Assalamualaikum...
Ahaaa.... lambat betul nak dapat feel update blog nih.
Maklumlah.. busy layan baby dan layan diri sendiri uhuhuhuhu.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang wish & mendoakan.
Alhamdulillahhh... selamattt sudahh...!
Al-kisah, bersalin kali ni turun tanda darah. Hari Rabu 28hb dalam pukul 11 pagi
tu dah ada tanda darah. Uikss.. berdebar pulak aku rasa.
Lain tanda bersalin kali ni. Dania dulu memang sedar-sedar dah
contraction 15 min kul 5:30 pagi, pukul 8 pagi sampai
spital, kul 8:30 masuk labor room sebab dah buka 5 cm
dan kul 9:25 pagi dah bersalin huhu.
Dhiya pulak, pagi 28hb tu dah ada tanda darah. Berderau darah aku sebab
orang kata tanda darah lagi sakit dari tanda contraction or pecah air ketuban...
dup dap dup dapp dup dappppppp......
Dania yg sedih tak dapat ikut nak gi Spital walaupun dah
di sogok dengan duit untuk beli Jajan...
So tengahari tu ajak Abang gi check gak Hospital Putrajaya. Lebih kurang dalam kul 2.
Tetiba terasa blur plak kalau turun tanda darah apa nak expect sebab
tanda contraction tak de lagi..Sampai spital Doc check berat, BP,
check jantung baby & bukaan baru 2-3 cm.
Ikut procedure dah boleh tahan Wad tapi WAD PENUH..! Errkk...!!
Lalu di advise untuk di refer ke HKL.. double Erkk....!!!! *Dah agak dah!*
Gambar terakhir baby dalam perut sebelum bersalin.
Yg kelakar, Hospital Putrajaya ni dah start program FPP (Full Payment Patient)
sejak 2009 dan aku tak tau pun pasal program nih sampai la satu hari di beritahu
dek brother yg jual nasi dagang otw nak gi kerja. Bila aku check internet baru tau
kalau nak register under FPP selewatnya2 ketika 37 minggu dan ketika tu aku
dah pun 38 minggu uhuhuhu. Since dah 2 kali bersalin kat HP ni smooth jek
so aku tawakkal je lah terjah HP ni kali ni uhuhu. Rupanya lepas
bersalinkan Dania 4 tahun lepas tu dah ada perubahan kat HP nih..
aku confident jek ingat tak ada apa berubah &
masih manten sama macam dulu wahahahahhaa.
So bila nak di refer ke HKL kitaorg ambik keputusan untuk balik rumah jek.
Seb baik aku dah google dulu pasal ni so dah bersedia dgn Plan B la just in case huhu.
Lagipun jarak HP ngan rumah cuma 10-15 min perjalanan & tak jammed.
Just tanya Doktor apa 'signal' yg patut aku monitor kalau nak tau dah makin
dekat nak bersalin & Doktor Advise monitor contraction.
So petang tu balik rumah... lepak-lepak sambil waiting 'contraction'
berkala datang... akhirnya dalam pukul 5 baru la mula rasa contraction berkala
15 min sekali. Tu pun tak kuat sangat. Lepas agak2 2 jam contraction datang berkala
kitaorng pun ke HP balik. Sampai2 Dewan bersalin tengok board status orang bersalin..
ada 2 dalam pemerhatian dan 3 orang 'sudah bersalin' + ada 5 labour room lain
yg kosong. Lega jap sebab tau at least Doc tak le sibuk time tu..
So lepas maghrib sampai ke Dewan bersalin... cam biasa check jantung baby etc..
start pukul 8 malam contraction dah makin kerap kira-kira 7 minit sekali...
tapi tak sekuat masa Dania dulu.. Masa Dania bila contraction dah 5 min sekali
aku dah tak leh duduk dahh menahan rasa....
cuma mampu baring dalam keta je otw ke spital.
Akhirnya pukul 9 malam aku di masukkan ke labour room dan
air ketuban di pecahkan dengan bukaan 4-5 cm waktu tuh..
Aku di minta utk salin baju spital dan 'bersih'kan segala isi perut
yg mampu di bersihkan dgn bantuan ubat
Bila air ketuban dah di pecahkan tiba-tiba rasa contraction makin kuatt...
berdouble2 rasa sakitnya dari yang mula-mula tadi adehhhh.....!!
