Assalamualaikum...
Ahaa.. nak hapdet kisah SAMBAL hari ni ekekekek.
Seperti yang sedia maklum, teruna aku si DANISH ni memang
HANTU SAMBAL..!! Lebih specific lagi sambal tumis.
HARI HARI dia akan request untuk makan NASI LEMAK (nasi putih tanpa santan).
Tak kira pagi, tenghari, petang, malam.. kalo dia lapar memang
Nasi lemak la yang akan di requestnyerr hehehehe.
Perkara ni dah berlarutan lebih 3 tahun.. start Danish umur 3 tahun setengah lagi.
Masa tu dah hantar Danish pergi skool asalnya nak suruh dia
berkawan since kat umah pun tak de sape lagi budak2 kan.
So pagi2 kena keluar awal dan terpaksa
beli je breakfast Danish otw ke skool tuh. Tu yg start dia pandai makan
nasi lemakk.. isk isk isk.
Akhirnya sampai sekarang stok Sambal Tumis kena 24 jam
sentiasa ada dalam peti sejuk. Biasa sekali masak untuk seminggu
sebab sambal tumis ni biasa berminyak.. so kalau simpan dalam peti
minyak dia beku makanya sambal akan tahan lama uhuhuh.
Danish pernah tolong Mamanya masak sambal pun. Paling excited..!
Kalau kata stok sambal habis dan tak sempat masak yang baru,
then the next morning terpaksa keluar beli nasi lemak
utk Danish breakfast sebelum gi skool. Tu pun
dia komplenn.. tak mo nasi lemak beli.. tak sedap! Sabor ja la.. huhu
Baru-baru ni sambal dah habis dan cam biasa aku
akan masak stok sambal baru. Esok paginya
breakfast sekali makan Danish pulun 2 pinggan uhuhuhuhu.
Balik kerja hari Isnin tu pick up Danish belum sampai rumah dah request
ngan Mamanya, nak makan Nasi Lemak.. sambal baru Mama sedapp katanya! hehe.
Malam pun bantai makan 2 pinggan.. esoknya pun breakfast 2 pinggan...
isk isk iskkkkkkkkkkk.....!!
Yang agak mengejutkan, malam semalam buat JULUNG JULUNG kalinya
DANIA pun request nak makan Ayam sambal..!!!!
Iskk.. biaq betull ?? Dania ni selama ni tak pandai makan pedas.
Nampak lada sket tak mo.. merah sket tak mo takut pedas,
kalo makan rasa pedas terus di luahkan balik.
Breakfast kadang kalo aku nak masak mee goreng/nasi goreng pedas
terpaksa buat 2 version.. spicy & non-spicy khas utk Dania.
Tapi malam semalam dia yang beria-ria request nak makan samball!
Habis pulak tu nasi sepinggan..! Terkezutt aku & Abang huhuhuhu!
Malam tadi pun dia request nak makan sambal lagi.. tak mo kicappp!
Wallaa.... puas aku & Abang fikir apa yang menyebabkan dia tetiba nak makan
pedas nih..? ekekekekek
Bila citer kat Nenek, nenek kata agaknya dia pun terpengaruh tengok
Abg Danish makan berselera sangatt..! ehehehehe
*Danish gigih sedang menghabiskan pinggan ke-2.
Pinggan/mangkuk baru dapat beli susu. terus tak mo pakai pinggan lain*
Cuma yang kelakarnya.. Dania dalam pada makan pedas tu.. sekali suap
sekali minum airr.. ekekekekekekek. Maklum le baru nak menceburkan diri...
Nasi baru habis separuh pinggan.. tapi air dah 2 cawann!! ahahahahahha!
Anyway gud job Dania.. kalau dah pandai makan pedas sket pun ok.
Lepas ni Mama masak sekali je.. takyah buat 2 version.
Masak lemak cili padi pun Dania bleh
join makan sekali kekekekekek. Tapi jangan la pedas2 sangat
macam Abang Danish tu.. ! risau pulak Mama & Papa uhuhuhuh!
Apapun.. ke mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi..
ni semua ikut Papanya yang kuat makan pedas..!!
Papanya dulu kecik2 boleh petik cili padi kat pokok
buat ulamm..!! Hatta pokok lada tu pun dia tanam sendirik isk isk isk ;P