Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu.
Pagi tadi tengok berita kat TV keluar kisah Baby setahun 3 bulan,
Siti Hajar yang di baham dek kera liar di muka..!
Aduhaii kesiannyaaa tengok kecederaan yang di alaminya
sehingga terpaksa terima hampir 30 jahitan..!
Tak dapat nak bayangkan kedaan baby yang tengah tidur dalam buai 
tu tiba2 kesakitan di gigit kera, kat muka pula tu..! Aduhaiii..ngerinyaa...!
Dah la baby girl, Mak ayah mana yang tak risau.
Apapun  mujurlah nyawanya terselamattt dek tindakan 
berani penjaga bayi tersebut.
Yang lain-lain tu boleh di usahakan kemudian InsyaAllah..
Semoga cepat sembuh ya dik.


Sumber Harian Metro


MELAKA: “Saya cekak tengkuk kera itu sekuat hati, baru haiwan itu lepaskan gigitan terhadap bayi yang saya jaga,” kata Rokiah Abd Rahman, 59, menceritakan detik cemas menyelamatkan bayi berusia setahun tiga bulan yang diserang seekor kera, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di rumahnya di Kampung Kilang Berapi, Merlimau, dekat sini, tindakan berani warga emas itu berjaya menghalang haiwan liar berkenaan daripada terus menggigit dan mencakar muka Siti Hajar Abd Razak.

Bagaimanapun, Sti Hajar cedera agak serius dan menerima hampir 30 jahitan di mukanya akibat digigit haiwan liar itu.
Rokiah berkata, ketika kejadian dia baru saja menidurkan Siti Hajar di kerusi buaian di bahagian tengah rumahnya selepas menutup semua tingkap dan pintu.

“Ketika menidurkan Siti Hajar, saya terlelap dengan berbaring di sisinya sambil tangan kanan diletakkan di badannya.

“Bagaimanapun, kira-kira 15 minit kemudian, saya tersentak apabila mendengar Siti Hajar menangis dengan kuat dan pada masa sama, saya berasa teramat sakit di tangan kanan.

“Apabila membuka mata, saya terkejut apabila mendapati seekor kera menggigit muka Siti Hajar.

“Melihatkan keadaan itu, saya menarik badan kera terbabit supaya dia melepaskan gigitan di muka Siti Hajar, tetapi ia enggan melepaskannya.

“Saya memberanikan diri mencekak tengkuk haiwan liar itu, baru ia melepaskan gigitan,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Melaka, di sini, semalam.

Menurut Rokiah, walaupun dalam keadaan sakit yang teramat sangat dengan tangan kanan berlumuran darah kerana digigit kera itu, dia terus menarik kera terbabit.

“Ketika itu, saya melihat muka Siti Hajar berlumuran darah dan dia menangis akibat kesakitan. Anak jiran saya yang mendengar bunyi bising dalam rumah masuk untuk memberi bantuan.


“Dia yang terkejut melihat kami berlumuran darah mencengkam kera itu sebelum memijaknya dan mencampaknya ke luar,” katanya.

Menurutnya, dengan bantuan jiran, dia menghantar Siti Hajar ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum kedua-dua mereka dirujuk di Hospital Melaka.

“Saya jarang melihat kumpulan kera berada di kawasan kampung ini, tambahan pula rumah saya terletak di laluan sibuk dan hampir dengan kawasan kilang.

“Mungkin kera terbabit masuk ke rumah saya menerusi bahagian bumbung yang tidak mempunyai siling,” katanya yang menjaga Siti Hajar sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, Rokiah juga amat bersyukur kerana seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dijaganya dan tidur di dalam bilik tidak diserang haiwan terbabit.

Ibu tunggal kepada tiga anak itu cedera pada tangan kanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Roslan Ahmad melawat Rokiah dan Siti Hajar, semalam.

Sementara itu, ibu Siti Hajar, Hazilah Mohamad, 33, berkata ketika kejadian dia bertugas di Politeknik Merlimau, apabila dihubungi anak Rokiah yang memaklumkan kejadian itu.

