Assalamualaikumm..

Alhamdulillahh.. setelah bertahun menanti akhirnya Mawi dan Ekin bergelar 
Ibu dan Ayah...! Kelahiran Puteri Sulung yang di berikan nama
CAHAYA MALAIKA amat-amat bermakna sekali.
Uniq dan manis sungguh nama ni.
Plus Comellkan baby Mawi & ekin..!


Credit : Beautiful Nara


Apapun Tahniah buat Mawi & Ekin..!!

Assalamualaikummm...

Aha.. ahaaa.. akhirnya akhirrrnya............!!
Akhirnya tamat sudah 'honeymoon' 2 bulan ku uhuhuhuhu!
Hari ni first day naik kerja sudahhh...!
Kena semangat nih! yosh yoshh!!!
So hari ni masuk ofis nak bersihkan sawang2
atas meja & drawerr.. dan simpan stok makanan baru! AHAHAHAHA!


Baby Dhiya pulak tinggal ngan Bibik.
Malam tadik Dhiya dah start pakai Diaper saiz M..!
Baru 2 bulan tu..! Bleh tahan gak gebot anak Mama ni kann!!
Saiz S dah sendatt jekk ehehehhehe.
Hari ni jugak bermulah episod pump EBM untuk
baby Dhiya ;) *sebelum ni pun kalo pergi jalan
Dhiya tak ikut mmg bawak dah set pump EBM*


Semalam pagi2 aniversarry Mama Papa tu sempat lagi bawak Dhiya
gi Hospital Putrajaya repeat Ujian pendengaran yang fail sebelah 
kiri masa Dhiya baru lahir dulu. Alhamdulillah... repeat test result 
PASS..!! Nak wat test ni bukan apa.. kena tidurkan baby dulu syaratnya..
kalo tak tak leh wat test. kalo baby terjaga jenuh gak le nak menepuk kasi 
tidur.. uhuhuh

Anway.. hari ini, 29hb Feb *tahun lompat*, 8 tahun yang lepas,
Aku dan Abang bersanding di atas pelamin..
Saje pilih tahun lompat sanding konon2 rasa mungkin
tak ramai nak tarikh tu kan rupa2nya masa aku sanding 4 majlis 
serentak kat kampung tu termasuk senior satu U kat KL! uhuhuhu

Apapun... hari ni dah kena kumpul balik semua kekuatan 
untuk kembali bekerja seperti biasa...! 
Yoshh yoshh yoshhhhhhhhhh!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillahh... hari ini, 28 Feb 2012 genap 8 tahun
usia perkahwinan kami. Sungguh pantas masa berlalu.
Syukur ke hadrat Ilahi di atas segala rahmat dan limpah
kurnia yang tidak terhingga. 
Semoga mahligai yang di bina ini akan terus 
di limpahi seribu kerberkatan dan kebahagiaan.... aminnn.


Sham + Izan = Danish + Dania + Dhiya

5th Anniversarry Celebration 2009

Baby Dhiya ~ Aqiqah Feb 2012

Buat suami tercinta, Abang, terima kasih di atas segala jasa, kasih sayang dan 
pengorbanan yang di curahkan buat diriku dan anak-anak...
Segalanya amat ku hargai. Terima kasih juga kerana menerima diriku seadanya...
Tiada apa yang mampu diriku janjikan selain berusaha menjadi yang terbaik
buat Abang dan anak-anak. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ke-3 ini
akan terus menyemarakkan lagi mahligai yang kita bina..
InsyaAllah..!