Assalamualaikum...
Malam tadi stay up buat projek ofis.. sambil menunggu
proses itu ini jauh berjalan sampai ke satu blog nih.
Dalam pada tu Dania yg setia temankan Mamanya sambil tengok
PHDC sampai kul 2 pagi!
Terang sungguh bijik mata anak dara mama nehh...

Dan terjumpalah youtube Nasyid ~Qasidah Burdah dual bahasa, Arab & Jepun ni.
Di alunkan oleh Sh Ahmad Abu Hakeem Maeno seorang mualaf Jepun.
Terharu pun ada bila dengar Nasyid di alunkan dalam bahasa Jepun..!

Jom sama-sama kita dengar dan hayati



Full version dalam Bahasa Arab


 Assalamualaikum...

Nak update pasal makan lagi.. ngeh ngeh ngeh!
Sila jangan naik hanginn eheheheheh. Maklumlah
nak nak masuk bulan posa.. kang update time posa lagi
ramai yg rasa nak 'bako' blog I nih.. ekekekekeke

Anyway alkisah.. minggu lepas balik kerja awal sebab Abang 
dapat call dari jiran yg mengkhabarkan isterinya yg menghidap
breast canser dlm keadaan critical kat SJMC (sekarang under Sime Darby).
So kitaorg pergilah melawat...

Habis melawat aku teringat kat satu Restoran Jepun yang pernah aku pergi 
area-area USJ nih. Memang dekat ngan SJMC tuh. First time aku pergi 
Bos Jepun, Tanabe San yang belanja. Masa tu aku ngan sempai Nitto
pergi melawat wife dia yg baru bersalin.. habis melawat terus la
Tanabe San ajak gi restaurant nih.. siap belanja makan lagi he he he.
Memang sedap makan kat sini.. fuinki *keadaan & mood* dia pun memang macam
restoran kat Jepun.  Lepas dari tu ada sekali lagi aku berfare well ngan bos2 Jepun
kat sini ikut sempai *senior* jugak huhu. Jepun2 suka makan kat sini.. 
Well..  only Japanese knows best mana nak makan 
diaorang punya food kan.

Okeh aku perkenalkan restorannya, 
Sakura Sakura
terletak di USJ betul-betul setentang dengan
SJMC old building.

Restoran ni tak sama macam restoran2 Jepun 
yang di komersialkan dan francaise tuh.
Dia more macam Restoran Jepun kat Jepun sendiri ;D

credit : Ah Lian Blog

credit : Ah Lian Blog


Abang yang layan paper Jepun sementara tunggu menu yang 
di order sampai eheheheh


Okeh .. ni menu yang Abang Order.
Saba Shio  Teishoku Bento RM28


Ni pulak menu yang aku order
Salmon Teishoku Bento RM28.
Time2 pregnant ni bagus makan ikan Salmon kan..
penuh khasiat Omega 3 baik utk baby brain ;D 


Nak gak posing sebelum ngapp!


Aku : " Ce Abang bagi satu senyuman kat Mama"
hehehehe.. tu la dapatnya. Bergegar gambar aku tahan gelak hehe 

Zoom lagi apa ada dalam menu nihh.. 


Salmon Sashimi +  Fresh Salad.
Memang fresh sangat sashimi diaa.. 
sedap sedap sedapp!! nyum nyum nyummmmmmmmm!


Salmon bakar


Chawan Mushi


Tempura nyum nyum

Plus Miso soupcomplimentary hot/cold green tea !
Memang berbaloi sangat set nihh.. ada 3 jenis lauk dalam 
satu menu.... sashimi & tempura pun ada.. puas makan..!
Harga pun ok ok kann.. Semua ni hanya RM28 dalam satu set..!
Memang sangat-sangat puas hatii.
Tambah pulak Danish & Dania tak ikut.. aman damai la
Mama & Papa berdating makan 2 orang he he.
Assalamualaikum...
Hari ni terasa nak share resepi nasi goreng pulak ehehehehe.
Sekarang ni dah masuk trimester ke-2, 3 bulan ++. Alhamdulillah
rasa sebu dan perut cepat masuk angin dah berkurang tak macam
masa mula-mula dulu. 2 jam sekali dah lapar.. lambat makan 
perut masuk angin sampai leh sakit kepala.. adussss..
masa tu letih nak makan.. dah la tekak tak berapa selera..
Rupanya memang tu la antara simptom bila kandungan 
berusia 2-3 bulan. KLIK SINI.

Balik kerja lagi la menggelupur terus nak makanan berat..
memang kadang terus ajak Abang gi makan kat kedai 
terus merangkap makan malam ehehehehe.

Masa trimester pertama lunch lalu makan mee or yg bersup je..
nasi campur memang tak leh telann.. rasa tersekat-sekat kat tekak.
Tapi kalau nasi goreng yg kuat rasanya, pedas ke masin ke  OK..
boleh jalan! Eehehehehe

So kadang kalau dah penat nak makan kat kedai masak 
gak le kat rumah...menu pun Nasi Goreng jewwww..

Ahaaa.. ni antara menu yang di hidang.
Nasi Goreng Sakura


Eh kenapa Nasi Goreng Sakura..?
Tak kaler pink pun..?  Eehehehe

Alkisah, sebenarnya ni lah resepi nasi goreng yang selalu aku 
masak masa duduk kat bumi sakura dulu.
Resepi ni pun memula main campak-campak je..
Masa tu mana la glamer blog resepi bagai nak cari 
kat internet pun.. 
Bahan-bahannya sangat simple..
dan so far kalau aku masak memang boleh mantain rasanya
setiap kali masak InsyaAllah.. eheheh


Bahan-Bahan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji lada kering
secubit ikan bilis
serbuk kunyit
udang di buang kulit
sayur campur (Frozen lobak, jagung & kacang peas)
nasi sejuk
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Kisarkan bawang besar, bawang putih, sedikit serbuk kunyit dan lada kering
2. Masuk ikan bilis sebentar. Jangan terlalu hancur.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang kisar tadi.
4. Apabila bawang sudah layu dan naik bau, masukkan 
sayur campur dan udang yang telah di buang kulit dan kacau rata 
bersama garam dan sedikit serbuk perasa jika suka.
5. Masuk nasi kedalam kuali. Kacau sebati bersama bahan tumis.
6. Besarkan sedikit api, buat ruang di dalam kuali dan pecahkan telur.
Apabila telur sedikit masak, kacau kan rata nasi dan telur.
Rasakan garamnya sekali lagi.
7. Matikan api dan siap untuk di hidang...!!

Macam biasa, akan ku tepek resepi ku ini di blog resepi ku