Saat untuk 'bertarung ' dah semakin hampir nih..
Dalam labour room aku di monitor oleh staff nurse.. aku dah mula
berzikir apa yg patut antaranya zikir Nabi Nuh.
Dalam labour room tu pun ada zikir tu di tampal kat dinding.
Sambil2 tu aku mintak izin jugak kat staff nurse nak On HP untuk
'lalaikan' rasa sakit contraction tuh.. sambil buka iQuran utk baca apa2 yg patut.
Bila bukaan dah lebih 8 cm Doctor dah start datang...
Dalam pukul 9:25 mlm gitu barangkali bukaan dah lebih 9 cm maka
Doctor advise untuk cuba terann...! Tetiba aku plak rasa macamm.. ehhh
dah boleh teran ker..? Sempat lagi aku tanya Staff Nurse,
"Er husband saya masih kat luar.."
lantas Abang di panggil masuk.
Lepas dari tu 'pertarungan' pun bermula.. 2 orang Doktor,
3 orang staff nurse & Abang menemani aku sepanjang process kelahiran.
Petang tadi masa Doktor scan baby katanya berat baby mungkin
antara 3.4~3.5 kg which aku tak amek port sangat sbb mungkin tak
accurate.. tapi bila aku dah start bertarung tu nampak gayanya
baby tak keluar-keluar jugakk.. uhuhuhuhuh!!! Tiba-tiba
hilang skill nak menerann huhu!!!
Aku tak tau apa yang Doktor buat tapi Doktor kata 'biar dia bantu'.
2 orang Doktor tu bergilir 'membantu' aku yang masih berusaha
push baby walaupun baby tak keluar-keluar jugak. Kali ni aku tak rasa pun macam
nak terbuang air besar mcm masa Dania dulu so kena waiting signal contraction
nak push baby. Tapi sakitnya Ya Allah.. Tuhan je yang tauu.. memang betul
kembar darah ni lebih sakit dari tanda bersalin lain....!
Abang terus berada di sisi memberi semangat. Push punya push baby
still tak keluar2 lagi...Dalam pada tu sempat lagi Doktor panggil Abang
duk belakang doktor untuk tengok masa baby dah 'crowning'.
Aku plak dah hampir hilang kederat dan kehausan..
sempat aku mintak nak minum air kat nurse dan langsung tak teringat
kat air selusuh. Staff nurse2 lain terus memberi semangat untuk aku terus push baby..
mereka kata sikit lagi sikit lagiii. sikittt lagii...!!!!.siap ada
yang offer untuk 'tolong' tolakkkan baby dari bahagian atas perut.
Doktor pun dah bertukar ke Doktor sorang lagi untuk
membantu aku melahirkan...
Aku masih tak berputus asa walaupun dah mula kepenatan.. Epidural bagai
semua aku tak ambik. Tak sempat nak fikir pun huhu. Doktor kata boleh dan
suruh aku terus cuba push baby...
Terdengar suara Abang yg kat sebelah yg memberi kata semangat
" Abang tolong.. push lagi push lagii...! Dah nampak kepala baby..
lagi sikit lagi baby nak keluarr.. Ayang bolehhh...!!"
Sambil Abang tolong tahan kepala aku agar betul2
menghala ke perut seperti yg di nasihatkan oleh Doktor.
Dan aku terus berusaha untuk terus pushhhh dan pushhhh baby
bila contraction datang...! Memang tak cukup nafas aku nak push.
Akhirnye, setelah berkali2 cubaan dan menggunakan segala kederat yang bersisa,
tepat jam 9:45 malam Baby Dhiya selamat di lahirkan...! Alhamdulillah....!
Abang kucup dahi tanda kesyukuran...Alhamdulillah selamat juga melahirkan...!!
Lega sangat-sangatt...!!
Bila terdengar staff nurse report " Berat baby 3.55kg" terus terdetik dalam hati..
"Patut la push tak keluar-keluar" uhuhuhuhuh.
Keluar je baby terus terlontar soalan yg tak di sangka2 kat Staff nurse..
'Banyak ke koyak ?' maklum la baby paling besar setakat ni.
'Tak... sikit je luka ni' jawab staff nurse. Naseb baik.... uhuhuh.
Baby terus di bawa keluar sebab tak dengar tangisan sejurus selepas di lahirkan.
Papa pun ikut keluar sekali. Aku pulak bersedia untuk di jahit.
