Assalamualaikum...
Ahaa.. al kisah. Hari yang di nantikan untuk 'terbang' semakin hampir.. hoyeh hoyehh!
Dalam pada menghitung hari tu boleh pulak Isnin pagi lepas Dania demam..?
Siap batuk selsema.. adeh deh dehh... suspen jap
memang terus pergi klinik ambik ubatt.. kalau tak kebah memang HARU nak
pi berjalan nih.. Hari Khamis dah okeh.. pergi jugak klinik sambung ubat.
Alhamdulillah demam dah kebah.. tinggal selsema sikit.
Tengok-tengok petang semalam boleh pulak Danish demam..?
uhuhuhuhuhu.. .camno nak jalan nehhh... isk isk isk.
Memang terus bagi ubat yang dah sedia ada tuh..
Lepas tu Abang pulak kata tekak kering aka simptom nak demann..
isk isk iskk.. ni demam penat tunggu hari ke apa neh..? eheheheh
So nya malam semalam buat la bubur untuk insan2 kesayangan yang
tak berapa nak sihat neh..
Bubur nasi version aku . Di hidang bersama ikan bilis goreng + kacang goreng +
bawang goreng +daun sup + ikan masin +
kailan tumis belacan/ikan bilis + sambal gesek
Ni gambar penyeri utama Bubur Nasi edisi aku.. SAMBAL GESEK!
Ahaa.. ni aku belajar dari Arwah Ibu Mertua..
Nak buatnya senang je. Goreng ikan bilis & cili padi.
Angkat dan terus tumbuk panas-panas. Kurang berminyak dan sangat kaww..!!
Pedas-pedas masin.. pekena ngan Bubur Nasi pergghhh!!
Ni lah ghopernya bila dah masuk dalam pinggan. Danish memang HANTU Nasi Lemak..
Bubur ni bukan reti nak makan sangat.. memang kena makan bersuap.
Kena malam tadi habis sepinggan bertambah pulak dia makan..
siap datang peluk Mamanya
" Mama ni pandai la masak. Danish sayanggggg Mama..!"
Eheheheh.. kembang kuncup Mama eh dengarr.. he he.
Kalau dah pandai makan bagus laa. lain kali Mama boleh buatkan lagi okeh!
Tengahari tadi pun masak sempoi jekk..
aku pun tak tau apa nama hidanagan nihh..
tapi kalau kat Restoran Ani Sup Utara tu ada lah menu nih.
Nasi putih hidang dengan sup + sambal belacan + telur masin.
Ku gorengkan sekali ayam RFC (Radix Fried Chicken)
Sekian la menu sempoi utk orang yg tengah tak sedap tekak.
Moga cepatlah sihat masing-masing sebelum 'terbang' nanti yekk..!