Sumber: Harian Metro

KUALA LUMPUR: Sukar digambarkan azab yang dilalui seorang suri rumah apabila mukanya ditekap dengan seterika panas, dipukul lebih 15 minit, lehernya dijerut dengan selendang sebelum digantung di kipas oleh suaminya.
Kejadian berlaku jam 3 pagi kelmarin di rumah pasangan terbabit di Taman Miharja, Cheras di sini, apabila wanita berusia lewat 30 tahun itu mempersoalkan tindakan suami mahu menceraikannya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila selendang yang digunakan untuk menjerut leher dan menggantungnya di kipas siling terputus, membolehkan dia menyelamatkan diri.

Menurut sumber, sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan mangsa bertanya mengapa mahu berbuat demikian.
“Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang lalu mengambil seterika panas dan menekap muka mangsa. Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa menangis dan meminta dikasihani.

“Namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kakinya,” katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang mangsa dan menjerut leher isterinya.
“Lebih kejam, suspek mengangkat mangsa dan menggantungnya di kipas siling di ruang tamu sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan isterinya terpakai-kapai meminta bantuan.

“Suspek meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher mangsa terputus.
“Sebaik terselamat, mangsa berlari keluar dari rumahnya dan mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk rawatan berikutan mukanya yang melecur selain beberapa kecederaan lain di badan akibat dipukul.

Difahamkan, selepas sehari dimasukkan ke hospital berkenaan mangsa dibenarkan pulang jam 11.30 pagi, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dilakukan.

PS: Kenapa la makin ramai lelaki yang di kurniakan 9 akal meletakkan akal mereka di kepala lutut...?????
Assalamualaikumm....

Semalam, 20112011 usai Majlis Konvo Krista Nusaputra
bertempat di  Bukit Jalil Golf & Country Club.


2 tahun Danish bersekolah kat sini sejak umur 5 tahun.
Grad sudahhh... tahun depan Danish akan melangkah ke alam baru..


Pelajar2 6 tahun yang grad tahun ni. 30 orang semuanya.
Class 6 : Leaping Professors. Guru kelas Danish : Teacher Syikin namanya. 


Sebelum bertolak dari rumah.. Mula2 Dania dah pakai dress.. tapi bila tengok
Abg Danish pakai Kurta untuk persembahan terus reques nak pakai 
baju ni jugak uhuhuhu


Kitaorang sampai kul 9:15 pagi. Acara bermula kul 10:00 pagi
tapi kena sampai sebelum 9:30 pagi. 


Ahaa.. sempat aku menyelitt.. ekekkeke. Danish sebenarnya tak berapa sihat.
Demam sejak petang Jumaat.. seb baik hari ni kuat semangat nak datang 
Hari Konvo dia.. uhuhuh. Yang aku risau dia masuk Drama..
takut lupa skrip plak atas pentas uhuhuhuh.


Kitaorang antara yang terawal sampaii.. meja dah ada nama siap.


Masih menunggu sebelum acara bermula kul 10 pagi


Table mate kitaorg. Anaknya pun Konvo 6 tahun jugakk


Banyak persembahan lain yg capture video je.. Show yang Danish join je
yang sempat snap gambarr.. huhuhu.
Ni Drama bermula.. Danish pegang watak sebagai WIND.
Danish yg pakai kurta merah hati sambil pegang board gambar WIND tuh uhuhuh


Danish sedang beraksi..


Masih beraksi lagii


Persembahan dalam 7 minittt.. tamat sudah cerita eheheheh.
Tiap-tiap tahun student 6 years yang akan buat drama show. 
Skrip semua dlm English huhu.
Bleh tahan nyaring jugak suara Danish nih ekkekeekk


Next Excellent Readers Club award. Untuk student 6 tahun
target utk 6 years ialah untuk habiskan buku Peter & Jane sampai 9b.


Ada 6 orang yang dapat complete sampai 12b termasuk Danish.
Good Job Danish...!!!


Next.... Academic Excellence Award


Dan Danish pun tersenarai antara 5 orang penerima Academic Excellence Award..!
Alhamdulillahh...! 


Congratulations & Well Done Danish..!!!
Terima kasih tak terhingga kepada semua tenaga pengajar Krista Nusaputra.
kerana berusaha tanpa jemu untuk memberikan yang terbaik 
buat anak-anak didik Krista Nusaputra.


Sebenarnya tak expect Danish tersenarai jugak dlm senarai penerima award.
Sampai2 duduk kat meja bila belek2 buku aturcara tengok ada jugak 
rupanya nama Danish dalam list. Alhamdulillahh...!! 