Katanya, dia menggigil apabila dimaklumkan berita itu kerana menyangka anaknya demam teruk.

Dia menghubungi suaminya, Abd Razak Bakar, 33, dan mereka bergegas ke Poliklinik Merlimau.

“Anak saya cedera di dahi, hidung, bibir, gusi dan tangan kiri, namun saya dan suami bersyukur kerana Siti Hajar selamat menjalani pembedahan selama dua jam bermula jam 10.30 malam tadi (kelmarin),” katanya.

Roslan berkata, dia akan meminta pihak Jabatan Perhilitan negeri segera melakukan pemantauan di kawasan kampung berkenaan bagi menangkap kera itu.

Assalamualaikum...
Aduhai.. lain yang nak di siasat, lain yang kena siasat.
Semalam ada tengok berita TV3 pasal lakonan pelakon lagak ngeri
Profesional yang di upah melebihi RM15, 000 untuk buat 'terjunan maut'
dari pejabat SPRM..!

Fuhhhhhhhh! GANAZ...!!! Ganaz gaya yg di lakukan, ganaz lagi poket akaun
yang membayar kos.. uhuhuhu. Aku pun tak nak komen dan tambah spekulasi
yang tak menyelesaikan masalah. Kita serahkan jelah pada pihak
yang bertanggungjawab untuk selesaikan.
Di harap dengan approach 'baru' ni dapat menyelesaikan
kes2 suspek DIbunuh/TERbunuh/BUnuh diri yang melibatkan
SPRM dengan lebih tepat, cepat dan adil.
NOTE: Lumayan betul bayaran stuntman ni.
Lepas ni ada ke yg berminat nak tukar profession pulak..? ehehehe

sumber : Harian Metro

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lagak ngeri profesional melakukan empat kali terjunan dalam pelbagai posisi dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di sini, semalam, bagi mendapatkan gambaran tepat kemungkinan punca kematian Penolong Pengarah Kastam Cawangan Import Eksport Pelabuhan Utara, Klang, Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56.
Pelakon itu memulakan aksinya dengan terjun dari tingkap bilik pantri di tingkat tiga iaitu tempat terakhir mangsa berada pada hari kejadian.
Persiapan bagi melakukan aksi terjunan semula itu bermula kira-kira jam 10 pagi membabitkan seorang pelakon lagak ngeri yang ukuran badan serta pakaiannya, sama seperti dipakai Allahyarham Ahmad Sarbani. Selain itu, beberapa kru penggambaran termasuk jurukamera turut ditempatkan bagi merakamkan aksi berkenaan.
Menurut sumber yang ditemui di lokasi, empat kamera digunakan termasuk satu menggunakan jentera 'Turn Table Ladder' (tangga cakera putar) milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPMKL) selain beberapa monitor (skrin) bagi memudahkan pasukan penyiasat termasuk doktor dan forensik menyaksikan terjunan itu.
“Aksi lakonan semula itu bertujuan mendapatkan gambaran kejadian sebenar berdasarkan bukti serta kesan ditemui di lokasi pada hari kejadian.

“Pelakon lagak ngeri juga bersaiz tubuh sama dengan mangsa dan berpakaian sepertinya ketika kejadian berlaku. Kos menggunakan khidmat kru penggambaran serta pelakon lagak ngeri profesional itu melebihi RM15,000,” katanya.

Sumber itu berkata, pelakon berkenaan melakukan empat terjunan dengan pelbagai gaya pada paras ketinggian melebihi sembilan meter dan bagi tujuan keselamatan beg udara berukuran 20x30 meter persegi digunakan.


Difahamkan, terjunan yang dilakonkan itu bagi memudahkan polis mendapatkan gambaran sebenar pada hari kejadian sekali gus mengetahui bagaimana cara jatuhan dan kesan kecederaan yang dihadapi mangsa selepas terjatuh dari tingkat tiga.

