Assalamualaikum...
Hari ni nak update BUKAN gambar-gambar aku..
tapi gambar-gambar En Hubby pergi Company Trip baru-baru ni.
Destinasinya ialah ke Medan, Indonesia.

Sebelum ni Company Abang buat Company Trip sponsor satu family 
dan destinasinya ialah ke pulau-pulau yang terdapat dalam negara.
Yang pernah aku ikut, Pulau Langkawi, Pulau Kapas, Pulau Pangkor dan Pulau Tioman.
Tapi bila ahli keluarga setiap staff dah bertambah, dari berdua, sampai dah berempat,
 so akhirnya tahun ni Company Abang bawak staff sahaja pergi bercuti..
tapi semua di tanggung beres.. bawak badan jek... uhuhuhu

Ok.. jom la tengok apa yang ada kat Medan nih.. zoommm!!


Ahli rombongan Cik Kiah

Salah satu simbol kat bandar Medan


En Hubby kata : macam jalan TAR 

Diaorang pergi Brastagi, kawan tanah tinggi bercuaca sejuk kat
Medan. Kira macam gi Buki Tinggi gak la..

Menginap semalam dan esoknya ke Danau Toba.


Ni gambar 'hujung' Danau Toba yang di lalui masa menurini Brastagi.


Nilah peta Danau Toba. Kat tengah-tengah 
tu ada pulau yang di diami oleh kaum batak.
Keluasannya lebih luas dari Singapura.


Ni kat Istana Raja Batak. Dulu Indonesia terdapat ramai Raja dan Sultan
yang mempunyai kuasa memerintah. Tapi sekarang cuma tinggal 
'darah' dan nama apabila berlaku  konfrontasi 1947
rakyat menggulingkan golongan bangsawan ini.


Istana kaum Batak.. Raja ada 2 orang isteri dan 12 orang gundik!
12 gundik tu share satu hall! Raja je ada bilik khas.. sabor je laa..


Gambar menunjukkan tanduk kerbau yang di korbankan setiap
kali Raja baru di tabalkan. Ada 14 tanduk Kerbau semuanya menunjukkan
terdapat 14 Raja Batak memerintah sebelum di gulingkan. 


Perkampungan kaum Batak di Pulau Danau Toba

Kat Jeti sebelum bertolak


Permandangan Danau Toba

Ehh.. habis dah gambar..? isk isk iskk.
Sebenarnya ada lagi tempat derang pergi. 
Termasuklah Istana Sultan Deli.
Ada kerabat Sultan tu sejarah nenek Moyang nya 
bersangkut paut dengan sultan2 kat Mesia ni.
Wallahualamm..!
Assalamaualikum..

Tahniah..! Jimmy Shanley sudahpun bergelar bapa..
Seorang puteri seberat 2.2 Kg telah selamat di lahirkan Jumaat lepas 
di Putra Medical Center, Sungai Buloh.
Puteri tersebut di namakan ZAHRAH SHANLEY.
Semoga kehadiran puteri Zahrah akan menjernihkan dan mengeratkan 
semula hubungan Jimmy dan isteri. Sama-sama kita doakan.. aminnn


Quote kata-kata Jimmy setelah bergelar bapa :


Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani


Baca artikel lanjut : Beautiful Nara
Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semuaa...!
Aku pun semalam sehari suntuk duk kat rumah.. kerja.. uhuhuhu
Nama duduk rumah, tapi kerja.. boleh ..? Boleh boleh boleh..! *upin ipin*
Uhuhuhuhu.Tempat baru ni kerja ofis leh wat kata mana2..
janji ada internet.. tak yah duk terperap kat ofis sehari suntuk 
pun tak pe.. janji kerja@Projek siap..! uhuhuhu

Sakit2 pinggang gek duk mengadap PC menyiapkan Projek ni.. 
mujur la bleh buat kat rumah.. boleh menyambil itu ini uhuhuhu.
Leh sambil tengok movie.. ha ha

Anyway di hari Ahad yang serba tenang ni,
dengan rajin nyer aku telah
meng'cash out' kan Earning Nuffnang ku uhuhuhu.
Dengan erti kata lain, 'pecah tabung!' ehehehehe.



Tak banyak pun.. ada la skett buat geli-geli.
Nama pun duit tabungg.. bukan duit saham kan nak sampai ribu riban.
Eh! Tapi Eyriqazz@GTO leh dapat RM4k sebulan baru2 ni uhuhuhu.
Ganazzz ganazzz....!!!

Tapi tak pe.. walaupun tak cecah ribu riban tetap rezeki namanya.. 
tetap syukurr..Alhamdulillahh!
rasanya duit ni nak wat tukar cincin yg dah terkemek
tu je lah.. wat kenang-kenangan. Leh la tambah lagi 1 gram ha ha ha.
Emas 916 sekarang 1 gram RM167 wehh! Gilerrr aaaaahh..!



Dengan itu duit tabung ku dah menjadi 'Sifar@ RM0' semulaa..
selamat kembali menabungg...
Tak pe... sikit2 lama2 jadi bukit dari tak de..

Apapun terima kasih kepada para readers yang sentiasa
sudi jengah-jengah ke blog yang  tak seberapa nih.. 
terima kaseh daun keladii! Muahh muahhh!!
Yang penting kena enjoy berblogging!! Adios!!