Assalamualaikum....
Malam semalam tengok berita TV3 ada di selitkan
rakaman festival tahunan pasangan kembar yang berlansung di Yunnan, China.
Festival ini berlansung awal Mei setiap tahun..! Untuk tahun 2011 sahaja
lebih seribu pasangan kembar termasuk dari luar China yang memeriahkan festival nih!

Artikel lanjut leh terjah KUNMIN. Tak banyak gambar edisi 2011 aku jumpa.. 
yang banyak nyer edisi 2010. Suka tengok pasangan kembar ni kann.. semua sama.. 
lagi la kalau jenis pakai pun di boria kan ehehehhee.

Dalam family korang ada tak pasangan kembar..?
Aku ada.. makcik @ sepupu yang setahun tua dari aku. Aha memang confius sket
status diaorang ni.. maklum la keluarga 69. Diaorang ni kembar seiras Masa kecik2 dulu tiap kali aku balik kampung mesti tak camm yg mana satu kakak mana satu adik. So sampai je aku sebut je la nama mana2 satu dulu, yang nyahut terus aku ingat dia pakai baju apa *sebab pakai baju tak sama*.
Memang selalu kena sound sebab tak cam2 muka diaorang hehe.
Tapi jap lagi bila mandi aku dah lost balik dahh..
mesti tak tau dah mana satuu ha ha ha! Sekarang 2-2 dah ada anak.
Senang sket nak cam sebab muka anak2 depa lain2. So leh cam 
bila tengok anak plakk .. boleh..? ehhehehe

Selain tu anak sedara aku pun ada kembar , baru 10 tahun perempuan gak. Then anak sepupu aku pun ada lagi kembar baru 2 tahun lelaki. Tengok pasangan kembar ni memang seronok.. tapi nak besarkan fuhh.. memang mencabar kan.. mana tak haru, kalau sorang nangis lagi sorang pun ikut nangiss! uhuhuhuhu. Kakak ipar aku dulu pun memang terpaksa beli buai yg ada enjut letrik tuhh.. tak larat nak buai dua dua..! Cuma jimat 9 bulan waktu mengandung laa.. sekali mengandung, keluar 2 terus ehehhehe.

Anyway enjoy la gambar2 kat bawah ni. 
Credit :Lsmith








Kalau korang nak tau lagi Malaysia pun pernah catat 
‘The Malaysia Book of Records.’
perhimpunan pasangan kembar paling ramai tahun 2007 dulu
iaitu seramai 261 pasangan.


Dan ini gambar arkib tahun 2002.



 Assalamualaikum...
Semalam satu dunia gempar dengan pengumuman kematian Osama Bin Laden
oleh Obama di White house. Gambar-gambar yang di katakan
Osama Bin Laden yang mati di bunuh dengan kesan tembakan di kepala
di sebarkan ke seluruh dunia. Pemimpin satu dunia telah pun memberi
pelbagai reaksi pada kematian Osama..
Walaubagaimana pun gambar yang di katakan gambar Osama mati di bunuh
di pertikaikan kerana mempunyai keraguan dari segi kedudukan gambar
dengan gambar Osama ketika 'Sihat'.
Ada juga yang mengatakan bahawa propaganda kali ini
hanyalah untuk mematikan 'watak' pengganas yang di jadikan alasan utk
Amerika menyerang Iraq & Afghanistan.

Dulu kecik2 kan kita selalu main cari gambar ganjil antara dua gambar
yang kelihatan sama kan? Kalau korang cuba cari pula PERSAMAAN antara ke-dua
gambar 'ganjil' kat bawah ni pulak boleh cari tak..?
Alaaa.. korang kan terror terror kann.. sekali imbas je dah boleh nampakkk...

sumber : Berita harian

Nak lagi jelas ce tengok gambar kat bawah ni... ahaaa.. nampak dah..?
Jasad Osama pun tak jumpa kan..?
Tetiba dah declare di 'kubur'kan di laut...senaAaaaaAAaanggnyerrr!
suka hati mak bapak diaorang je...


Okeh.. korang buatla persepsi sendiri..
paham2 je la Propaganda US yang perasan bagus ni kann..

Leh baca artikel berita harian

dan jugak dari Blog Info Semasa

Wallahualam..
Jika benar Osama wujud dan telah syahid, Al-fatihah. 
Hanya Allah yang yang berhak menilai segala perjuangan beliau.