Assalamualaikum..

Kepada kaki jalan.. JOM TERJAH MATTA FAIR 2011!


Layari :
Assalamualaikum....

Sedar-sedar dah masuk hari ke-10 berpuasa.
Selesai sudah suku bulan puasa.
Masing-masing dah ada kegembiraan menyambut bulan yang mulia ni.
Tahun ni tak de Bibik payah la nak tinggal budak2 ikut gi Terawih.
Tapi lepas Abang convince mengatakan budak2 yang ikut pun 
terkawal dan tak mengganggu Jemaah maka
esoknya ikut la jugak Abang bersama Danish & Dania.. uhuhuhu


Hari pertama tu agak cuak jugak. Memang tau dah kena cari 
port kat kaki lima je biar dekat ngan Dania kot ada apa2
senang nak keluar saf terus.
So sampai Danish ikut Papa & Dania ikut aku.
Hari pertama tu aku bawakkan Dania buku cerita..
Danish kejap je dah hilang. Memang tengok budak2 boys main kat 
walkway nak ke tempat Wudu' jadi jauh sket la dari Jemaah.
Sambil2 tu monitor jugak gelagat Dania. Mula-mula tengok Dania duduk 
la termangu2 sorang-sorang tak de kawan.. sian la pulak.
Padahal sebelah dia ramai jugak gegirl yg kumpul reramai.. 
ada yg buat homework bagai. Masing2 tak kenal pulakk..
Dah hujung-hujung tu baru tengok dia berkawan.. kawan2nya pun pakat
baca buku cerita sesama uhuhu. 



Hari ke-2, bila dah ada kawan Dania lagi excited nak pergi 'solat'..!
Tak sabar nak jumpa 'kawan-kawan' barunya..! 
Aku bawakkan buku colouring pulak. yelah bawak 
buku cerita pun bukan Dania reti baca ponn.. huhu.
Sampai-sampai je sambil tunggu masuk waktu tengok Dania 
dah di kerumun dek kawan-kawannya.. aku pun senang la hati 
sket tengok dia dah berkawan kann..

 




  

 Ni candid Dania dari jauh masa slot tazkirah antara 4 rakaat Terawih. 
Aku pun duduk sebelah tu jekk.. Dah macam-macam patern dah tengok.. 
dari duduk sampai dah meniarapp..
kejap duduk balik..seb baik la elok je tak kacau orang.
Kawan-kawan nya pun umur2 sekolah rendah gak.. ada yg ikut jemaah.. 
ada yg buat homework.  Ada yang main card.. ada yang seludup jajan siapp.. he he.
Tapi Ok la.. diaorang pun duk kat area tepi-tepi tangga tu.. tak bising.. 
tak kacau orang huhu. Layankan jelahh... 


 









 Lepas solat Dania sempat lagi join MOREH..!
Bihun sup.. selera sungguh makan..! 






Nampak Dania seronok sangatt...!
Esoknya tengahari buta dah ajak lagi pergi 'Solat'..
nak jumpa kawan-kawannya lagi katanyer..!! ngeh ngeh ngehh...!
Sabar ye sayangg..!

Catatan Preggy :
 Pergi majlis berbuka posa semalam gatal-gatal pakai seluar slack biasa, 
bukan seluar pregnant. Agak sempit la jugak kat pinggang..!
Maklum la dah nak masuk 5 bulan.
Bila dah sempit ruang tu baru la first time terasa baby dah 
mula 'menendang'...!! Akhirnyaa...!! 
Lama mama tertunggu2 Baby buat side kick tau..! eheheheh
Assalamualaikum...


Ada berita baik kepada sesiapa yang ingin melabur. Kini pencarum KWSP dah di benarkan utk mengeluarkan simpanan dari Akaun 1 setiap 3 bulan untuk di laburkan ke dana Amanah Saham 1Malaysia. Sebelum ni Pencarum dah di benarkan untuk melabur dalam Saham Amanah.. aku pun ada la jugak melabur dlm Public Mutual..ada la sket buat geli geli kann..


So apalagi.. segeralah melabur sekarangg.. ingat.. peruntukan utk masyarakat Cina 30% dah pun habis di langgan..! Bab labur melabur ni memang cepat betul diaorang kan..! Kita bila lagi..?


Sumber : Malaysia Kini


Mulai 25 Julai, para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan masing-masing di dalam Akaun 1 setiap tiga bulan bagi dilaburkan di dalam dana Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).

NONEAS 1Malaysia, iaitu dana satu saham amanah keseluruhannya milik rakyat Malaysia yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd (ANSB), kini disenaraikan sebagai Skim PelaburanAhli KWSP.

Dalam satu kenyataan hari ini, Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkata, jumlah pengeluaran itu bergantung kepada pengekalan simpanan paras minimum oleh para pemegang akaun yang ditetapkan bagi kumpulan umur masing-masing oleh KWSP.

Katanya, tiada had maksimum dikenakan bagi bilangan unit yang boleh dilanggani oleh para pelabur.

AS 1Malaysia mempunyai saiz dana 10 bilion unit, dengan 50 peratus diperuntukkan bagi bumiputera; 30 peratus bagi Cina; 15 peratus bagi India; dan 5.0 peratus bagi rakyat Malaysia yang lain.

Peruntukan yang direzabkan bagi masyarakat Cina telah dilanggani sepenuhnya.