Assalamualaikum...
Balik open house rumah kawan weekend lepas gi singgah 
MyDin. Abang nak ke money exchange.. esok nak
outstation ke China plak .. uhuk uhuk!

Anyway kat Mydin USJ ni lepas bayar beli2 barang dapur sket
perasan ada satu mesin kat luar kaunter bayar tuh.
 TUKAR SYILING kepada KUPON MEMBELI BELAH!


Ahaaa.. menarik ni. Kepada  yang ada anak-anak menabung tu lepas
ni bleh la Mak Ayah bank in transfer duit tabungan anak2 tu ke bank siap2
dan syiling tu bleh la tukar kat mesin syiling Mydin ni 
utk beli barang dapur kann.
Kitaorang pun selalu Abang bawak duit tabung budak2 
gi tukar kat kedai Mamak jek huhu


Sekarang dah tau satu perkara lagi yang boleh di buat
dengan duit syiling kan!


SHAH ALAM – Polis semalam mendedahkan pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya ditemui dengan kesan terbakar hampir 80 peratus di dalam semak berhampiran loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan 5 September lalu berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.
Menurut polis, akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang juga suspek dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan. Suspek merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 19 tahun dari Ukay Perdana, Ampang.
Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu ditahan pada pukul 12 tengah hari, 12 September lalu di Seri Iskandar, Perak.
Ketika ditahan, polis merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik keluarga suspek yang didapati mempunyai keterangan-keterangan fizikal seperti rambut yang diyakini ada hubung kait dengan kes bunuh itu.
Siasatan awal ketika itu mendapati, suspek membeli petrol di dua buah stesen minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa.
Mangsa dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19. Dia merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Selayang, Gombak.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati suspek dikatakan mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas berang apabila permintaannya ditolak.
Katanya, polis juga telah mendapatkan laporan penuh bedah siasat ke atas mangsa tetapi enggan mendedahkannya sehingga siasatan selesai.
“Sehubungan itu, permohonan kita untuk melanjutkan tempoh reman ke atas suspek telah dibenarkan sehingga 27 September ini bagi membantu polis menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, mayat seorang remaja perempuan ditemui berhampiran loji itu pada 5 September lalu dengan kesan terbakar hampir 80 peratus badannya pukul 1.35 petang.
Sebelum itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan mengatakan mangsa tidak pulang selepas keluar pada pukul 8.30 malam sehari sebelum itu dan pengecaman dibuat berdasarkan cebisan baju kurung serta sepasang anting-anting.
P/S: Wahai kaum Adam.. bukan kah korang di jadikan sepatutnya menjadi pelindung kaum hawa..??



Assalamualaikum..

Ahaaa.. flashback entry check up baby 5 bulan.
Last check up baby masa 20 minggu (5 bulan) 16 Aug hari tu.
Masih bulan puasa. Waktu tu berat baby dah naik dari 
133g ketika 16 minggu ke 405 g masa 20 minggu.
Berat mamanya pulak tak naik, masih kekal pada 59 Kg
sama masa check up bulan lepas, 59 Kg. 
Bulan lepas berat mama turun 1kg dari 60 kg (12 minggu) 
ke 59 kg (16 minggu) gara-gara cirit birit lepas balik dari Bandung. 
Bulan ni manten pulak 59 Kg, 
Mungkin sebab bulan puasa kot. Tapi Alhamdulillah..
Mama dapat puasa penuh sepanjang Ramadhan tahun ini ;D !


Berdasarkan info dari laman web baby center, perkembangan baby pada waktu ni ialah :

Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik. 
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul.

Anda mungkin telah bertambah berat badan antara 12 hingga 15 paun / 5.4 dan 6.8 kilogram. Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu. Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu dan anda mungkin menyedari yang lelehan vagina anda berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua ini adalah perkara normal dalam kehamilan.



Ni gambar scan masa 20 minggu. Kat gambar ni nampak tulang belakang baby kan.
Panjang baby dah mencecah 166mm. Jantina pun dah scan.. jeng jeng jeng..!  
Tunggu scan lagi sekali kalo result sama bleh la Mama beli baju ikut kaler 
expected jantina baby hehehehe.
Time ni jugak Mama dah start rasa tendangan-tendangan
manja baby he he.



Ni antara supplement yang Mama ambil pregnancy kali ni.
Nampaknya setiap kali pregnant berubah2 eheheheh.
Yang MANTEN pil vitamin yang Doc  bagi, Obimin plus
Asid Folic dari start nak concieve sampai 4 bulan memang ambik lah.
Ni rasanya mana2 Preggy Mommy pun confirm ambik jugak kan.

Cuma kali ni Mama ambik Fish Oil Capsul + Calcium plus (USANA).
Susu anmum tak sampai 2 tin baru habisnya uhuhuhuhu.
Tak berapa nak lalu.. uhuhuhu.
Tapi Mama dah start rajin minum fresh milk.

Masa Danish dulu on top of Obimin + asid folic, Mama ada ambik jugak
Fish Oil during early pregnancy then sambung makan spirulina.
Susu Anmum memang ambik paling tidak sekali sehari.

Masa Dania pulak, on top of Obimin + asid Folic Mama ada ambik
Spirulina juga sekejap. Then Mama rajin minum air soya.. 
almost every day.  Susu anmum.. kadang-kadang.. uhuhuhuhu!.
Memang ikut selera tekak jugak waktu tu .. uhuhu

Untuk strech mark, Masa Danish Mama pernah try losyen perut brand apa tak ingat.
Then try guna French Oil. Tapi bila pakai gi ofis, sampai 3 orang 
tegur gara-gara baunya yg kuatt..! terus STOP jugakk.
Lepas tu tukar ke Palmer Cocoa gara-gara dapat FREE masa beli 
baju preggy kat Modern Mum. Lepas pakai losyen palmer Cocoa tu 
terus perut jadi gatal-gatal ..! Panik japp..!! dah macam peta dunia
waktu tuhh..! Memang teruk gak la. Terus stop... then tukar kepada 
baby oil johnson & johnson jekk..

Alhamdulillah.. seb baik lmasa pantang, pekena dengan petua Mak
buh kapur + limau nipis (seksa ni tahan pedih dengan perut yg dah luka 
dek gatal2 guna losyen) terus perut licin tak de kesan strech mark 
dan kesan gatal-gatal after habis pantang tuh huhu.

So masa Dania pun manten pakai baby oil johnson & johnson since
pakai tak de alah kat perut.. yg penting tak gatal2.
Kalau tak jenuhhh la.. tak selesa.. salah garu kang tinggal kesan plak.
Alhamdulillah.. masa Dania pun tak berbekas kesan strech  mark.

Kali ni Mama manten pakai baby oil johnson & johnson lagik.
Dengan harapan strech mark tak tinggal kesan nanti..
tapi nak mengharap lelebih pun risau gakk.. sebab ada gak 
member yg anak 1st, 2nd perut licin.. masuk 3rd ada gak kesann.. uhuhuhu.
So just try my best je lahh.. he he