Assalamualaikum...

Alhamdulillahh... sedar tak sedar kandungan dah pun 
mencecah 33 minggu. Minggu terakhir 7 bulan... bermaksud
aku dah pun berada di trimester ke-3.
Last check up baby 7 bulan masa baby masuk 30 minggu 
hari tu, berat baby pun dah cecah 1.48 kg.
Naik double dari check up 6 bulan.
Berat aku pun naik 3 Kg uhuhuhuhu.
Masa check up tu kedudukan baby kepalanya di atas. 
Hopefully baby sempat pusing by 36 weeks.. aminnn


Perkembangan bayi pada 33 minggu :

Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah. 
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula. 

Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut. 

Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula.Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural. 

Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia. 


Aku pulak, perut dah terasa tegang sangat. Kaki pun dah mula sembap.. 
jalan laju-laju pun tak boleh dahh.. nak jalan jauh pun dah cepat penat. 
Kekerapan ke toilet ada 4 kali sejam kott.. isk isk isk.
Tidur pun lebih selesa tidur mengereng dari tidur telentang di sebabkan
perut yang dah makin penuh dan beratt. Nak angkat barang berat2 of course
la tak larat dahh.. silap angkat kang terasa urat tarik sampai ke pangkal rahim.
Paling lemah kalau barang2 bersepah atas lantaii.. nak memungut tuh 
aduhaiiiiiii.... memang biasa suh budak2 ni la kemas sendiri mainan derang
yg duk bersepah atas lantaii.. tak larat mama nak turun bangun nak oiii...!

Barang baby dah standby sikit-sikit.
Last weekend dah mula selongkar dan cuci lampin, barut
dan sarung bantal/tilam baby. 
Lepas preggy mate ku bersalin last week aku pulak yang makin 
berdedar-debar tunggu kelahiran kali ni huhuhu.

Sekarang ni sedang mula survey nak ambil produk apa masa bersalin nanti.
Last pantang aku guna Leesa Formula + D N Hans. So far OK.
Suka tunggu herba dia. Ambik D N Hans tu sebab kalau baby kena
kuning pun still boleh makan sebab tak panas macam jamu. So biasanya
lepas bersalin dari hari pertama tu terus aku ambil D N Hans.. dan kalau 
baby OK baru makan kapsul2 dari produk Leesa Formula huhu.

Lagi satu di sebabkan berpantang kali ni tak balik kampung, 
tengah survey2 jugak nak dapatkan khidmat urut & rawatan bersalin
kat sini. Tapi semua nya boleh tahannn regaa.. 3-4 kali ganda dari 
charge bidan kat kampung uhuhu. Pada masa yang sama tengah
usha2 pembantu time pantang... Memang lah Emak boleh datang 
dan tolong jaga tapi kesian jugak kat Emak.. Emak sendiri pun tak berapa 
larat dah nak wat kerja berat-berat.

Nak ambik maid tapi buat masa ni belum
nampak jalan lagi.. semuanya ada je aral melintang.. huhuhu.
Adik aku yg hire maid pun sampai dah habis pantang 
maid tak sampai2 jugakk.. isk isk isk.
Aku pun masih survey2 lagi ni... semoga di beri jalan 
dan di permudahkan segala urusann.. aminnnn



Assalamualaikum...
Ahhaaa.. nak share next carnival yang akan berlangsung 
di Exhibition Hall Mid Valley
2nd Maternity & Children Expo
18th-20th November 2011

Yang berminat jgn lupa buh dalam kalendar siap2 okeh!



Maklumat lanjut layari :



Assalamualaikum......

Ahaaa.. tatkala aku menghapdet blog ni 
usia baby dah nak menjengah 33 minggu.
Tinggal beberapa minggu je lagi 
Baby akan menjengah dunia.. InsyaAllah..!
Semoga di permudahkan segala urusannn.. aminnnnnnn

Semalam aku terima SMS dari ofis@pregnant mate, Wah  mengatakan 
dia dah bersalin..! Baru 31 minggu.. kita EDD aku cepat 10 hari je dari dia.
Uwaaaa.. berderau darah aku dapat SMS tuh terkejutt...
Wah di jadualkan untuk bersalin awal di sebabkan Doctor detect
dia kena tekanan darah tinggi.. alhamdulillah both baby & Mamanya sihat 
dan stabil. Baby masih berada di NICU.

Tapi ye la kann.. aku pun terasa macam.. ehhh... aku punya turn 
pun dah tak lama je lagi nih.. huhuhuhuhu..! 
Kali ni aku ada 4 orang BFF pregnant serentak.. Wah dah selamat bersalin..
tinggal 3 orang lagi termasuk aku.. huhu

Dulu kat ofis lama pun ada 4 orang gak preggy mate.. turn aku last sekali.
Bila dapat berita sorang demi sorang dah bersalin memang
berdebor le menanti kedatangan EDD sendiri uhuhuhu.

Yang paling bestnya, aku ni belum prepare apa-apa pun lagik!!
Aduhaiiii...!!! Suspen plakk..Balik semalam terus ajak Abang keluar cari barang
baby hari ni. Just buat syarat laa..  prepare bag dlm kereta kan.
Aku pun kira dah masuk 8 bulan nih.. tak lama dah ni huhuhuhu


So nilah rembatan pertama hari ni..  alamakk.. nampak dah 
kaler apa yang paling banyak..? Kantoi!! ngahahahhaha...!!
Itu pun kalau apa yg Doctor scan betull.. Kitaorang pun tak kisah
mana-mana since dah ada sepasang Danish & Dania.
Kalau tak tepat apa yg Doc scan ni ada la sapa2
yang akan dapat hadiah tuh eheehehehe.

Aku pun tak cek lagi baju2& peralatan Danish& Dania kecik2 dulu. 
Tak tau apa ada apa yg tak de...
Pergi Jusco nak beli apa pun tak tau maklum le 
dah 4 tahun tak de baby.. tak berapa ingat sudah ehehehehe.

Hari ni sambar la h jugak baju 'sambut baby' beberapa helai 
dan sedikit kelengkapan asas lain. Ni pun tak complete lagi
tapi at least la.. ada jugak rasa 'kebersediaan' tuh uhuhuhuh.
Booking Hospital pun dah buatt.. mana lagi kalau tak kat spital 
yg jauh 10 min je dari ofis ku itu huhuhuhu.


InsyaAllah kali ni pun nak teruskan delegasi untuk breast feed baby
nanti. Set Avent manual breast pump yang pernah beli masa bersalin Dania 
dulu pun masih elok. Aku just tambah beberapa EBM storage je uhuhuh

So esok operasi utk kemas baju2 dan barang baby..
kaki aku pun dah start sembapp.. berjalan pun tak leh 
nak jalan laju-laju dahh. .nak jalan jauh-jauh pun tak larat..
mesti cepat penatt . Perut pun dah terasa tegangg 
sangat dah ni huhuhuhu

Apapun, doakan semoga segala urusan ku di permudahkan yekk..!
Aminnn........!