Proses siasatan dan lakonan semula itu dihentikan kira-kira jam 2 petang berikutan hujan lebat.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, yang turut menyaksikan proses siasatan itu berkata, ia dijalankan dengan bantuan beberapa jabatan seperti JBPMKL, St John Ambulans serta turut disaksikan wakil SPRM dan KDRM. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai proses siasatan itu dan menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan. Allahyarham Ahmad Sarbani terbunuh selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM ketika hadir bertemu seorang pegawai penyiasat bagi mengubah percakapan yang dibuatnya dua hari sebelum hari kejadian iaitu 6 April lalu.
Laporan bedah siasat dilakukan terhadap arwah mendapati ia konsisten dengan kecederaan seperti orang jatuh dari bangunan.

Sehingga kini, 40 saksi terdiri daripada pegawai SPRM, KDRM dan ahli keluarga mangsa sudah dipanggil bagi membantu siasatan selain pemeriksaan ke atas telefon bimbit milik mangsa.  
Assalamualaikum..
Nak update majlis ringkas sambutan Hari jadi Danish kat school dia, Krista.
Tahun ni Danish request nak buat kat school. Nak celebrate dengan kawan-kawan
since tahun depan dah naik Darjah dah susah pulak nak celebrate kat sekolah kan.
So hari Isnin lepas sempat la sambut. During tea break dia.


Kek Ben 10 yang sempat di tempah Jumaat malam tu.
Mujur dapat cari kedai kek yang buat Edible image Kek Ben 10 ni.
Sebelumnya jenuh aku keluar masuk kedai kek kat area Bandar puteri
termasuk Secret Recipes. Elok dah order pilih gambar bila 
nak confirm bleh staff SR kata Ben 10 cake dah discontinue.. 
kecewa betul masa tu.. uhuhuhu. 
Anyway, nak tempah 1 KG takut tak cukup..
so tempah lagi setengah kilo untuk to up.


Goodies pack yang sempat di buat hari Ahad. Oooo.. busy gak
duk cari barang2 Danish pada masa yang
sama kena attend kenduri doa selamat rumah jiran uhuhuhu.

Tengah nak prepare barang2.



Okeh ready...!

Kawan2 Danish yang sama2 menyanyikan lagu Happy Bufday.


Lepas tiup lilin, Puan Pengetua Krista, Mrs Gaury tolong Danish potong kek

Ahaa.. ni Teacher Gaury yang suh.. suap Danish & Danish suap mama

I  really likee this Picture..! Thanks Mrs Gaury tolong shoot gambar kitaorg nih

Teacher2 tolong distribute food.


Baca Doa sebelum makan... ni group mate Danish,
Irdina, Devan, Danish & Hanis.
Aku pun join makan kat meja diaorang. Peramah budak-budak ni.
Semua pakat speaking ngan aku.. hua hua hua.
Bagus bagus..!!


Acara kemuncak.. distribute goodies pack.


Teacher panggil by group. Semua orang kena SALAM dulu baru boleh terima goodies
pack & say Thank You he he



Teacher Gaury yang monitor semua student  Salam & say Thank you... he he.
Okeh berakhirlah acara ringkas yang berlansung kira-kira setengah jam tuh.
Terima kasih kepada semua para guru Danish @  Class Leaping Professor
yang menjayakan acara hari ini.
Sebelum balik the whole classmate Danish say thank you to Mama juga.
Thanks to all too..!
Both teacher & student memang very sporting..!

Okeh tahun ni Mama & Papa belikan Danish kasut roda sekali dengan safety set dia.
Sebenarnya bila pergi beriadah kat Taman Tasik Cyberjaya perasan ada satu area utk budak2
main skate board & kasut roda. Tu yang datang idea nak belikan dia orang sepasang.


Jenuh gak cari kat kedai2 mainan.. akhirnya jumpa kat Area sukan Jusco uhuhu.


Wajah ceria Danish.


Dania pun macam biasa.. akan dapat 'advance' bufday present gak
di samping mengelak kan tragedi batu belah batu bertangkup bila tengok Abang nya
laju berkasut roda nanti heheehhe. So Dania pun dapat gak sepasang.
Tapi bila bleh pandai pakai tu tak tau la... uhuhuu


Okeh.. Danish dah ready..
Boleh mulakan latihan.. ! GO...!!