Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. Emak, Abah & Mak Long dah pun selamat 
kembali ke tanah air dari mengerjakan Umrah ke tanah suci Mekah.

Mereka sampai kira-kira pukul 12 malam Ahad malam Isnin tu.
Sampai rumah sampai pukul 2:30 pagi jugak berborak panjangg.. uhuhuhu

Ni aku update sket gambar2 sepanjang mereka mengerjakan Umrah.
Seronok tengok... entah bila agaknya kami sekeluarga sampai seru
untuk ke tanah suci Mekah. Semoga di limpahkan rezeki dan sampai
juga kesana satu hari nanti.. aminnnnnn


 




















 



Tu diaa... bilangan beg yg dah bertambah sebelum dan selepas ehehehe
Assalamualaikum...
Apa khabar semua..? 3 hari tak bersiaran... baru balik dari kampung.
Hari Sabtu tu ada kenduri adik Kakak ipar kami,
Hari Ahad pula Emak, Abah & Mak Long balik dari Umrah
jadi kami adik beradik pun balik la kampung.

Kebetulan kenduri kawen tu kat area-area skudai,
lepas maghrib fanily aku & adik aku terus la ke Danga Bay, JB.
Nak balik rumah pun tak ada orang. Abang & kakak iparku
pun masih berkenduri uhuhuhuhu.


Sebelum ni datang waktu siang. Bawak Mak & Abah.
So lepak2 makan2 je kat situ. 
Kali ni datang malam.. memang meriah dengan lampu2 neon uhuhuhu.
Especially kat area ala ammusement park dia. Entry nak main 
setiap game tu bleh tahan harga nya, RM 4, RM 6, RM 8 & RM 10 per head.

Sempat naik kereta kuda ronda2 Dangar bay.. terasa macam
cinderella plak! Ha ha..! Terima kasih kat Adik aku yg pelawa naik uhuhuhu.


Then boleh naik keretapi malam pusing satu kawasan ammusement park tuh.
Lepas bersuka ria gi lepak makan kat situ.. Hmmmm.. harga makanan bleh tahan 
kat sini. Sate secucuk RM 1 uhuhuhuhu. Milo Ais segelas pun RM4.. uhuhuhuhuhu.

Lepas bergumbira dan perut kenyang baru la balik rumah.. tu pun bila teringat, 
ada ada lauk kenduri yg di kirimkan utk jiran-jiran! Ahaha...!
Assalamualaikum...

Aha.. pagi ni bersiap-siap nak ke Imegresen buat Passport.
Sambil2 tu tonton Malaysia Hari Ini@TV3.
Lalu keluarlah liputan tentang web kepenggunaan dengan 
motto Banding harga, Bijak Berbelanja iaitu 


Website ni sangat informative kepada pengguna
untuk berbelanjan secara berkhemah di mana
lebih dari 100 buah pasaraya termasuk kedai 
serbanika 24 jam di semak harga runcit (kering & basah)  secara berterusan.


Yang lebih menarik, kita boleh create 'bakul belanja'
item2 yg kita selalu berbelanja dan simpan template tersebut.
Bila sampai masa nak membeli belah, kita boleh terus je
semak 'bakul belanja' kita dan pilih mana2 pasaraya
dari senarai yang kita suka dan terus dapat harga 
keseluruhan barang2 yang kita hendak beli..!
Seterusnya boleh buat pilihan bijak untuk berbelanja di mana..!!

Selain tu ada juga ruang untuk berdiskusi sesama pengguna tentang
apa sahaja isu kepenggunaan...

Apa lagi kawan-kawann...! Simpanlah URL ni dalam favourite URL 
masing-masing lepas ni okeh..!

Happy surfing..!

http://www.1pengguna.com/