Masa pergi ambik result exam Danish last Friday, Cikgu kelas dia just mentioned 
Danish  TOP 10 dalam kelas... bila tengok result,
Sem lepas out of 5 papers (BM, BI, Match, Ugama, General  Knowledge (Science))
ada 4 paper Danish score 100% except Ugama dapat 97 %.
Tapi result sem ni cuma 3 paper Danish scrore 100% uhuhuh.
Mungkin sem II punya syllibus lebih susah berbanding sem I. 
Tapi alhamdulillah...  Danish tetap tersenaraii...


Habis received award sambung show lagikk.. kali ni Danish perform
Hindi Dance plakk.. gelek jangan tak gelekk!!


Ni Arabic Dance dari student 5 years. Sebenarnya banyak lagi show lain.
Hip Hop laa.. tarian melayu lah tapi rata-rata kitaorg capture video 
je gara-gara camera nak habis bateri uhuhuhuhu


Sambil tengok show sambil menyantap hidangan ringan.
Menu Nasi lemak Ayam rendang & kek pisang.. nyumm nyummm


Seterusnya acara 'Konvokesyen'... Tahniah Danishh!! 
Selamat melangkah ke alam baru tahun hadapan yekk..!!
Semoga terus cemerlang dalam apa juga yang di ceburiii.. aminnnnnnn
Camera pakai camera HP jekk.isk isk isk. Camera habis bateri sudahhh...
Suasana pun romantikk.. gambar pun jadi ala romantik jugakk uhuhuhu


Tepat pukul 12:00 tengahari Majlis tamat sudahh. 
Snap picas atas stage plak.
Danish & Throphy 


Danish & Dania... Dania tolong posing ngan hadiah Abang.
Dapat story book 'The Secret Garden' utk Readers club award.


Mama & Baby ( 8 months) pun nak tumpang sekaki..


Kami sekeluarga...


Danish & Dania kat lobby sementara tunggu Papa ambik kereta.


Throphy yang Danish dapat. Semoga terus menjadi pembakar 
semangat untuk meneruskan kecemerlangann..!
Tahniah sekali lagi Danish.. Mama & Papa so proud of you..!

Sekiann...

P/S: Danish masih demam... balik petang tu pun masih panas lagi
badannya. Agaknya sebab ubat demam tak sedap kali ni liat sungguh nak suruh dia makan 
ubat. Antibiotik ok plakk.. last2 sampai terpaksa masuk ubat vuntutss uhuhuh.
Semoga cepat sembuh ya sayangg..
Assalamualaikum...

Pagi gi Parent day kat Krista. 
Amek report Kad Danish. Ahad ni Concert Day Danish pulak huhu.
Masa pergi tadi Cikgu Agamanya ada tanya
dah daftar SRA (Sek Rendah Agama) utk Danish ke belum.
Kebetulan kitaorang memang belum register pun!!
Seb baik Cikgu share info huhu

Sebenarnya kat Taman PP ni ada satu SRA baru siapp.
Aku pun tak tau bila start bleh daftar sebenarnya..
Rupa-rupanya hari ni dah last open untuk ambil borang..! 
Dah open start 15 hb (Selasa) lepas rupanya uhuhuhu.

So terus balik ambik Dokumen dan terus pergi daftar.
Nasib baik semua Dokumen dah ada. Yang di perlukan cuma :

1 salinan Surat lahir anak
1 salinan kad pengenalan Ibu
1 salinan kad pengenalan Bapa
2 keping gambar passport.

Nasib baik gambar passport dah ada belen dari gambar buat 
passport hari tu.


So sepantas kilat terus ambik borang dan submit kat SRAPP.
27 ~28 hb Dec nanti baru gi bayar yuran sekolah kat kelas masing masing.


Bangunan baru SRA yang baru siap dah masih suci.
Syukur sangat-sangat SRA taman PP ni dah siap.
Kalau tak SRA terdekat kat luar Taman PP. Memang jauhhh la skett..
payah plak nak mengenangkan transport nyer nanti uhuhuhu.

Tahun depan InsyaAllah Danish naik Darjah satu Sekolah Kebangsaan 
dan sessi petang. Makanya SRA akan masuk sessi pagi. Kelas start kul 7:45 pagi..
So sedang elok la Papa leh gi hantar Danish sebelum gi kerja.

Dania pulak InsyaAllah akan start tadika tahun depan.
Aku tengah consider 2 kindergarten. Satu start kul 8:30 pagi, satu lagi 
9:00 pagi.. week end ni baru nak gi survey.
So mana2 pun boleh la aku yang hantar Dania gi skool nanti huhu



Registration sehingga 30 Nov 2011.


Bersama ibu bapa lain masa register kelas tadi.

Dah nak naik Darjah 1 dah anak ku.
Moga bertambah matang dan cemerlangg yekk Danish.. 
aminnnnnnnnn