Assalamualaikum...
Hentian Puduraya yang di tutup sejak Mac tahun lepas untuk di naik taraf
kini telah di buka semula kepada orang ramai..!
Berdasarkan tinjauan para pengguna yang di termuramah 
rata-rata berpuas hati dengan 'wajah baru' Puduraya.
Jauh lebih cantik dan selesa dan yang penting lebih sistematik..!

Aku pun banyak pengalaman berulang ke Puduraya semasa zaman2 
menuntut kat UM dulu.. lepas baru kerja pun masa belum beli kereta
masih berulang alik ke Pudu gak bila nak balik kampung uhuhu.
Dan aku ada satu Tragedi Raya kat PUDURAYA ni ehehehehhe.

Anyway aku yakin hentian Puduraya yang telah di naik taraf ni akan memberi
nafas baru pada nadi pengangkutan bas di ibu kota.

Nak tau berita lanjut boleh layari 



Credit gambar Infomasikini

 








 Assalamualaikum...
Hari ni sehari suntuk melepekkk kat rumah. Dah la dari pagi hujan mendung hujang mendung bawa kepetangg... memang rasa mandom semacam jee...heheheheh.

Teringat plak kat Blog masakan aku yg dah lama tak berupdate uhuhu. Banyak aralnya.
Memula PC iugrade HDD baru tapi lupa nak back up logo Sweet Recipes tuh..
lepas tu pending punya pending HDD PC kong pulak sebab
selalu gi kerja tak shutdown PC!
Masa ada Bibik running almost 24 hours sebab IP Camera record masuk PC.
Kepanasan dalam bilik agaknya habis semua gambar2 masakan yg tak seberapa tu
gone with the wind jugak uhuhuhu.

Anyway hari ni terpanggil nak masak Kacang panjang tumis sotong goreng. Ni nama aku pakai taram je letak utk describe kan rupa bentuk masakan tu. Sebelum ni pun pernah dah snap gambar kalo buat tapi ada la dalm HDD yg dah kong tuh uhuhuhu.


Resepi ni sebenarnya aku first time makan masa baru pindah kerja ke HP Towers akhir tahun lepas.
Masa tu kalau gi makan kat food court bangunan ManuLife kat sebelah tu selalu gak
amek menu ni. Memang besttt gilerrr... sebab ada sotong goreng tepung tuhhhhh.

Sebenarnya kalau nakbuat sotong goreng tepung je memang dah siap & lazat pun.
Tapi kalau nak bagi fancy sket dan nak suh anak2 makan sayur sekali leh
la try menu ni. Nak buat nyer pun sempoi je. Nak tengok resepi leh la masuk

TAPI nak masak menu ni ada CABARANNYA..!
Sebab mula2 sotong tu kena goreng tepung dulu..


DAN budak-budak ni memang HANTU sotong goreng tepung.
Kalau dah siap goreng tak nyorokkan..takut tak sempat campur ngan sayur tumisnya
dah LICIN dulu sotongnyer..! hehe
Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu.
Pagi tadi tengok berita kat TV keluar kisah Baby setahun 3 bulan,
Siti Hajar yang di baham dek kera liar di muka..!
Aduhaii kesiannyaaa tengok kecederaan yang di alaminya
sehingga terpaksa terima hampir 30 jahitan..!
Tak dapat nak bayangkan kedaan baby yang tengah tidur dalam buai 
tu tiba2 kesakitan di gigit kera, kat muka pula tu..! Aduhaiii..ngerinyaa...!
Dah la baby girl, Mak ayah mana yang tak risau.
Apapun  mujurlah nyawanya terselamattt dek tindakan 
berani penjaga bayi tersebut.
Yang lain-lain tu boleh di usahakan kemudian InsyaAllah..
Semoga cepat sembuh ya dik.


Sumber Harian Metro


MELAKA: “Saya cekak tengkuk kera itu sekuat hati, baru haiwan itu lepaskan gigitan terhadap bayi yang saya jaga,” kata Rokiah Abd Rahman, 59, menceritakan detik cemas menyelamatkan bayi berusia setahun tiga bulan yang diserang seekor kera, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di rumahnya di Kampung Kilang Berapi, Merlimau, dekat sini, tindakan berani warga emas itu berjaya menghalang haiwan liar berkenaan daripada terus menggigit dan mencakar muka Siti Hajar Abd Razak.

Bagaimanapun, Sti Hajar cedera agak serius dan menerima hampir 30 jahitan di mukanya akibat digigit haiwan liar itu.
Rokiah berkata, ketika kejadian dia baru saja menidurkan Siti Hajar di kerusi buaian di bahagian tengah rumahnya selepas menutup semua tingkap dan pintu.

“Ketika menidurkan Siti Hajar, saya terlelap dengan berbaring di sisinya sambil tangan kanan diletakkan di badannya.

“Bagaimanapun, kira-kira 15 minit kemudian, saya tersentak apabila mendengar Siti Hajar menangis dengan kuat dan pada masa sama, saya berasa teramat sakit di tangan kanan.

“Apabila membuka mata, saya terkejut apabila mendapati seekor kera menggigit muka Siti Hajar.

“Melihatkan keadaan itu, saya menarik badan kera terbabit supaya dia melepaskan gigitan di muka Siti Hajar, tetapi ia enggan melepaskannya.

“Saya memberanikan diri mencekak tengkuk haiwan liar itu, baru ia melepaskan gigitan,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Melaka, di sini, semalam.

Menurut Rokiah, walaupun dalam keadaan sakit yang teramat sangat dengan tangan kanan berlumuran darah kerana digigit kera itu, dia terus menarik kera terbabit.

“Ketika itu, saya melihat muka Siti Hajar berlumuran darah dan dia menangis akibat kesakitan. Anak jiran saya yang mendengar bunyi bising dalam rumah masuk untuk memberi bantuan.


“Dia yang terkejut melihat kami berlumuran darah mencengkam kera itu sebelum memijaknya dan mencampaknya ke luar,” katanya.

Menurutnya, dengan bantuan jiran, dia menghantar Siti Hajar ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum kedua-dua mereka dirujuk di Hospital Melaka.

“Saya jarang melihat kumpulan kera berada di kawasan kampung ini, tambahan pula rumah saya terletak di laluan sibuk dan hampir dengan kawasan kilang.

“Mungkin kera terbabit masuk ke rumah saya menerusi bahagian bumbung yang tidak mempunyai siling,” katanya yang menjaga Siti Hajar sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, Rokiah juga amat bersyukur kerana seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dijaganya dan tidur di dalam bilik tidak diserang haiwan terbabit.

Ibu tunggal kepada tiga anak itu cedera pada tangan kanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Roslan Ahmad melawat Rokiah dan Siti Hajar, semalam.

Sementara itu, ibu Siti Hajar, Hazilah Mohamad, 33, berkata ketika kejadian dia bertugas di Politeknik Merlimau, apabila dihubungi anak Rokiah yang memaklumkan kejadian itu.

Katanya, dia menggigil apabila dimaklumkan berita itu kerana menyangka anaknya demam teruk.

Dia menghubungi suaminya, Abd Razak Bakar, 33, dan mereka bergegas ke Poliklinik Merlimau.

“Anak saya cedera di dahi, hidung, bibir, gusi dan tangan kiri, namun saya dan suami bersyukur kerana Siti Hajar selamat menjalani pembedahan selama dua jam bermula jam 10.30 malam tadi (kelmarin),” katanya.

Roslan berkata, dia akan meminta pihak Jabatan Perhilitan negeri segera melakukan pemantauan di kawasan kampung berkenaan bagi menangkap kera itu.