambar ni Crew cameraman je yang boleh amek sebab diaorang 
je yang boleh masuk selain kids....
memang crew cameraman berlegar di mana2.
Kalau nak beli sedialah RM20 sekeping ohok ohok!!
kalau korang2 nak amek gambar sendiri pun bleh 
cuma bleh amek
gambar dari jauh je macam gambar2 di atass.. uhuhu

Lepas selamat menjalankan pembedahan,
Dania menerima gaji sebanyak 10 Kidzos 
manakala Danish sebanyak 12 Kidzos.
Danish boleh menunjukkan card 'kedoktoran'nya
di mana-mana pusat kesihatan di KIDZANIA untuk 
layak menerima gaji yang lebih tinggi ! :)


To be continue.....!! 
Assalamualaikum semuaa..!

Selamat bercuti sekolahhh dan cuti cuti Malaysiaa!!
Ahaaaa.. akhirnya kelmarin kami ke KIDZANIA jugaaa..
setelah tertangguh sejak Bufday Danish April lepas.
Anyway ingatkan weekday all the time Kidzania open
satu session 10:00am - 5:00 pm rupanya tidak sama sekali!

Weekend, Public Holiday & School Holiday :
1st session : 10:00 am - 3:00 pm
2nd session : 4:00 pm - 9:00 pm

Normal weekday :
1 session: 10:00 am - 5:00 pm

So yang lain kalau nak pergi sila refer jadual 
di atas yekk. Pandai2 la adjust..
cuti sekolah kompem la ramai orang 
tapi nak gi hari biasa tak kan nak suruh 
Danish monteng sekolah plak kannnn....tettt!


So kitaorg sampai pagi tu tiket dah SOLD OUT untuk
sessi pagi. Sebenarnya malam nak pergi tu baru google,
then baru tau bleh beli ticket online tapi untuk date
30hb May 12, morning session dah sold out pun.
Tapi still redah gak The Curve pagi tu.. dan ticket yg di jual
di kaunter pun suda sold out.


Tapi since dah sampai beli jugak la ticket untuk sessi petang.
Kalau tak kang meroyang plak dua beradik ni uollssss!
Mana tak sold out, masa sampai tadi tengok ada
4 bas, 2 bas sekolah, 2 bas persiarann uhuhuh



So next time uolls kalau nak pergi make sure 
purchase tiket online siap2 okeh!



So demi mengisi masa lapang nak menunggu sessi petang tu 
kitaorng pun jalan2 la ke The Curve. 



Seb baik ada booth VITAGEN tengan buat event sempena
Health Day 2012.
So Danish & Dania pun perabih masa la main games
kat situh. Complete 4 games dapat Vitagen sorang satu.
Mama Papa pun dapat lepas jawab soalan kuiz gitewww!





 Katam semua games kat Booth vitagen jalan2 kat sekitar The Curve.
Ada playground derang lepak main kat situ. Tekun menelaah risalah dari Vitagen tadik ;)




You jump I jump!!!


Dan kena pau naik kuda letrik, pastu keta letrik plakkkk isk isk isk



Okeh dah pukul 1:00 petang..! Jom pi lunch dulu sebelum terjah Kidzania.


Lunch kat Mc Donald sebelah ngan Kidzania tuh.
Sibuk mintak toys kan budak2 ni...
kopak Mama Papa ngeh ngeh ngehhhh




"This way to KIDZANIA"


Lepas lunch pukul 2:15pm ~ gitu kitaorg naik Level 2 ke kaunter tiket.
Huk alohhhh.. sekali sampai ramai dah orang rupanya!!! uhuhuhu


Tu dia boarding pass.


Adult  RM55 /person
Kid RM35/person

Quite expensive for adult sebab masuk tak leh buat apa pun..
just untuk guard anak2 je dalam tu kann
sambil lepak2 kat cafe menunggu uhuhuh

TO BE CONTINUE..!!!!