Assalamualaikum...
Apa khabar semua..? 3 hari tak bersiaran... baru balik dari kampung.
Hari Sabtu tu ada kenduri adik Kakak ipar kami,
Hari Ahad pula Emak, Abah & Mak Long balik dari Umrah
jadi kami adik beradik pun balik la kampung.

Kebetulan kenduri kawen tu kat area-area skudai,
lepas maghrib fanily aku & adik aku terus la ke Danga Bay, JB.
Nak balik rumah pun tak ada orang. Abang & kakak iparku
pun masih berkenduri uhuhuhuhu.


Sebelum ni datang waktu siang. Bawak Mak & Abah.
So lepak2 makan2 je kat situ. 
Kali ni datang malam.. memang meriah dengan lampu2 neon uhuhuhu.
Especially kat area ala ammusement park dia. Entry nak main 
setiap game tu bleh tahan harga nya, RM 4, RM 6, RM 8 & RM 10 per head.

Sempat naik kereta kuda ronda2 Dangar bay.. terasa macam
cinderella plak! Ha ha..! Terima kasih kat Adik aku yg pelawa naik uhuhuhu.


Then boleh naik keretapi malam pusing satu kawasan ammusement park tuh.
Lepas bersuka ria gi lepak makan kat situ.. Hmmmm.. harga makanan bleh tahan 
kat sini. Sate secucuk RM 1 uhuhuhuhu. Milo Ais segelas pun RM4.. uhuhuhuhuhu.

Lepas bergumbira dan perut kenyang baru la balik rumah.. tu pun bila teringat, 
ada ada lauk kenduri yg di kirimkan utk jiran-jiran! Ahaha...!
Assalamualaikum...

Aha.. pagi ni bersiap-siap nak ke Imegresen buat Passport.
Sambil2 tu tonton Malaysia Hari Ini@TV3.
Lalu keluarlah liputan tentang web kepenggunaan dengan 
motto Banding harga, Bijak Berbelanja iaitu 


Website ni sangat informative kepada pengguna
untuk berbelanjan secara berkhemah di mana
lebih dari 100 buah pasaraya termasuk kedai 
serbanika 24 jam di semak harga runcit (kering & basah)  secara berterusan.


Yang lebih menarik, kita boleh create 'bakul belanja'
item2 yg kita selalu berbelanja dan simpan template tersebut.
Bila sampai masa nak membeli belah, kita boleh terus je
semak 'bakul belanja' kita dan pilih mana2 pasaraya
dari senarai yang kita suka dan terus dapat harga 
keseluruhan barang2 yang kita hendak beli..!
Seterusnya boleh buat pilihan bijak untuk berbelanja di mana..!!

Selain tu ada juga ruang untuk berdiskusi sesama pengguna tentang
apa sahaja isu kepenggunaan...

Apa lagi kawan-kawann...! Simpanlah URL ni dalam favourite URL 
masing-masing lepas ni okeh..!

Happy surfing..!

http://www.1pengguna.com/
 Assalamualaikum...
Semalam tengok kat berita laporan 3 kejadian,
SAMUN DAN BAKAR yg menjadi taktik penjenayah sekarang..!
Kisah splasher baru je nak reda... aduhaiii....

Geram dan sakit hatinya ku tengokkk..! Nak curi curi je lah,
pergi bakar pulak rumah mangsa tu kenapa..? Kononnya nak hilangkan
bahan bukti.. ingat Polis kat Mesia ni bodoh sangat ke..?? 
Memang menyusahkan orang betul!
Penjenayah-penjenayah ni sah-sah la dari kecik lahir memang hidup
tak habis-habis menyusahkan orang..! Dah besar tak jadi orang pulak tu.. hati iblis!
Gerammmnyerrrrrrrrrrrrr!!!! Ni kalau dapat tangkap ni, ikat kat tiang
dan bakar diaorang hidup-hidup pulak baru diaorang tahu langit tinggi 
ke rendahh! Ggggggggggggrrrrrrrrrrrr...!!!! *Mood emosional pepagi*.

Aku tengok kat Al-Hijrah bebaru ni, Documentari pasal Memerang pun pandai
tebang pokok, siap tarik pokok tu ke sungai, buat empangan untuk di jadikan kawasan
selamat untuk dia tinggal! Yg struktur teknologi bentuk empangan tu sama bentuk
buatan manusia punya empangan sedangkan memerang sejak azali dah di beri ilham
oleh Allah utk buat empangan bentuk mcm tu.
 Lepas tu boleh bina rumah 2 tingkat untuk pasangan dan anak-anak dia tinggal..!
Berbulan-bulan baru siap, beratus pokok di tebang... ! Guna gigi dia je pun! MasyaAllah!
Binatang yg tak di beri akal tu pun boleh berusaha untuk diri sendiri
tanpa menyusahkan orang lain..ni kan pulak manusiaa..!
Memang ada otak letak kat lutut jeee wat merempitt! Gggrrrr!!!!

Apapun simpati sangat kepada keluarga mangsa... dah la barang berharga hilang,
tempat tinggal pula di musnahkan.. nyawa hampir terkorbann...memang kejammmm....!!



KAJANG: Samun dan bakar rumah dipercayai antara taktik terbaru digunakan penjenayah bagi menghilangkan kesan serta bukti kegiatan pecah rumah yang dilakukan mereka.
Bagaimanapun, taktik terbabit hampir meragut nyawa empat beranak termasuk seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU) apabila rumah mereka dibakar ketika tidur nyenyak dalam kejadian Ahad lalu.

Dalam kejadian di Taman Tasik Semenyih, dekat sini, kira-kira jam 1 pagi itu, keluarga terbabit yang tidur di bilik tingkat atas terjaga selepas mendapati bekalan elektrik di rumah terputus dan sebaik membuka pintu bilik tidur asap tebal memenuhi tingkat bawah rumah.

Mangsa, Mahani Hashim, 33, berkata dia bersama suami, Mohd Asron Nizar Othman, 35, panik dengan kejadian itu dan bagi menyelamatkan diri dan dua anak termasuk anak bongsu yang juga OKU, Mohd Mualim, 3, mereka terpaksa terjun dari tingkap sebelum disambut penduduk kampung yang sedar kejadian itu.

“Saya tersedar apabila elektrik terputus dan sebaik membuka pintu bilik tidur, saya lihat asap tebal di tingkat bawah. Saya dan suami mencari kunci membuka tingkap atas bagi menyelamatkan nyawa terutama anak bongsu yang OKU sebelum kami semua terjun dari tingkap dan disambut penduduk kampung.

“Pada mulanya kami menyangka kebakaran berlaku akibat lintas pintas, tetapi terkejut apabila mendapati dompet dan empat cincin saya di tingkat atas hilang sedangkan kawasan itu tidak terbakar,” katanya.

Difahamkan, sejak awal tahun ini, empat kes dilaporkan dipercayai menggunakan taktik sama di tiga lokasi berlainan iaitu Taman Desa Mewah, Taman Tasik Semenyih dan Sungai Kantan, Kajang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, ketika dihubungi berkata, beberapa kes yang dilaporkan berkenaan setakat ini hanya dakwaan pemilik rumah, namun siasatan lanjut dijalankan.

p/s: Semoga kita semua di jauhkan dari musibah dan jenayah manusia2 berhati Iblis ni.. aminnnn