Assalamualaikum...
Gempar-gempar.. terkejut aku bila Abang bagitau
mengikut laporan berita TV3 mengatakan 1/3 dari jumlah sembelihan 
ayam di Johor di ragui statusnya HALALnya..!
Ngaaaaaaaaaaa...????? Biar betull.? suspen aku dengar.
Dah la nak raya-raya ni.. habis selama ni ayam yang di makan tu.. dot dot dot..??
Apapun ikuti laporan dari KL-Today.

Daripada 200,000 bekalan ayam segar yang dikeluarkan di Johor setiap hari, kesucian 30 peratus daripadanya diragui kerana ada pengusaha pusat penyembelihan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal JAJ, Samsudin Paimi, berkata terdapat beratus-ratus peniaga yang memasarkan kira-kira 60,000 ayam segar setiap hari yang kesuciannya diragui.
“Malah ada penyembelihan dilakukan di tempat terbuka yang turut dimasuki anjing dan binatang lain,” katanya kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Baharu di Pontian awal pagi Jumaat.
Dalam serbuan dari 1 pagi hingga 3 pagi itu, JAJ mendapati premis terbabit masing-masing tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lepas.
Samsudin berkata JAJ khuatir dengan pertambahan permintaan terhadap ayam segar menjelang Aidilfitri, pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAJ.
Turut membimbangkan JAJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa.
“Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci,” kata Samsudin.
Beliau berkata pemeriksaan akan terus dilakukan bagi melindungi kepentingan pengguna.
Samsudin berkata JAJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.
Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua.
Assamualaikum...

Oh hari ni senangnya dalam hati .. la la la la..!
He he he..opss... apsal senang hati sangat tuhh.. ehehehehe.
Al kisah semalam Abang dapat Bonus.. Alhamdulillah.
Balik kerja Abang ajak gi Bazaar Ramadhan kat Putrajaya so gi ambik 
budak-budak kat rumah BS dan terus menuju ke Putrajaya.

Balik sambil menunggu azan Maghrib 
Abang ajak duduk sebelah.. sambil mengeluarkan dompet..
jeng jeng jeng....! Lalu keluarlah beberapa keping note...
Jeng jeng jengg...!!! Lalu menghulurkan kepingan kepingan note itu
kepadaku seraya berkata... 
"Nah ni Duit Raya Mama..
Mama beli lah apa yang Mama nak "

*Sorry Abang.. terpaksa guna model sambilan.. he he*

Woooaaaaa weeeeeeeeeeee..!!! 
Terus kembang bunga bunga dalam taman..! Ha ha..!
Maklum la.. kerja kompeni kapirr.. ada di kesah orang nak Raya..?
Naseb baik la start bulan ni En Kompeni murah hati nak kasi 
Transport Elaun kat semua staff tanpa mengira 
warna kulit dan jarak rumah dari ofis termasuk la
aku yg duk tak sampai 10KM dari ofis pun di tala
rate sama rata eheheheheh. Ratus USD la jugak dan lagi banyak
dari kompeni lama yg ikut rate > 30KM.
Alhamdulillah.. kira duit raya gak la tuhh.. uhuhuhu

So dengan itu.. secara rasminya barang pertama 
yang nak aku gunakan dengan duit raya ni ialah...
Handbag Raya..! he he.


Ni je lah yang sempat di rembat tahun ini... 
jenuh keluar masuk keluar masuk butik kat Sunway Pyramid.. 
last-last GUESS jugak yang menjadi pilihann.. uhuhuhuhu.
kalo pun dalam ati ada verangan nak sambar COACH
*meroyan tengok tag rega COACH rata-rata RM1.5K*
nampak nya paling kurang 2 tahun lagi la baru pikir@verangan balik huhu
sebab dah niat nak pakai yang baru rembat ni paling tidak pun
2 tahunn.. uhuhuhuhu. Alah membeli biar menang memakaii..
Nak ikutkan kasut pun aku beli setahun sekali je time
raya.. punya lah cermat pakai.. he he he.

Belen duit raya lebih dari separuh lagii..
so lepas ni bleh melaram cari tudung raya pulakk.. 
baju lagi sepasang.. bestnyer bestnyerr....!!!
Terima kasih banyak-banyak Abang.... muahhh muahhhhh!!!!

Oh ya.. 
Sempat ke Bazaar Ramadhan Putrajaya..
Ramai gak orang kat sini.. 
aku pun tercari-cari menu yang bestt.. tapi banyak menu berulang jek
uhuhuhu. Roti John Taman Warisan tu pun aku tak jumpa uhuhuh.
Port lamanya pun Murtabak Merdeka tu dah take over huhu.


Singgah beli murtabak.. ramai betul beli kat sini..
siap keluar paper. uhuhu. RM2.50 satu


Setelah merembat.
Budak-budak ni pun ada saje request suh beli itu ini..
ngalahkan org yang posa.. ha ha!


Ni dia hasil rembatann.. Bila dah letak semua atas meja.. baru lah terasa..
Ya Allah...! Siapa yg nak perabih semua ni..?
 ada pun kitaorg berempat jekk.. uhuhuh


Antara yg menjadi rembatan
- Dragon Fruit juice
- Murtabak Merdeka
- Popia Basah
- Tahu bakar
- Otak-otak
- Ayam rangka *Dania request*
- Keropok Lekor *Danish request*
- Nasi lemak Ayam rempah *Danish request*
- Maggi Goreng *Danish request*
- Buah mata kucing *Dania request*
- Nasi beriani x 2 (aku & Abang)

Amek nko makan sampai mengahh..! tu laa.. tamak haloba lagi..
isk isk isk..!


Assalamualaikum...
Kalian bacalah. Memang benar sekalil (T T;). Walaupun apa yang di hulur tak setanding dengan pendapatan sawit bertan-tan Abah kat kampung... tapi tetap di kucup duit yang kita bagi tak seberapa tu... syukurr!! Aku pernah lihat mata Abah yang bergenang menerima huluran note tak seberapa dari aku.. sebak pulak aku di buatnya. Aku tau.. apa yang aku hulur tu pun belum tentu terusik dalam simpanannya. Emak apatah lagi.. suka menyelit note sana sini dalam poket baju anak-anak tatkala bersalaman sebelum berangkat pulang ke KL... Nilai bukanlah ukuran.. tapi ingatan anak itu yang lebih di dambakan...



Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah

Kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin

pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi !

Credit : Blog secawan teh