Assalamualaikum..

Lunch tadi gi makan kat Kedai Arab SABA, Cyberjaya sempena 
meraikan team mate yg akan berpindah kerja. 
Balik dari SABA singgah Tutti Frutti, tapi mak aii..
panjang giler queue..! terus Kansell!!! 

Petang tu datang lagi.. baru la bleh masuk dalam kedai terus.. 
tu pun still kena U-turn queue utk ambil 'aksesories' eskrem tu 
sebelum bayar he he.


Queue yg menunggu kul 5:30 petang


Ni hasil rembatan kitaorang. Sampai-sampai tadi ada orang
distribute mini cup cake dgn logo "T" & "F".


Ahaa.. kalau nak tau konsep TF ni senang je.. pilih cup,
S, M, L.. pilih Frozen Yogurt eskrem mana nak .. picit je masuk dalam CUP.

Buh accessories, dan bayar dengan konsep "Timbang dan bayar!" eheheh.
Harga 1 gram = RM0.53
So far tak pernah lagi aku beli kena bawah RM10.. mesti lepas harga RM10 tuhh!
Hari ni la first time bayar RM9.65 tu pun sebab 50% diskaun ehehehehe.
Hari ni cup bernilai RM20 tu pun sekelip mata je licin..! uhuhuhuhu


Nampaknya bertambah lagi la 'port' nak perabih duit lepas ni.. uhuhuhu!
Assalamualaikum..!

Berita baik kepada semua peminat TUTTI FRUTTI..!!!
Cawangan baru TF baru saja si buka di Cyberjaya, berhampiran 
Restoran Mat Ayam Kampung..!
Dia punya flyer sampai ke rumah aku pun.
Lupa nak snapp..! Aku pun peminat TF ni gakk..
selalu kalau singgah IOI Mall Puchong memang beli gak ler.

So sempena pembukaan, Tutti Frutti menawarkan 
diskaun 50% kepada semua peminat-peminatnya..!!





Ingat.. HARI INI SAHAJA...!!
Aiskrim yogurt yang masam-masam.. hmm.. sedappnyaaa!
Jom terjah..!!!
Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu semua..!
Pagi ni terasa sangat best sebab ada 2 orang jejaka 
kat rumah yang buatkan sarapan uhuhuhuhu!

Adik ipar ku, Idie buatkan cekodok ikan bilis,
pekena dengan Sambal Scramble air tangan En Hubby..!
Memang terangkattt...!!!


Walaupun menu nye sempoi, tapi bila sekali sekala makan 
air tangan orang lain memang terasa SEDAPPPNYA!!!
Terima kasih kepada Idie & En Hubby ;D


Sambal telur scramble. Kekadang bernas juga idea masakan En Hubby ku ini.. 
bleh masuk dalam blog resepi ku nanti..!!
Terima kasih ye suami ku sayang...! Muah muah muahh..!!