Assalamualaikumm...
Hari ni pergi ke sekolah rendah TPP2 untuk pendaftaran Darjah 1 sessi 2012.
Dah nak masuk sekolah nak anak bujang ku itu.
Selalu kalau lalu depan sekolah ni mesti dia tanya bila dia nak sekolah kat situ huhu.
Excited sungguh...!!
Sebelum ni Abang dah register online dari website berikut


Taman PP ni dah ada sekolah rendah ke-2 dek menampung bilangan pelajar yang ramai.
Alhamdulillah bangunan baru ni dekat betul dengan rumah.. dalam
1km & memang betul-betul on the way pergi kerja.
Dekat pula dengan rumah baby sitter Danish & Dania. So nanti
kalau Danish dah sekolah situ boleh jalan kaki /nasi basikal je balik sekolah huhuhuhu.



Sessi isi borang.
So basically register online kat link di atas,
lepas tu print borang yang dah di isi dan sediakan salinan dokumen2
penting yang lain seperti
Sijil nikah, surat lahir anak, bil api/air,
copy IC Ibu & Bapa.
Basically kena isi dalam sampul surat siap berstem.
Kalau tak ada charge RM1.

Bulan August nanti baru sekolah akan hantar kan surat pengesahan.
So dah settle urusan pendaftaran ke Darjah satu untuk Danish bagi sessi 2012.
Korang dah daftar lom..? hehe
Assalamualaikum...
Malam semalam ada terdengar kat berita pasal Jimmy yang
memfailkan saman tuntut taat & nusyuz kepada isterinya.
Agak terkejut jugak masa mula-mula tahu.
Hmm..... memang perkahwinan ni orang kata ibarat pepatah,
untung sabut timbul, untung batu tenggelam..
kadangkala kita tak tau apa yg boleh berlaku setelah mahligai itu di bina..
Yang penting sikap persefahaman & saling menerima antara pasangan.
Apa pun kita doakan yang terbaik utk Jimmy. Dia buat macam tu pun sebab
masih sayangkan isterinya. Semoga kebahagiaan tetap menjadi milik mereka especially
bila Jimmy dan isterinya pun bakal menjadi ibu & ayah.. aminnnn...

sumber : Harian Metro

SHAH ALAM: “Doakan yang terbaik buat saya. Apa yang saya lakukan ini demi anak (yang bakal lahir) dan keluarga,” kata pengacara Jimmy Shanley selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, menangguhkan kes permohonan perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 4 April depan.

Terdahulu, Hakim Syarie Saharuddin Selamat menetapkan tarikh itu selepas mahkamah mendapati penyerahan saman untuk kedua-dua permohonan dikemukakan Jimmy kepada Nursuhaila tidak sempurna.
Saharuddin berkata, tindakan Nursuhaila melantik peguam juga bukan bukti dia menerima saman berkenaan.

“Mahkamah memberi peluang kepada Nursuhaila hadir di mahkamah bagi memfailkan pembelaan dalam kes itu,” katanya.

Jimmy, 31, atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu.

Pengacara Akademi Fantasia ke-8 itu dan isterinya tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini.
Nursuhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, kini dilaporkan hamil lima bulan dan tinggal di rumah keluarganya.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Jimmy, Mohd Noor Aizan Md Idrus ketika ditemui berkata, butiran lanjut berhubung permohonan perintah kembali taat dan nusyuz hanya akan diketahui apabila kes berkenaan dibicarakan.

“Permohonan ini bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya isteri kembali mentaati suami. Secara tersirat ada beberapa perkara yang suami arahkan kepada isterinya untuk dipatuhi,” katanya.
Pada prosiding semalam, Jimmy hadir memakai kemeja merah dan bersongkok, manakala Nursuhaila tidak kelihatan sehingga prosiding sebutan selesai.

Desas-desus keretakan perkahwinan pasangan itu mula diperkatakan akhir tahun lalu apabila media melaporkan pengacara program Itu Dia di Astro Ria berdepan masalah rumah tangga.

Bagaimanapun, keesokan harinya Jimmy menafikan berita itu dan menyifatkan gosip semata-mata.Jimmy memberitahu, mereka masih dalam keadaan berbulan madu dan Nursuhaila ketika itu disahkan mengandung empat minggu.

Bagaimanapun, kelibat Jimmy di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, 11 Januari lalu, sekali lagi menimbulkan spekulasi mengenai perkahwinannya.

Artis itu yang dihubungi memberitahu dia enggan mengulas lanjut bagi menjaga hati keluarga mentua di samping mengharapkan peminat mendoakan kebahagiaan mereka.
Assalamualaikum.....

Ahaa... baru nak update pasal lawatan kitaorang ke Pusat Sains Negara.
Sebelum tu ada tengok blog update dari blogger Aleyn
so kitaorg pun terus la usha2 gi sana gak.


2 different types of Dinasours.


Sekarang ni tengah ada pameran DINASOUR LIVE.
So sempena cuti sekolah yang akan datang ni sesuai sangatlah kalau
nak bawak anak-anak gi jenjalan kat sana okeh!


Pameran ni sampai May 2011.


Yang kelakar Dania takut dengan Dinasour tuh! Nampak tak riak muka takut dia tuh..?


Ni masa nak naik tingkat satu. Lalu sebelah dinasour yang bergerak2 tuh.


Lagi Dinasour di ruang legar. Full view.


Then kat tingkat satu pun ada lagi Dinasour ikut kategori.
Tapi tak hingat dua punya kategori sudahh heheheh


Uiksss.. mau tak terkejut Mak Limah tengok. Tetiba terjulur kepala..




Dania yang menangis2 ketakutan tgk dinasour tuh. Dah la bergerak-gerak
dinasournya.. siap keluar bunyi lagi.

Habis round 2 ruang pameran dinasour tuh sampai la ke ruangan sains.



Baru la excited sket anak dara sorang nih


Hands on ujikaji menghasilkan tenaga. 

Ada tempat permainan utk kids jugak



masa kat sini Danish bertarung Mind Games dgn Papanya

Tolak bola guna kekuatan minda.



Aha nak tau siapa menang.. leh KLIK SINI he he

2 dwafts


Konsep macam kat Petrosains gak


Okeh dah habis ronda. Nak balik dahh..


Dari jauh baru la Dania boleh sengeh nak bergambar dgn dinasour.
tadi nanges tak hingatt hik hik

Lalu aquarium turnel untuk keluar.

Ada aquarium bleh sentuh..!


Balik sempat singgah jalan-jalan kat Jusco.
Sekian...