Sempat aku tanya staff nurse "Jangan lupa bius ya.. saya nak bius"
uhuhuhuhu. Suspen dengar experience orang lain yg di jahit tanpa bius..
dah la sakit bersalin.. kalo jahit tak berbius memang naya la uhuhuhu.
Seketika kemudian baru Baby di bawa masuk kembali dengan berbalut
selimut spital kaler hijau dan di tunjukkan
jantinanya pada ku... 'Confirm girl Alhamdulillah..!'
aku kucup pipi baby yg terasa kehangatannya.
"Baby Mama.....!" ujarku pada baby dengan perasaan
terharu dan penuh rasa syukur ke hadrat Illahi.
Baby terus di bersihkan di sebelah aku sambil staff nurse bagi 2 injection.
Sempat lagi aku snap2 gambar masa baby tengah di bersihkan
tengah2 kena jahit tu.. sabor je la kekekekek. Settle tu,
aku pula terus di hidangkan dengan segelas milo suam dan biskut. Licin
aku settlekann uhuhuhuhu.
Selesai baby di bersihkan dan di make up Abang di panggil masuk semula
dan kami di biarkan bertiga untuk menikmati masa bersama di jam-jam
terawal kehidupan Baby Dhiya.
Sessi beramah mesra Papa & Baby Dhiya.
Masa tu Abang qamatkan Dhiya.. then aku mula BF kan Dhiya.
Alhamdulillah.. dalam sejam pertama kehidupannya aku berjaya
BF kan Dhiya... Dhiya pulak bukan main cerdik dah celik mata
untuk menatap wajah Mama Papa ..!
Kelahiran yang di nanti2kan...
Malam tu aku hampir tidak tidur dok seronok kelek baby.
Hilang segala penat bila dapat menatap Baby.
4 tahun tak ada baby rasa seronok dan gembira sangat
bila baby yg dah 9 bulan bertapa dalam perut Mama dah ada
di pangkuan untuk di tatap..!
Baby Dhiya yang lena di pangkuanku sepanjang malam.
Waktu bersalin sebenarnya aku kehilangan 200 ml darah.
Malam tu Staff Nurse kerap kali datang untuk check tekanan darah
sambil follow up kalau2 aku ada rasa pening2 kepala. Alhamdulillah tak de
cuma aku kejap2 nak terkucil. Mujur toilet kat sebelah katil jek.
Baby Dhiya keesokan paginya. Lebih kurang 12 jam dari waktu di lahirkan.
Menu lunch pertama selepas bersalin. Licin nasi, sayur & lauk ikan bilis
ku pulun.. sedapp jugekk lauk pantang spitall ekekkeek.
Daging je la tak berani nak makan.. hirup kuah sup jek 'buat ubat' uuhuhu
Tengaharinya Abang bawak Atuk, Nenek, Mak Long, Danish & Dania
datang melawat .
Kira-kira pukul 3 petang aku discharge dari Hospital setelah selesai
segala process dan check up.
Sempat pose sebelum discharge kekekekeke
Alhamdulillah... di permudahkan proses bersalin kali ini walaupun
dengan pengalaman dan kesakitan yang sedikit berbeza dari sebelumnya.
Sebelum discharge kami di berikan briefing dan ubat-ubatan yang berkaitan
termasuk taklimat & demo tentang penyusuan susu ibu utk para Ibu di sebelah pagi.
Cukup bagus untk refresh semula skill Breast Feeding ku nanti.
Apapun berpuas hati dengan perkhidmatan di HP Alhamdulillah. Aku sangat2
berterima kasih kepada semua Staff Nurse dan Doktor yang terlibat.
Barangkali next time kena booked under FPP gak kalau nak bersalin kat sini
lagi kalau tak nak suspen di refer ke Spital lain bila dah sakit nak bersalin heheheheh ;)
Danish & Dania yang sangat gembira dapat 'Baby baru' !
Petang tu aku dah pun balik rumah... dan process berpantang bermula sudahh.....
Last but not least,
Puteri kami kali ini kami berikan nama
DHIYA ARIESSA yang membawa maksud
'Sinar serta mempunyai azam yang kuat'.
Semoga menjadi permata hati yang sentiasa memberi
sinar kegembiraan buat keluarga dan membesar menjadi
Khalifah yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Mama bangga melahirkan kamu sayang....!!!