Assalamualaikummm.. Dah masuk hari ke-21 berpuasa..
sekejap sungguh masa berlalu.
Korang lagi rajin masak utk berbuka ke lagi rajin ke param@bazaar..?
Aku hari kerja param.. hari cuti baru la masak kat umah uhuhuh.
Okehh.. 2-3 hari lepas ada member citer menu
Pizza Toast nih.. terus aku terhingin nak buat gak..
Dulu kat Jepun rajin buat sebab roti slice nyer teball..
Sebuku tori tu dipotong 4/5 slice..
so buh isi macam2 atas tu memang sedapp je makan..
Kat Mesia ni roti buku nye slice nipis.. so nak buat pun
was was takut koyak kat tengah tu kan.
Sampai la member kasi idea ni baru la teringin nak buat balik uhuhuh
So balik kerja terus cari bahan. Ada bahan yg memang dah ada stok kat umah.
So ni lah bahan2 yg di calonkann..
Yang penting tuna & cheese tuu. yummy! kebetulan ada plak
stok nenas buat aca timun nasi tomato weekend lepas kann
So ni la hasil sebelum di bakar.
Mula2 bakar sekejap roti tu depan belakang dlm oven toaster
1-2 min gitu.
1. Haiwaian Tuna Toast ~ Tuna + Nenas
2. Hawaiian Beef Toast ~ Sosej Daging + Nenas
he he.
Taruk je apa bahan nak buh.. pastu tabur cheese yg dah di potong2
kat atas dan bakar dlm Oven Toaster selama 5 minit..!
Ni la hasilnya selepas keluar dari oven toast. Nak lagi mavelos sepatutnya guna Parmesan Cheese,
tapi sbb tak de.. aku guna Cheddar slice cheese jekk uhuhuh
Ni hasil sebelum di ngap..! Bancuh Campbell Mushroop Soup tu siapp!
Ni version satu lagi.. Crazy Seafood Toast he he
suka hati aku je letak nama ha ha.
Ni aku buh udang (buang kulit & rebus dulu), nenas, tuna, corn + cheese ehehehe.
Memang sempoi, senang dan sedappp di makan..!
Ma kaseh kepada sahabat ku Ujen kerana memberi idea utk buat balik
pizza toast ni. Katanya guna roti Massimo lagi sedapp..!
Harus cuba...!! he he