Assalamualaikum...
Terima kasih kepada yang mendoakan agar Dania cepat sembuh.
Alhamdulillah.. keadaan nya dah semakin pulih.
Aku plak dah masuk hari ke-3 berkhemah kat dalam wad ni sejak
selasa petang ari tuh... tak de apa nak buatt selain layan Dania.
Bagus jugak ada masa untuk anak. Selain dari tu layan internet je lahh..
seb baik gak dapat bilik dekat ngan Cafe, dapat la signal masuk internet huhu.
Sorry la nampaknya entry aku dah 3 kali berturut pasal hospital
jugakk hehe. Nak wat camnee.. duk pun kat spitall, citer
pun pasal spital je lahh.
Malam kelmarin uncle Fazrul datang bawak buah tangan dari Jepun.
Sempena gempa bumi yang berlaku tu Uncle Fazrul pun ikut sekali balik Mesia.. huhu
Belon air Hello Kitty, suka la tu Dania..!
Siang hari menghabiskan masa belek buku, kaler buku, tengok TV...
Tengahari Doctor bagi kebenaran bukan tiub Drip tu dan pergi pusing amek angin.
Aku pun bawak Dania gi main belon Hello Kitty tuhh.
Hari ke-2 tu Dania dah makin cergasss.. cuma makan masih tak nak lagi..
Bubur & Mee hoon sup yang hospital bagi pun jamah sikit jee..
asyik buat alasan 'Dania dah kenyangg..!'.. sabor je la..
Ada makan sket Muffin 2 slice..
Aku ajak makan aiskrim pun *Doc advise* boleh dia bagi alasan taknak
sebab nanti dia batukkk.. padahal selalu kalau time tak sihat pun pantang nampak eskremm..!
Malam Abang datang dengan Danish.
Layan main belon lagi kat bawah.
3rd day bangun pagi je terus request nak makan epal..!
wah lega nya aku dengar sebab dia dah request nak makan. Tak lama
tu sampai breakfast ~ Coco Crunch. Nak gak dia makan sendiri
tanpa perlu aku suruh. Lega rasanya...!
Nak dekat tengahari tu Baby Sitter Dania datang bawak Teddy Bear.
Dania buat muka sedihhh cam ngadu dia masuk wad huhu
Lunch Dania hari ni. Semalam bubur tak jalan.. try order lain plak.
Tapi ni pun tak berapa nak jalan... last2 85% aku yang habiskan isk isk isk.
Tengahari tu Dania dapat 1 dose lagi antibiotik. Tak lama tu terus terlena..
Sepatutnya Dania dah bleh discharge ari ni.. sekali tu Doctor datang
dan setelah tengok analysis semua Doc advise stay lagi sehari
since Dania pun masih cirit sket walaupun dah tak kerap..
Dengan itu nampaknya Dania masih berkhemah lagi la kat dalam wad..
Bila aku tanya Dania best tak tidur sini ? *wad*
Jawab nya : Bestt! Sebab boleh tido..!
sabor je laa.. eheheheh
kawan-kawan doakan Dania cepat sihat yekk..
gundah gulana hati mama nih.. huhu